Pages

Wednesday, 10 October 2012

Pulau Perhentian,Terengganu@ 30th Aug-01st Sept 2012

Assalamuailaikum!

Entry kali ni nak bercerita pasal Pulau Perhentian, trip kali ni mcm biasa aku lah tukang organize nye. Date trip 30thAug-01stSeptember 2012..ala2 trip sambut merdeka gituww!.Mesti ade yg tertanya best ke Pulau Perhentian tu?ehh meh sini nak lempang skit!mmg confirm lah best, tanya pulak soklan mcm tu heeee

 Kat mana Pulau Perhentian ni?Pulau Perhentian ni terletak antara Kelantan & Terengganu dan ia terbahagi kepada dua, Perhentian Besar & Kecil.. Actually, tak banyak beza pun kedua-dua pulau ni..Sama aje.Lokasi pun bedekatan je pun,yg membezakan dari segi environment nye , kalau orang yg suka berjimba2 di malam hari sila lah ke Perhentian Kecil sebab night life kat sini sangat happening yer. Perhentian Besar pulak lebih rilax dan activity mlm mmg tak banyak, aku punya opinion klu nak bawak family lebih afdal lah pegi ke Perhentian Besar, kalau Perhentian Kecil pun boleh juga tapi kat sini keadaan nye lebih kepada tempat party2 pulau *ehemmm!! :) Muda mudi suker lah..

Untuk trip kali ni kami juga sepakat memilih tinggal di Pulau Perhentian Kecil, ialah orang2 nye ceria2  haruslah pegi tempat happening gitueww! Sebetulnya,semua dalam group ni tak penah sampai lagi sini termasuklah tukang tulis entry ni .Selalunye kami pergi Pulau Redang,kali ni nak ubah angin pulak..
Kedudukan Pulau Perhentian seperti map kat atas ni, kalau ikutkan mmg berdekatan dengan pulau2 lain yg ade kat Kelantan & Terengganu
Berkumpul di jetty, al-maklum semua orang dari arah yang berbeza.. MAsing2 tak cukup tido excited punya pasal abaikan aje penat tu...
Di Perhentian Kecil kami tinggal di Amelia Chalet @ Coral Beach,itu pun setelah meng goggle banyak tempat, konon2 nak buat trip budget & semestinya tempat tinggal pun budget TAPI tak sangka lah sebudget mcm tu..Mcm apa?? ok nnt aku cerita hehehehe

Apa yang tak bestnya Amelia Chalet ni ialah tahap kebersihan  air paip dan lain2...
Memeng lah budget punya tempat TAPI jgn lah kedekut air sangat. Ada pulak tengah nak mandi tiba2 air takde dan kalau keluar pun besar air kencing je. Itu belum lagi air paip  yg  bau macam air perigi yg tak di filter (ala2 bau lumpur+karat).. Uishhh! sungguh hangin jadinya, hari pertama rasa sedikit spoil lah , mujur lah dapat buat 2x diving yg best,so tak lah ralat sangat.
Yang haru masa trip ni, kami asyik tumpang chalet tempat  lain untuk mandi. Apapun nak say thanks lah kepada manager OMBAK chalet yg membenarkan kami tumpang mandi di situ..Kalau sesiapa nak ke Perhetiaan Kecil@ Coral Beach aku recommend lah OMBAK chalet ni..

Mesti ada yg tanya, kenapa kami memilih dok Amelia chalet? Sebenarnya bukann apa,ini disebabkan semua tak penah datang Pulau Perhentian aku contact lah agent yg aku kenal di FB untuk arrange kan trip kami ni..Bila dengar harga mmg terus tertarik agak murah lah tambahan masa datang tu time public holiday, risau kalau tak de bilik nnt.. so bedal saje lah.
Tapi tak sangka keadaan chalet ni teruk mcm tu skali, bukan lah nak ber lagak diva ke apa,Aku mmg jenis tak kisah pasal bilik budget ni TAPI keadaan toilet mesti lah bersih. Kalau dah nak basuh kaki pun guna air mineral, korang pikir lah keadaannya mcm mana kan...Tak tau lah suratan atau kebetulan masa kita org datang hari tu  consider mcm worst lah pada aku..*Bilik je tak ok, yang lain2 ok!*
Ini lah rupa Amelia Chalet yg di cover dengan pokok2,..Masa ni kami otw nak tumpang mandi kat chalet bersebelahan. Nais! kan huhuhu... Nightmare! hahahahah

Total kerugian untuk trip 3d2n :

 Diver : Chalet RM250 (include3x makan+ boat transfer)
            Dive RM70 x 5= RM350 , so total dalam RM600 tak termasuk duit belanja + flight tix
Snorkeller : RM 280 per person (3x makan+boat transfer+snorkelling)

Ikutkan mmg lah consider agak murah, tapi bila  teringat pasal bilik rasanya kalau deal sendiri kami boleh dapat leh murah lagi selepas tahu harga sebenar bilik kat situ..
Untuk tempat budget aku mmg tak expect lebih.. cuma pada aku kot iye pun budget, toilet tu biar senonoh sikit..jgn lah nak mandi & dan buang air sampai x lalu, Peringatan untuk diri sendiri & yg lain jgn ler nak budget sangat tapi akhirnya diri sendiri tak selesa..hihihihi

Ok! abaikan cerita condemn2  ni skrg berbalik kepada cerita2 best je ...Kat Pulau Perhentian ni ada beberapa pantainye. Pantai yang happening & agak popular ialah Long Beach, ia terletak dibelakang Coral Beach tempat kami tinggal..Kalau berjalan pun  antara 10 minit, itu pun kalau tak semput hihihiihi
Coral View Beach...tempat ni agak menenangkan.. Tempat makan pun banyak kat sini, sedap pun sedap! Aaaah ttiba2 rindu pulak nak gi perhentian..Tahun depan aje ler..

Ini Long Beach di pagi hari...mcm tak ramai pulak org bersidai kat sini..Tempat yg best klu nak cuci mata & tambah dosa kering :))

Dive operator pulak kitaorang ambik package dengan Steffen Sea Sport yg mmg terletak betul2 depan Amelia chalet beberapa langkah je dari bilik & kalau naik boat pun senang sebab lokasi nye betul2 depan dive shop.So, tak payah nak mengangkat tong yg berat nak mampus tu jauh2. Klu part diving mmg sangat2 convenient dan skali lagi aku nak kasi *thumb up!*




Sepanjang diving dengan Seffen Sea Sport ni, kitaorang sangat puas hati lah dengan layanan diorang yg fun , sempoi & gila2..I LIKE IT! Comment aku untuk dive centre ni semua ok & best je..Gear pun ok, cuma Steffen Sea Sport kena cepat2 buat tangga boat supaya takde lah perut & celah peha jadi lebam bagi org yg tak terror memanjat boat macam aku *ckp bedasarkan pengalaman* hihihihi
 Dari segi benda lain, diorang kena improve dalam aspect keselamatan contohnya diorg kena lah sediakan register form utk customer incase lah anything happen when we diving..Kot apa2 jadi nnt macam mana nak contact waris kan heeee Mungkin diorg lupa kot.. Part2 lain aku kasi A1 kat dive centre ni :)



Antara diving site yg aku pegi hari tu Panglima Abu,Terumbu 3,Paul Reef,Sugar Wreck & Sea Bell. Dari 5 dive ,4 dive mmg puas hati kebetulan time kitaorang datang ni viz sangat ok dapat juga lah antara 15-17 meter@ Panglima Abu & T3, yg lain2 average tp consider ok juga sebab takde current yg kuat walaupun mlm hari hujan. Nak dive pun rilax aje,siap boleh buat senam aerobic lagi,,hahaha

Dive site yang terdapat di Pulau Perhentian lebih kurang 23 sites yg  famous...Agak2 ter capai ke hajat  nak pegi semua huhu

Ni nak share pic2 diving aku..Sebenarnya agak seronok trip kali ni,mana tak nye ni trip yg paling banyak gambar underwater aku sebab ade geng bawak camera juga..Biasanya aku lah yg jadi tukang ambik pic & video org, bila byk pic aku off course ler sangattt sukerrr.
 Lepas ni aku pun nak wajib kan pada sapa2 yg nk diving dengan aku sila lah bawak camera yer !! Sila click link ni yg aku bagi ni, aku dah compile video yg aku ambik & dah masuk kan kat you tube .Jom tengok,kiter Enjoyyyyy!
http://www.youtube.com/watch?v=Hvtvu2Qjhk0&feature=relmfu  & http://www.youtube.com/watch?v=oDyinc0QoxE&feature=fvwrel



Gambar2 yg aku ambik semua ni menggunakan Canon G12 + basic housing

makan budakkkk!
Clown Fish..cumel kan? antara object yg jadi favourite bila aku ambik pic underwater
Aiseyyy! camna  octopus aky  bole bersepah ni

Sorry lah ...entry ni mcm banyak pulak picture aku  kan..Kalau suka tengok, tak suka jangan tengok hihihi
Actually banyak je gambar lain, tapi aku pick random je..kang upload banyak2 berat pulak nak loading blog aku ni nanti ;P

HmmApa yg happening nye di Perhentian Kecil pada malam hari ek ? Nak decribe mcm mana ek..korang tengok lah pic kat bawah sini...lebih kurang mcm tu lah rupanye pada malam hari.. Lebih kepada activity santai dan melepak2 especially di long beach.


 Kepada yang tak ambik package makan jangan dirisau, kedai makan banyak kat sekitar perhentian kecil ni. Aku rasa tak ambik package lagi better sebab lagi banyak pilihan, sediakan "RM" je, harga makanan kat pulau ni mahal sedikit,faham2 je lah peniaga nak ambik bekalan susah.So harga yg diaorg jual 2-3 kali ganda dari harga biasa.
Malam2 hari pulak boleh makan burger kat tepi pantai sambil menghirup udara pantai yg segar,,tapikan aku notice burger yg dijual di pulau2 baik di Pulau Redang,Tioman,Pulau Mabul termasuk lah di Pulau Perhentian ni sedap!!! Org pulau pandai masak burger kot, mcm sedap sesangat lah tak tau kenapa..





Mesti ade juga yang tertanya boleh ke ambik lesen diving kat sini? Off course boleh,hampir kesemua dive centre menawarkan package yg menarik,nak ambik dgn PADI ke SDI ke ade je,senang datang je sini & pilih je lah sendiri TAPI aku nasihatkan sila booking awal walaupun ramai yg cakap boleh walk-in je datang sini. Nak senang deal dulu dengan operator yg berkenanan untuk memudahkan kerja & menjimatkan masa korang juga. Nanti tak lah terhegeh2 nak mecari tempat tinggal & plan activity lain bagai..

Rasanya cukup entry aku utk percutian di Pulau Perhentian ni  tiba2 dah kering idea nak type apa.Mungkin sebab kelaparan ni, otak pun tak boleh ber fungsi dengan sepenuhnye.Akan bersambung di episode lain. Babai!











Sunday, 7 October 2012

Pulau Mabul,Sabah @ 13-17July 2012

Hellow..hellow! disebabkan terlebih rajin,kali ni nak citer pasal trip ke Pulau Mabul,Sabah, trip ni aku mmg aku dah plan dari awal tahun.So, untuk mendapatkan tiket murah dah beli awal2 masa awal tahun juga...

Senyum mcm ni, klu dapat ber jalan hehehe

Sure ade yang tertanya, bila bulan yang sesuai melawat Pulau Mabul ni? Untuk makluman, Pulau Mabul ni takde monsoon macam pulau-pulau yg terdapat di semenanjung. Bila takde monsoon,korang boleh pilih mana2 bulan nak datang,"ANYTIME kate umputeh" itu lah keistimewaan pulau yg terdapat di sebelah Sabah ini.

 Kebiasaan pada musim monsoon di semenanjung, diver2 atau kaki pulau akan beralih arah pergi ke pulau di Sabah ini.
Cuma klu hujan tu tak boleh nak predict kat sini,  bila ribut tengah malam ..air laut akan clear pada siang hari. Bulan yg banyak menerima hujan ialah antara bulan nov & dec, tapi apa ade hal janji takde monsoon & paling penting boleh masuk laut bagi diver tegar mcm aku ni....heheh


Pulau Mabul?kat mana tu? Ok ,pada yg masih tak tau kat mana Pulau Mabul ,ni nak citer sikit. Pulau ni terletak belah Sabah, di mana ia berdekatan dgn Pulau Sipadan..nak tau lebih lanjut sila google map yer.Ada org ckp sebelum ni kalau dah diving kat mabul macam dah pegi naik haji lah..hahhaha lawak sungguh statement.Mungkin map kat bawah ni membantu korang imagine kat mana tempat nye.


 Klu sesiapa yg nak pegi pulau2 belah Sabah ni di nasihatkan ambik flight yang paling awal. Ini adalah untuk menjimatkan masa & cost, klu bertolak flight tenghari atau petang macam dah rugi satu hari unless klu mmg berhajat nak bermalam di bandar Tawau atau Semporna. Penerbangan ke Tawau mengambil masa  lebih kurang 2jam dan dari airport Tawau ke Semporna pulak dalam 1 jam.. Semporna ni consider mcm pekan kecik, ada jetty tempat boat2 mengambil  dan menghantar penumpang untuk ke pulau2 berdekatan. Perjalanan menaiki boat dr semporna ke ke pulau Mabul juga hampir 1jam...Kepada sesiapa yang ade sea sick tu cepat2 lah ambik ubat yer....
Baru sampai Tawau airport...muke excited
Mesti ade yg confius & tertanya kat Pulau Mabul ni mana tempat yang 'OK' nak stay? Kalau dari segi 'OK" yg nak budget, ade je banyak chalet di sekitar Pulau Mabul ni. Antara chalet budget yg popular ialah Scuba Jeff, Billabong, Uncle Chang, Arung Hayat dan lain2.

 Sorry aku tak sempat nak list kan masa datang haritu. Pendapat aku, klu pada yg jenis tak kisah  & suka travel cara back packer ni,korang boleh lah duduk kat chalet yg disebut tadi. Cuma jangan expect lebih2,  what you get based on what you pay.
Macam aku  memang jenis tak kisah janji dapat tempat tido & ade toilet yg bersih takde hal punya.

Klu ade budget yg besar sila lah duduk kat resort2 besar di sekitar mabul ni, contonhnya Sipadan Water Village, SMART Banglow, Kapalai ke & lain2 tempat lagi. Klu dok kat sini confirm2 poket bisa jadi rabak. Balik2dari bercuti confirm makan meggie je ehhehe . Tapi kalau ade duit berlebih takde hal punya, boleh je dok kat tempat2 mewah ni...

gambaran chalet2 yg ade di sekitar  pulau mabul 
sunset di Pulau Mabul

Trip ke  Pulau Mabul ni kami tinggal di Scuba jeff..sebenarnya sebelum pegi aku dah byk google/survey ramai yg ckp Scuba Jeff consider tempat  yg 'ok' untuk budget stay..Trip ni aku organize sendiri, dari nak buat leisure dive terus upgrade buat AOW dan kwn2 yg lain dari nak buat snorkelling trip terus ambik Open Water license.Instructor kami masa tu Bahaman Hashim, owner dive buddy yg terletak di aquatik Shah Alam.Trip ni dah lama di rancang, dari aku nak pegi sorang sampai ada yg nak follow..kemudian terus jadi group trip.
Sebenarnye aku bukan jenis suka plan lama2, ini 6-7 bulan dah beli tiket,advance betol tu .
Biasanya, mmg main terjah je..

Kami  bertuah juga, semasa nak keMabul, Jeff owner Scuba Jeff dtg skali dr KL..Layanan nye mmg tip top dan kami sangat berpuas hati walaupun ada beberapa kekeliruan terjadi disebabkan beberapa salah faham semasa trip ni. Semuanye settle, tak kisah lah janji semua orang enjoy, itu yang paling penting :)
Sampai di Tawau..Scuba Jeff belanja makan kedai sup power..sup rusa @aku tak makan pun sebab  masih kenyang mkn atas flight..Just cuit2 orang punya
Ini kedainye..pic sup tak ambik lah ...lupa sudah.Yg aku  ingat sambal cili dia yg power
Boat menunggu di Jetty Semporna
Jeff(owner scuba jeff) & Steve(new instructor di Scuba Jeff)

Dalam perjalanan ke Mabul, dalam kepala terfikir mcm mana lah keadaan di Pulau Mabul,cantik kah?macam2 lah dalam kepala, yg sebetulan excited je lebih..Aku.klu part ber jalan mmg ligat je kepala,cuba suruh belajar mmg mcm low battery je..hahaha

 Sampai je kat Pulau Mabul 'WOW" je yg mampu aku ckp..kagum sungguh dengan kejernihan air nye..Sumpah! cantik sesangat...sampai masa menaip ni pun aku terbayang2 laut di Mabul..Gambar di bawah ni di ambil semasa baru sampai dari sundeck Scuba Jeff.Cantik sesangat ok!Ni baru pandangan atas belum lagi masuk ke dasarnye...
Recommended for backpacker style...
Cantik kan..ini gambar anak2 bajau atau dikenali orang laut...kehidupan mereka mmg atas laut, berumahkan boat..Mula2 aku mcm kesian, tapi telah diberitahu oleh abg Jeff(Scuba Jeff) kehidupan mcm ni lah org bajau mahu kan. Katanya klu dapat berumah atas laut mcm kejayaan dlm kehidupan diorg..."Ooooo" mengaga aku dengar ceritanyee..
Gambar kat atas ni close up muka anak2 bajau..Unique kan rupa diorg...Jangan tak caya terror sungguh diorg kendali kan sampan..Klu dah ambik gambar diorang jgn lupa pulak hulur2 kan gula2..Kami dah siap2 beli satu balang, lepas diorg posing kasi lah gula2..berebut diorg ambik..hehehhehe

Goreng pisang special hanya terdapat di Scuba Jeff
Scuba Jeff yg sangat mesra , kelakar & pandai menyayi juga tak percaya datang lah ke chalet ini., kat bawah ni aku letak sikit clip Jeff tgh menghiburkan kami yg baru sampai..Sebut2 nama aku lagi*blushing kejap* Sepanjang kat sini kami dilayan dengan baik..Caya lah bro! ..Oh!miss that moment !!:(

1st day petang buat satu diving, kat dive site mabul lobster..Perghhhh! mmg terbaik..jgn tak caya 11 ekor penyu besar bapak lalu lalang..mmg terbaik lah..tapi sayang, picture banyak tak jadi masa 1st dive ni disebabkan tangan shaking bila tgk benda alah ni lalu lintas ..Ala2 jakun skit lah aku jadinye..1st dive consider deep dive aku..ditemani brader jeff & Steve...
30.8 meter on the 1st dive..near to 1 hour..weeee!

Kalau stay kat scuba jeff ni special skit, kita boleh beli seafood yg dijual oleh bajau laut setiap pagi..korang tunggu lah antara 7.30-8am mesti ade diorg datang menjual hasil tangkap diorg..Klu beli pun berbaloi tak dapatnye semurah mcm ni..Seafood yg kita beli boleh upah tukang masak Scuba Jeff, satu menu diorg charge dlm RM20.00..Klu dah makan ramai2 tu tong2 lah yer! =)
Ini nama nye slipper lobster 3 @RM 10.00
Kalau tak silap semua ni tak sampai RM50.00...giler murah seaffod kat sini
Sedia untuk di makan...sedap & manis oooi!
Terbaik!
Geng makan kami ...

Rasenya klu bagi aku duduk sini sebulan, mau kena gaut..dah hari2 makan benda alah ni :))

Hmm..selain seafood, benda yang best kat Mabul ni island hopping ..Korang boleh merayau2 kat perkampungan orang bajau juga..mmg sesuai sangat pada sapa2 yg suka ambik gambar mcm aku ..hehehe
Antara permainan anak2 bajau ..
Dalam perkampungan bajau ade kedai2 kecik..yg pakai kain pelekat tu owner kedai ni,katanya orang Perak tapi dah lama menetap kat kampung ni selepas berkhawin dgn org tempatan di sana..
Selamber je budak2 baring atas pasir tgh2 panas..
Budak2 kat sini pandai posing tau...dah hari2 tourist dtg kampung diorg ni..lepas ambik gambar pandai2 lah kasi upah. hehehe
Ni jalan menghala ke SMART bunglow..
acara wajib..hehe
aku pun bergambar sakan..yg nyata lepas balik dr pulau kaler kulit pun bertukar!!!! 
Anak2 dara kat sini pakai bedak sejuk je..Jimatttt giler! heheehe
Best juga cuci mata..
muka2 comel try nak pow orang hahhahaah
angin sepoi2 bahasa

Brutal tul budal ni, dah lah bogel pastu tunjuk sign FF pulak hahahhaa

Haaa ni gerai burger sedap,


Dah abis citer pasal makanan & island hopping..Skrg nak sambung pasal diving pulak.
Semasa trip ni,antara dive site yg aku pegi adalah Lobster wall,Kapalai Island,Paradise 2 & Siamil Island...Kesemua tempat ni sungguh awesome!!!Tak boleh nak cakap mcm mana..ter kagum kejap! Speechless..woooooooo!Masa tgh menaip ni pun ter kenang2 kan pulau di sana... Harap dalam tahun ni aku dapat repeat balik.Amin.
Sila browse pic kat bawah ni..ckp manyak pun tak guna klu takde prove...heeeee ;D
kesian patah kaki..kena langgar boat agak nye...
Terkejut mak jumpa penyu besar bapak ni, ingat patung penyu sebab dia tak gerak2 dah tua atau kekenyangan gamaknye :))
Ini Kapalai Island..Perghh! cantik bangat..harga pun cantik jugak..ni dah termasuk dlm wish list aku! ngeeee
Siamil Island...sampai2 aku terngaga jap tgk ke jernihan air nye..Masyallah!
Tak tau apa nama spesis ikan yg aku jumpa ni..mulut juihhh!
Aku adalah aku..hehehee
Dalam kedalam 11-13meter...dah jumpa banyak penyu @ Paradise 2 site
Ini baru bawah tangga resort Kapalai Island jerrrr ...huhuuhu
Osemmmmm!
rezeki jumpa cowfish yg comel ni!
muka cam puas hati! sakit mata kena flash kot ;P
Morey Ell yg ditakuti..morey besar bapak ni aku jumpa kat dive site@ Lobster wall Mabul

Agak2 korang jelezzz tak tengok gambar2 ni...best oooo... Sila lah pegi sana confirm tak menyesal punya.Walaupun kami terpaksa mengorbankan $$$$ TAPI ianya mmg berbaloi sangat2..
Tak percaya???cepa2laht arrange trip pegi pulau di Sabah yer :) " Insyallah" aku juga akan repeat dalam masa terdekat ni atau paling lambat pun bulan February 2013.
 Plan aku untuk next trip untuk masuk ke Sipadan Island...Klu ade budget lebih kemungkinan nak stay kat tempat lain pulak.Saje nak merasa duduk kat tempat lain, klu tak pun repeat dok kat Scuba Jeff lagi,apa2 pun tgk tgk budget negara dulo.
 Kalau ikut kan hati mmg nak duduk kat Kapalai..untuk package 4d3n je dalam RM2.3-2.5k with unlimited dive...Gluuppp!
Huwaaaa sudah rindu nak masuk laut ni...Semasa mengepost entry ni ,aku baru je 1minggu++ balik dari diving(kat pantai timur je)
Baru je lagi kan, tapi dah terasa mcm lama tak pegi..Uwahhhh! Aku sudah ketagih narcosis ni..parah sudehh.. !!!hahahha
Ok!lah gue mau ketidoran esok mau kerja..nnt sambung entry trip pulau lain pulak lah yer ;)
 Good nite! Kiss!Kiss bye!byee