Thursday, 27 September 2012

Grilled Cod Fish & Prawn Spaghetti Carbonara Receipe....

Salam Jumaat...
Hari ni nak share resepi Grilled Cod Fish & Prawn spaghetti ..sbenarnya masak dua minggu lepas tapi baru rasa ada mood nak masukkan dlm blog yang ala-ala suam2 kuku ni.. Kalau nak tahu minggu tu  mmg mood memasak, rasa cemuihh makan kat luar..tekak aku ni tekak international semua benda boleh masuk..kecuali mamak foods je, lapor camna akan aku usaha cari makanan alternative lain...Klu org tanya kenapa tak makan mamak?aku pun x tau.. mayb family pun tak makan mamak foods..tak berajor...geli tekak! :D .. Semua type makanan aku lalu je..part makan ni aku mmg cerewet gak kadang2 tp ikut mood juga kkdg tekak nak makan telur & ikan bilis pun bertambah 2-3 kali jugak...Klu nak makan western aku makan kat luar je. Cuma aritu aku beli groceries kat bangsar village ..tgh memilih barang terpandang fish cod  yg mmg jadi favorite aku..Masa tu terfikir why not aku masak sendiri je.. aku pun beli 3 ketul ..rupa nya mcm gambar kat bawah ni ....


Ikan cod ni byk khasiat dia...selalunya org buat minyak..ni serba skit dia punya khasiat yang aku copy dlm google .

Omega-3
Asid lemak Omega-3 dari minyak ikan kod diketahui membantu melindungi jantung dan melancarkan perjalanan darah. Ia adalah suatu keperluan (essential) kepada sistem imun kerana tubuh kita tidak menghasilkannya melainkan kita harus mendapatkannya dari sumber luar.
Saintis mendapati asid lemak Omega-3 penting untuk kesihatan mata dan otak. Ibu mengandung sepatutnya menjadikan ia sebahagian dari diet mereka. Ia dapat memberi keseimbangan terhadap pemakanan sumber Omega-6 yang berlebihan.
Terdapat dalam bentuk kapsul atau cecair, minyak ikan boleh dikategorikan kepada 2 jenis:
1. minyak limpa ikan (seperti kod, salmon, makerel)
2. minyak isi ikan (seperti ikan bilis, sardin).
Istilah minyak ikan kod berasal dari minyak yang diekstrak dari limpa ikan kod. Minyak ikan adalah sumber yang baik untuk vitamin A dan D.
Banyak faedah yang kita dengar tentang minyak ikan kod. Antaranya menguatkan tulang dan gigi, memelihara kulit, merawat gout dan arthritis dan juga untuk kesihatan jantung.
Panjang leborkan explanation nye...kalau dari segi rasa mmg ikan sedap giler...lemak2 manis, klu makan confirm mak mertua lalu pun tak perasan... 


Note: Ni entry lama, baru perasan dekat 6-7 bulan tersadai kat draft ...Apa aku letak masa masak cod fish ni pun sudah lupa lah... publish ajer lah untuk tatapan mata sahaje ;P @ 27/9/12