Pages

Tuesday, 12 August 2014

Pom Pom Island ,Sabah (Jun 2013)

Pada hujung bulan Jun'2013 yg lepas aku ke Pulau Pom-Pom,Sabah. Sedikit mengenai  Pulau Pom Pom, ia terletak lebih kurang 45minit perjalanan menaiki boat dari pekan Semporna,Sabah. Pulau ini terletak di Laut Sulu atau lebih dikenali Celebes Sea  selepas di google.hahha.
Silalah tgk map dia bawah bagi membantu korang imagine kat mana lokasi Pulau Pom Pom nih.
Map yg di copy dari goggle map, rasanya klu ambik SPM lagi skali sure aku punya subject geografi dapat A1 ;D

Macammana nak pegi Pulau Pom Pom ni? caranya sama mcm nak pegi Pulau Mabul dan juga pulau2 sekitar Sabah ..dari airport Tawau,korang pegi ke pekan Semporna,sama ada Jetty umum atau Private jetty, bergantung kepada mana Pulau/resort/chalet yang korang nak pegi.

Bila bulan sesuai nak ke Pom Pom Island ini? Seperti yang aku terangkan dalam entry sebelum ni..Tiada monsoon di semua kepulauan Sabah yer. Jadi semua bulan boleh dikunjungi. January sampai lah December. Kalau kayo sila lah pergi tiap2 bulan, kemuadian tolong update aku bulan mana yang paling best.. hihihi
Airport Tawau,
Jetty

Sebelum korang nak pegi  ke Pulau Pom Pom ni make sure dah booking penginapan, ini kerana tak banyak resort atau chalet yang ada kat sini.. Pulau Pom Pom mcm gem island, mempunyai kedudukan terpisah dari pulau2 lain dan facilities agak kurang berbanding Pulau Mabul. Tapi apa ada hal, klu dah kaki Pulau dan suka diving semua tempat nak pegi punya.
Sure ada yang  nak tau berapa buah chalet/resort yang ada di Pulau Pom Pom ni? Ok, kalau nak tahu Pulau Pom Pom terbahagi kepada Pom Pom Besar & Pom Pom Kecil, tapi kedudukan keduanya terletak dalam satu Pulau..klu nak jalan kaki kelilling Pulau 30 min sure dah abis pusing.
 Pulau Pom Pom ni tak besar mana pun, tapi aku boleh guarantee pada sapa2 yang pegi sana pasti akan terasa ketenangan nya. Kalau tak silap masa aku pegi 4bulan lepas, hanya dua resort yang menawarkan penginapan di Pulau ini, antaranya Pom Pom Island Resort(Pom2 Besar)http://www.pompomisland.com/#  yang agak mahal dan juga Celebes Resort(Pom2 Kecil)http://www.celebescuba.com/accomodation.html yang agak ekonomi. Untuk golongan sederhana macam aku, dah tentu Celebes Resort yang menjadi pilihan.. Semasa aku tinggal di Celebes Resort, aku ambik package bagi memudahkan urusan. Jumlah kecederaan poket untuk 5d4n lebih kurang dalam 2k. Aku punya advice, better korang bayar dahulu sebelum pergi..sekurang2 nya nanti hanya bawak duit2 nak belanja je, lagipun ianya untuk mengelakkan kejadian tak di ingini belaku.

 Di sini aku ingin tekan kan tiada activity malam di Pulau Pom Pom ini, pada yang suka party2 tu mungkin rasa agak boring..Tapi bagi para diver mungkin Pulau ini sangat sesuai untuk korang nak pegi, di mana diver boleh berehat pada malam hari setelah pulun dive masa di siang nya.Bila nak bangun esok bagi,sure rasa segar sebab dapat tido yang cukup..Itu aku lah ,tak tau lah orang lain :)

Mcm best je!Macam seronok je..Ini lah activity malam aku,..tgk  balik gambar2 yang diambil semasa dive..Sambil2 mengkaji nama makluk2 yang dijumpai..hehe
Bagi aku setiap Pulau & tempat ada keistimewaannya sendiri, nak suruh banding2 susah lah, pada aku cantik je mana2.Cuma yang mungkin membezakan nya dari segi lokasi dan pesekitrannya lah.Contoh senang mcm korang pegi KLCC & Pavilion, dua2 tempat shopping, mcm tu jugak dgn Pulau2 yg aku sebutkan tadi.
Kalau ada yang tanya mcmmana keindahan Pulau Pom Pom nih, nak decribe pun susah, lain orang lain citarasa. Tapi ikut pendapat jujur , aku willing nak datang Pulau Pom2 ni lagi lah..hihihi,  Senang crita korang cuba lah datang and tgk sendiri.


Antara Pom Pom Resort dan Celebes resort mana yang best?? Weiii sila jgn tanya mcm tu boleh??, biasa laa lagi mahal kita bayar lagi bagus service nya. ..macam Pom Pom Resort ni dia mmg 5star resort.. Persekitarannya lagi cantik,boleh feeling2 orang kaya gitu hihihi... Pada aku buat apa membazir,klu stakat nak pegi diving je, janji bilik & toilet selesa. Tinggal di Celebes Resort pun aku sangat berpuas hati, dgn 3x boat dive & unlimited dive..larat tak larat je korang nak pegi. Dari segi makanan, pada aku boleh  lah, selere je aku makan, walaupun aku seorg yg cerewet pasal makanan..aku ckp ok tu mmg ok lah..standard makanan kat Pulau dan masakan nya sure tak sama mcm org semenanjung.

Tapi klu pada sapa2 yg masih ingin kan hiburan ,jgn dirisau.. korang pegi lah ke Pom Pom Resort, dari Celebes Resort hanya 10min bejalan kaki atau 5min kalu pada sapa2 yang berlari hihihihi. Nak masuk Pom Pom Resort ni lain macham sikit, klu tak tinggal di resort ni nak enter je kawasan diorang kena charge RM50.00  dan dapat lah free soft drink dan juga berjalan2 & bergambar di sekitar resort diorg (walaupun mengaku korang jiran sebelah umah tetap kena bayar tau,hahah)..Nak guna wifi charge lain fulokk,kena tambah rm15 hinggit,, senang betul diorang buat duit. Aku pegi satu malam je,nak melihat2 kata org..sambil tu sempat jugak aku ber poco2, klu nak tau di malam hari Pom Pom resort menyediakan hiburan,menari & menyayi.. Tapi binggit jugak telinga, sebab yang datang ni kebanyakkan pelancong2 dari China. Kalau tak silap kitaorg je Melayu yg ada kat resort masa tu.


 Kepada non-diver, jangan nak kecik hati..activity untuk kepada bukan diver juga akan diatur oleh pihak resort. Korang sediakan kan duit aje, anggaran budget ialah berdasarkan berapa lama korang nak stay di Pulau..lagi lama lagi rabak lah..hehehe
Tgk tu orang tgh snorkelling..ni  pulau apatah namanya dekat dgn Pom Pom Island

Buat pengetahuan korang, Pulau Pom Pom tak mcm Pulau Mabul yg byk chalet/resort yg menawarkan penginapan mengikut citarasa dan poket korang.Jadi aku juga nak nasihatkan kepada yang kaki makan ,bawa lah kudap-kudapan sendiri sebabnya di sana tiada kedai yer.

Yang pompuan pulak,sila lah bawak spare brg bulanan,kalau nak tau Kotex yang harga dlm rm5.00 boleh mencecah dlm rm20.00 hingitt..Itu pun boleh beli di Pom2 Resort, mahaiii weii! nak menapak lagi satu hal..

Dari segi keselamatan di Pom Pom Islands, masa aku pegi tu ok je..tapi bila dengar kejadian culik dan tembak pelancong dari China ,ngeri juga!!.. Mengikut amatan aku,mana2 pun sama, kadang2 kita dah usaha mengelakkan diri dari sebarang kejadian buruk,tapi klu nak jadi mmg tak boleh nak elak lah kan. Apa2 pun yg penting safety first...Penyangak ni ada je di mana2.

Concept aku senang je,agak2 was-was atau tak yakin pergi ke suatu tempat baru tu,sila jangan ambik risk. Berdasarkan experience tinggal di Celebes Resort dan berjalan di waktu malam ke Pom Pom Resort,keadaan pesekitaran alhamdulillah selamat. Kalau tak silap di malam hari memang ada army yang akan berkawal menjaga Pulau Pom Pom ni. Mungkin juga kejadian yang berlaku baru2 ini di luar kawalan mereka dan ia mungkin kali pertama berlaku di sana. Apa yang aku boleh kata, harap pihak bertanggungjawab dapat menguatkan kawalan di masa hadapan utk mengelakkan kejadian tak di ingini berulang..Klu dah tak selamat orang dah tak mau pegi bercuti di sini..tourist kurang,,,sapa yang rugi??



Mesti ada yang nak tau,apa yang special Pulau Pom Pom ni? Jawapan aku ,itu terpulang pada mata masing2.. Pada aku ok je, cuma klu kepada diver tu jgn expect korang nak jumpa barang2 besar mcm kat mabul or sipadan. Ia lebih kepada hidupan macro,dimana sambil menyelam tu korang kena mengkaji  apa yg korang nak tgk hihihi seronok hapa,adventure sikit.
Cuma yang tak bestnya activity bom ikan agak berleluasa di sini, ada sekali tu aku tekejut beruk masa tgh dive..adalah mangkuk hayun tak bertanggungjawab telah meng bom ikan,lokasinya aku tak berapa pasti..yg penting terasa gegaran dan bunyi yang kuat.Nasib aku takde heart attack,klu tak arwah aku masa tgh dive :))

Dah lah macam stress pulak aku nak bercerita ni, moh lah kita layan gambar :

Spectacular water...santekk kan!
Port paling best menanti sunset... 
Jom lompat bintang...

hensem tak? klu diving diperairan sabah ni..tengok turttle boleh sampai tahap boring ,bersepah2.. Tapi tak dinafikan makluk comel ni selalu jadi object favourite aku bila layan underwater camera....
Clown fish a.k.a Nemo










Untuk pengetahuan korang terutamanya diver, kalau stay di celebes beach resort ni agak berbaloi dengan unlimited dive..Sapa2 yang nak practice buoyancy recommended sangat2 untuk datang ke Pom Pom Island ni, buat lah shore dive samapai korang muntah hijo..
Macam aku abis terror pun, 4 dived paling larat... Lepas night dive, balik bilik lepas tu confirm pengsan sampai pagi esok nya...Semasa trip aku, DM fav adalah Zainal, salah seorang dive master yang bagus ..aku gelar dia mata ikan. Ialah nampak je benda alah kecik.Sila lah request mamat ni kalu ke Celebes resort ni,Ini facebook dia https://www.facebook.com/zainal.abdun?fref=ts

Actually, banyak je picture makluk2 underwater yang aku ambik. Tapi tak boleh di share kan semua dlm blog ini, kang berat pulak nak loading. Apa pun aku simpulkan Pom Pom Island adalah tempat bercuti yang menenangkan dan boleh dikunjungi oleh semua orang..

Sekian cerita mengenai Pom-Pom Island. Jom google crita lain pula.






Pulau Weh ,Aceh Indonesia



Trip ke Pulau Weh, Aceh Indonesia ni ala2 trip celebrate birthday pada 23-27Jan awal tahun 2013.Semasa menaip entry ini pun dah masuk bulan August 2014.. Dari single dah jadi mingle skrg ni. Alhamdulillah!! Masa tidak mengizinkan untuk ber bloging.. 

Trip ke Pulau Weh pada Jan 2013 boleh dikatakan tirai pembuka activity diving pada tahun 2013 ni.Kat mana Pulau Weh ni ? menjawab soklan pada yang ingin tahu di mana beradanya Pulau Weh, ni nak cerita serba sedikit mengenai lokasi pulau ini yang aku copy sikit dari wikepedia "Pulau Weh atau We, adalah pulau vulkanik kecil yang terletak di barat laut Pulau Sumatra. Pulau ini pernah terhubung dengan Pulau Sumatra, namun kemudian terpisah oleh laut setelah meletusnya gunung berapi terakhir kali pada zaman Pleistosen. Pulau ini terletak di Laut Andaman. Kota terbesar di Pulau Weh, Sabang, adalah kota yang terletak paling barat di Indonesia" ..Haaa! gitueww lah serba sedikit mengenai Pulau Weh ni.

Malam sebelum kami bertolak ke Aceh ni,ada jugak berasa sedikit goyang bila kami menerima SMS dari sahabat yang lain mengatakan satu kejadiaan gempa berlaku di Aceh , aku terus google cari info ..Ikut  kan dari berita, mmg betullah berlakunya kejadiaan gempa dengan 6-7 scalar richer..yg penting  tiada amaran tsunami dikeluarkan..Alhamdullilah, boleh aku meneruskan niat suci menyelam di dasar laut seberang yang di anggap keramat bagi sesetengah pihak ;) 

Macammana nak ke Pulau Weh ni? Ok, serba sedikit info berdasarkan pengalaman aku yang lepas, aku naik Air Asia dan turun  di airport Bandara International Sultan Iskandar Muda,Aceh.
Bandara International Sultan Iskandar Muda terserlah kesenian islam, airport berbentuk kubah
Disebabkan trip kali ini aku ikut group, jadi semua arrangement telah dibuat..Rombongan kami disertai lebih kurang 15orang , yang non-diver adalah dalam 2orang..yang lain2 semua diver tegar yg kekeringan insang.
Tujuan kami ke Acheh mmg nak pergi Pulau Weh, ialah sedikit berkobar2 dengar orang cerita pasal pulau ini. Macamana nak ke Pulau Weh ni? Ok, aku akan cuba share apa yang aku ingat..maklumlah kejadian hampir 1 tahun lebih dah berlalu. 
Ok, dari aiport korang boleh ambik supir dan terus ke jetty. Tak jauh pun,kurang dari 20minit.. sila rujuk jadual ferry http://visit-sabang.blogspot.com/2012/08/transportasi-menuju-kota-sabang.html  ..Nak naik ferry pula ada kelas2 nya..klu vip mahal sikit(mahal pun tak semahal naik bus di Malaysia..hihi) klu , ekonomi  pun ok..cuma kena bersabar sebab munkin boleh menyebabkan rasa kurang selesa disebabkan keadaan dlm feri yang agak padat mcm  tin sardine.Eh! mcm pernah je dok dalam tin kan ..ahahhaha

Flight pukul 10.30am dan kami sampai pukul 12.30pm..disebabkan jadual ferry pukul 4petang, kitaorang  masih ada masa lebih kurang 2jam pusing2 disekitar pusat banda aceh. Sebenarnya aceh hanya bandar kecil, rasanya klu nak tawaf semua half day pun boleh settlle. Takde apa yg menarik , melainkan kesan2 peristiwa tsunami yang agak mengisafkan.

 Tempat pertama yang kami tuju mesti lah tempat makan, isi tank dulu.
Masakan orang Aceh yang agak sedap..Nasi padang,lebih kurang masakan orang negeri 9, Apa yang nyata kami makan dengan lahap sekali...
Gendang gendut tali kecapi...tengoklah abang2 macho senyum gembira..
Lepas tu kami meronda sekitar town Aceh, takde apa yang menarik melainkan kesan peristiwa Tsunami yang belaku tidak lama dahulu..
Museum tsunami ini wujud selepas kejadian tsunami yang meruntum jiwa setiap lapisan masyarakat .Semua perkara berkaitan dengan kejadiaan telah diabadikan dalam museum ini. Sejujurnya aku pun turut terkesan bila memasuki museum ini. Terasa sungguh hiba, terutama laungan azan dapat didengari disekitar dalam museum.
helicopter antara barangan turut diabadikan dalam museum tsunami. ini. 
Pengunjung boleh membaca tentang sejarah mengenai Aceh di museum ini.

Gambaran kejadiaan  turut diceritakan dlm bentuk seni bagi memudahkan pengunjung membayangkan keadaan sebenar yang berlaku semasa kejadian.
Rumah2 yang rosak teruk..

Kapal ini turut diabadikan menjadi peninggalan sejarah peristiwa tsunami.

Kapal besar ini dihanyutkan 7-8 meter ke dalam bandar.. Masyallah! Kuasa Allah tidak dapat di sangkal.

Selepas berjalan sekitar banda Aceh, kami terus menuju ke jetty untuk mengambil ferry ke Pulau Weh melalui jetty Sabang..Perjalanan menaiki ferry menuju ke Sabang pula mengambil masa lebih kurang 1jam kalau tak silap.
Ferry yang menjadi pengangkutan rasmi penduduk & pelancong untuk ke Sabang

Makan bakso ni confirm dapat jodoh! Haaa pada yang single tu sila datang ke Aceh makan bakso ni..hahhahaa

Perjalanan dari jetty Sabang  ke Pulau Weh pula, juga mengambil masa lebih kurang 1jam lebih menaiki van. Untuk trip kali ni ,semuanya telah diuruskan. Kami hanya membayar RM850.00 untuk semua kemudahan diving & penginapan. Tapi ia tidak termasuk bayaran supir, makan malam & beberapa bayaran lain. Tak silap total damage sekitar RM1500.00 tidak termasuk tiket flight. 


Supir2 yang menanti customer di jetty Sabang..
Pemandangan yang cantik sepanjang perjalanan, dari jetty ke Pulau Weh mengambil masa 1jam.. Laluan nya agak berbukit bakau..

Jeng!Jeng! dah sampai...
Jangan suka2 nak ber seksian di sini yer...
Seperti yang diketahui oleh diver2 tegar dan seangkatan dengannya, Pulau Weh antara tempat selam skuba yang wajib dilawati. Keindahannya menjadi buah mulut,dikalangan rakan divers yang telah ke sana kerana selain keindahannya..kos percutian juga agak murah jika dibandingkan ke tempat lain. 


Kami tinggal di Iboih Inn, 10minit berjalan kaki ke dive centre..Makanan di hidangan di sini agak sedap, boleh lah kena dengan tekak kami..
Pemandangan dari dining iboih inn..

Best giler ..boleh snorkelling dan celop2 kaki..
makluk favourite ,yg menjadi mangsa buli aku untuk beberapa hari ni sana..
Trip kali ni bersama Rubiah Dive Centre..Semua telah diuruskan, so kami hanya ikut schedule yang telah dibuat penganjuur trip..
Dive site ,yang ada sekitar pulau weh.. Tak banyak pun, tapi yg paling aku suka The Canyon dan juga Underwater Valcano..dive site boleh dikatakan agak rare.
Bila bulan sesuai untuk ke Pulau Weh? Menurut penduduk setempat , bulan bila2 pun boleh..Diorang bukannya ada monsoon macam di Malaysia. Keadaan current di sana tak boleh dijangkakan.Ikut nasib juga. Tapi katanya bulan January adalah bulan yang paling mantap. Yang nyata ketika trip ,semua dive yang kami pergi boleh dikatakan agak tenang.
Actually ada kejadian sedih berlaku , semasa 2nd dived..camera G12 aku jahanam,masuk air daa .Punca??? kecuaian diri sendiri, yang gatai tukar battery atas bot. Takpe aku anggap itu sebagai pengajaran untuk lebih menjaga barangan berharga mcm ni di masa akan datang. Wlaupun agak down, aku anggap semua ada hikmah..Yang mana, rezeki untuk mendapat barangan lebih baik ..Gituewwww! pujuk hati lah. Walaupun tak dapat mengabadikan gambar dengan camera sendiri, nasib lah aku sempat enter-frame kat camera orang lain. Eh! byk lah pulak gambar sendiri..Biasa ambik gambar orang je.. All picture credit to Irwan Ismai. Jom layan!!










Selain itu, tak sah kalau tidak ke Kilometer Nol.Tempat ini dikatakan menjadi titik permulaan garisan bagi tanah Indonesia. Ia bermula dengan '0'.






Itu lah apa yang aku ingat dan boleh kongsikan mengenai Pulau Weh.Yang lain2 tak dapat recall.
Amacam? teringin tak nak pergi bercuti ke Pulau Weh ni. So, apa lagi jangan lah malu2 rancang trip korang ke sana.. Baii!