Pages

Thursday, 27 September 2012

Grilled Cod Fish & Prawn Spaghetti Carbonara Receipe....

Salam Jumaat...
Hari ni nak share resepi Grilled Cod Fish & Prawn spaghetti ..sbenarnya masak dua minggu lepas tapi baru rasa ada mood nak masukkan dlm blog yang ala-ala suam2 kuku ni.. Kalau nak tahu minggu tu  mmg mood memasak, rasa cemuihh makan kat luar..tekak aku ni tekak international semua benda boleh masuk..kecuali mamak foods je, lapor camna akan aku usaha cari makanan alternative lain...Klu org tanya kenapa tak makan mamak?aku pun x tau.. mayb family pun tak makan mamak foods..tak berajor...geli tekak! :D .. Semua type makanan aku lalu je..part makan ni aku mmg cerewet gak kadang2 tp ikut mood juga kkdg tekak nak makan telur & ikan bilis pun bertambah 2-3 kali jugak...Klu nak makan western aku makan kat luar je. Cuma aritu aku beli groceries kat bangsar village ..tgh memilih barang terpandang fish cod  yg mmg jadi favorite aku..Masa tu terfikir why not aku masak sendiri je.. aku pun beli 3 ketul ..rupa nya mcm gambar kat bawah ni ....


Ikan cod ni byk khasiat dia...selalunya org buat minyak..ni serba skit dia punya khasiat yang aku copy dlm google .

Omega-3
Asid lemak Omega-3 dari minyak ikan kod diketahui membantu melindungi jantung dan melancarkan perjalanan darah. Ia adalah suatu keperluan (essential) kepada sistem imun kerana tubuh kita tidak menghasilkannya melainkan kita harus mendapatkannya dari sumber luar.
Saintis mendapati asid lemak Omega-3 penting untuk kesihatan mata dan otak. Ibu mengandung sepatutnya menjadikan ia sebahagian dari diet mereka. Ia dapat memberi keseimbangan terhadap pemakanan sumber Omega-6 yang berlebihan.
Terdapat dalam bentuk kapsul atau cecair, minyak ikan boleh dikategorikan kepada 2 jenis:
1. minyak limpa ikan (seperti kod, salmon, makerel)
2. minyak isi ikan (seperti ikan bilis, sardin).
Istilah minyak ikan kod berasal dari minyak yang diekstrak dari limpa ikan kod. Minyak ikan adalah sumber yang baik untuk vitamin A dan D.
Banyak faedah yang kita dengar tentang minyak ikan kod. Antaranya menguatkan tulang dan gigi, memelihara kulit, merawat gout dan arthritis dan juga untuk kesihatan jantung.
Panjang leborkan explanation nye...kalau dari segi rasa mmg ikan sedap giler...lemak2 manis, klu makan confirm mak mertua lalu pun tak perasan... 


Note: Ni entry lama, baru perasan dekat 6-7 bulan tersadai kat draft ...Apa aku letak masa masak cod fish ni pun sudah lupa lah... publish ajer lah untuk tatapan mata sahaje ;P @ 27/9/12

Saturday, 25 February 2012

~The Lobsterman Homarus Americanus Restaurant~

Yuhoo!!Sapa kaki makan?? Sila angkat tangan!..Hokey! Foods lover macam aku mmg selalu menjelajah mana2 tempat makan..Salah satu tempat yang aku selalu pegi nama nya 'The Lobsterman Homarus Americanus Restaurant' terletak kat SS2 PJ..


Address: No. 53, Jalan SS 2/30, 47300 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Tel: 03 7877 6772
Fax: 03 7877 0772
Email: info@lobsterman.com.my

  

Kenapa aku suka pegi sini?Oh sebagai pengemar seafood ini lah tempatnya..Mmg semua fresh dari ladang, Kita boleh pilih hidup2 lagi tau..Cer tgk picture kat bawah..tak masak lagi pun nampak menyelerakan dah kan ;D
Just choose whatever size you want..
Two size : 800gm= RM160 + + , 1.4gm = RM 220 + +
Price?Mmg boleh tahan..tapi berbaloi dengan rasa yang kita dapat..Kalau nak tau semua seafood yang restautrant ni jual,semuanya imported dari luar M'sia. Sebab tu isinye gebu2..tak percaya?tgk ler.. ttiba2 aku rasa terliur balik masa buat entry ni...hehhehe..
Butter lobster..sungguh enak di makan begitu saja ;)
Perhhh! Menarik tertarik kan..menyesal kalau tak mkn... RM 220 + + +
Isi nye putih gebu..rasa kenyal2..Oh! terasa nikmat bila makan... 
Posing dulu...

Lazatttt...camna tak gemuk ...hahhaha
Saja tunjuk expression mcm ni...kata orang Pahang 'menganjin'...tak de niat tau : D
Finished
Mesti terliurr kan??? Klu terliur sila lah ke restaurant ini..map aku dah bagi.. Last time aku selalu jugak makan kat restaurant ni..Sebabnya ada black cod fish,..Huh! ini mmg favaourite aku tapi sayang since Sept'2011 supplier dah tak supply ikan ni kat restaurant ni. Aku assume mungkin nak pupus kot ikan cod ni, sebab ramai pemangsa ikan mcm aku..hahhaa.. Semenjak tak de stock black cod fish ni, mmg  kitaorang jarang2 datang. Yang terbaru pun last week 23/2/2012.. bf bawak semperna celebrate result exam yg baru keluar..Walaupun tak berapa cemerlang wajib belanja gitu..hahhaa..
Ok macammana rupe black cod fish yang aku ckp ni? Bawah ni ni picture dia..Menarik & tertarik kan..Rasa dia jgn cakap lah mmg boleh bikin meleleh air liur..Selalunya mkn ikan ni mesti pekena ngan lobster mmg terasa nikmat hidup :)) Aku biasa juga mkn fish cod ni kat restaurant lain, tapi rasa tak sama dengan restaurant ni ..Fish dia mmg lemak2 manis..Huhhuhu..
Black Cod Fish RM 49.90
Selain tu,ada Salmon fish juga,so far tak penah try lagi Salmon restaurant ni coz pada aku Salmon ni senang nak dapat..Klu terasa nak mkn kat uptown pun ader...Hehehe .
Kepada sapa2 pengemar 'Oyster' ini lah tempatnya...biasanya oyster akan di mkn bersama perahan lemon dan apa jenis benda di letakkan masa nak makan...Klu tanya aku , mmg kurang gemar sikit nak mkn oyster ni..tapi klu makan 2-3 bijik layan jugak lah..Ialah kena makan mentah2..terasa mcm kucing kampung pulak makan benda alah ni..ahhahaa
Oyster
So,haper lagi moh kita ke sini...Patut aku kena mintak commission kat owner restaurant ni..Mcm dah promote dah ni..dapat mkn lobster free pun ok gak ni..hahhaha.
*Harap maklum aku takde apa2 interest pun.. just nak share tempat2 makan yang aku rasa menarik yg aku penah pegi*

Friday, 24 February 2012

E-San Thai Restaurant- Ara Damansara

Now aku ada new place for makan2..boleh kata kan every week akan makan kat sini..Concept dia mmg makanan asli Thai.. Kalau ckp pasal makanan Thai semua org tahu dia punya kelazatan nya kannn.. E-san restaurant ni pada aku foods dia mmg special, kalau makan confirm teringat2 pulak tu tomyam dia..Cuma aku tak berapa gemar dia punya waiter & waitress coz ada communication problem..English pun tak tau apa lagi nk ckp Melayu..Selalu kitaorg akan panggil manager dia..
Daun Kaduk..masam2 manis..
Siakap stim limau

Yang ni menu paling latest aku try...baru je dinner tadi..untuk 2 orang makan ya! :
E-san Tomyan (S) = RM15.00
Prawn Sizzling(S)= RM55.00
Lemon grass siakap = RM48.00
Manggo= RM6.00 , Water Chestnut=RM5.00

MelakaTrip's 24/1/2012

Dari JB ke S'pore singgah sebentar ke Kota Melaka...sebelum balik KL aku bawak diorg gi Melaka...Ialah aku yg jadi driver..mana2 aku bawak diorg follow je..Plan nk ke melaka sebab nak pekena asam pedas tapi hajat tak kesampaian atas sebab2 tak mengizinkan...



Round JB 23/1/2012

Lepas balik dari Singapore, esok nye semua flat..tengahari masing2 baru bangun .Ala2 maharani..bangun2 makanan dah tersedia..TQ Along ku! hehehe..Kitaorg semua flat..petang baru keluar pegi JB premium outlet. Kat sini boleh tahan meriah nye..ialah tempat baru dah tentu semua org berpusu nak dtg. Tapi yang aku notice ramai balik dgn tangan kosong..Aku pun 1st time pegi situ nak tgk jugak apa yg ada. Kat sini mmg best klu sapa pencinta brg branded..Harga consider agak murah klu nak compare harga butic...Aku takde intention nak shoping pun just jln2..tp nnt ingat nak plan klu betul nk soping kena dtg sini lah..Hari tu kita org dtg JPO just window2 shoping jer..

Dalam window pun aku ada beli 1 scaft n 1 cekak 'Evita Peroni'..biasa klu kat butic KL mmg tak kan ada sale..total cekak n scarf ni dalam RM 175 dari harga asal dekat RM300... dah save dekat half price...Kira ok lah tu..klu tak tak terfikir pun nk beli...hehehe ~ Dan klu nak tau skrg aku jadi pengumpul accessories Evita...gila kejap! ;P~
Testing cekak baru..hehhe

Mid nite pulak kita org lepak dengan Sueanne & John ...mana tah diaorg bawak...
Ambik gambar perkara wajib... :D