Pages

Monday, 22 June 2015

Trips ke Sydney & Melbourne! (July 2014)

Tup..tup ..tup dah masuk bulan June 2015 rupe2nya..Apa pun kak Lipor nak ucapkan Selamat berpuasa, jangan ponteng puase yer!  As usual habit akak, yg suka memeram gambar & crita tak abis2..bila dah basi baru lah nak share..sedih!! hehe. Dah setahun trip ke Sydney & Melbourne berlalu. Actually, bukannya tak rajin , TAPI ada sikit malas aje. Blog suam2 kuku ini akan di update  ikut mood aje lah.


Ok lah, apa yang aku nak kongsikan adalah preparation yg perlu dibuat sebelum bercuti ke Australia.       

DESTINASI
Kena tentukan destinasi ke mana korang nak pegi, Australia terbahagi kepada  beberapa bandar besar iaitu Sydney,Melbourne,Brisbane ,Perth,Adelaide,Darwin & lain2 , untuk trip tempohari kami decided untuk bercuti ke Sydney dan Melbourne . Plan asal nak ke Sydney je tapi bila fikir balik, dah alang2 baik ke Melbourne terus kan.  
Ni lah map Australia, besau tau. Kalau banyak duit pegi lah semua tempat, setakat ni akak baru sampai Brisbane(2006) , Sydney & Melbourne(2015).  Hailaaaa kalau lah duit boleh jatuh dari langit nak je pergi semua tempat yg ada dlm map nih. Takpe lah bagi priority round negara lain pulak. Janji dah sampi Ostalia ,ye dak?? :D 

NAIK AIRLINES APA KALAU KE AUSTRALIA?

Ok, kalau korang direct dari KL boleh naik MAS http://www.malaysiaairlines.com/ atau Air Asia http://www.airasia.com/, klu dari singapore/Indonesia boleh juga tapi leceh sikit nak kena transit. Korang kena lah rajin google, banyak lain2 syarikat penerbangan yang ada sekarang.

Nak dapat tiket murah silalah beli time promotion TAPI korang kenalah rajin tgk website  dan buat comparison http://www.cheapflights.com.my/.
Trip kali ni  nai Air Asia je. Harga tiket yg aku dapat lebih kurang rm1838.00(return) ,mahal juga sebab masa beli bukan time promotion. Apapun harga  ni dah kira murah sikit klu compare dengan MAS price, kalau tak silap..harga tiket MAS tarikh yang aku nak pergi  dalam 2.8k. Dalam 1k jugak difference nya.
Ada sestengah orang tu ckp, apa kelazzz nak Air Asia..hey!hey!cittt porahhhh, kalau bagi tiket preee, korang mesti hadap jugak  kan. So, jangan eksen!Apa2 pun kena ikut kemampuan masing2. Macam aku yg kurang berkemampuan(sob..sob..sob)kena pilih mana yang offer lagi murah.
Masa pergi beli tix economy promo, masa balik tix regular..advantage tix regular boleh tukar date/time.. kena bayar processing fee sikit.. 
RM3668.00 total untuk 2 orang. So, tix price RM1834.00 sorang..ejam mata & click2, terus request TAC  maybank2U  hihihi.
Dari Sydney ke Melbourne pulak, boleh naik local flight http://www.jetstar.com/au/en/home   http://www.qantas.com.au/. Lepas buat comparison,  aku decided naik Jetstar yang  mana lebih afdal dengan kocek kitaorang.
Ni  harga tiket (3orang x 200AUD) naik Jetstar dari Sydney ke Melbourne .Total 600.00AUD bersamaan RM600.00 (currency AUD masa 2014 agak naik, dalam 3.05  tak silap.. 

BAGGAGE?? 
 Memandangan Air Asia berkira dengan baggage, korang kena tahu apa benda yang korang nak bawak. Kalau macam akak  yg jenis bawak batu bata MAKA wajiblah amek 30kg.
Actually, brapa KG baggage yg korang nak beli ni, bergantung pada keperluan masing2. Ada  sesetengah orang 15kg pun dah cukup(biasanya jenis2 backpacker), aku ni pulak jenis yang pergi mana2  walaupun tak nak membeli, bila time balik mesti beranak-pinak bag(pelik tak statement ini hahaha). Kalau tak nak fikir pasal weight, boleh naik MAS je..30kg all in. Kadang2, MAS tix lagi murah dari Air Asia, kena lah pandai & rajin check di website
Cer tengok..ni bag kitaorang masa nak pergi je tau, belum lagi time balik..hihihi
Lagi satu kalau travel ke oversea,  jangan kedekut beli insurance skali yer,(sebenarnya aku pun jarang beli kalau travel dalam negara, luar Malaysia mistii kinaaa beli). Just in case, ada apa2 nanti senang nak claims.

VISA
 Kalau nak tahu, nak ke Australia kita wajib memohon visa .Cara nya mudah, korang boleh apply ETA secara online je, bayaran dikenakan pun tak mahal mana. Sekitar rm30-40 ringgit lepas convert.(Tapi kena guna credit card tau).
 Ini website nya https://www.migrationexpert.com.au/travel_visa/e_visitor_visa/ Bila application korang dah approved, tidak perlu print yer..semuanya telah di link dengan passporthttps://www.eta.immi.gov.au/ETA/etas.jsp?tub=&submit=apply  Kalau ada sebarang pertanyaan atau nak tau detail pasal ETA boleh check kat ETA - Facebook . Last time, aku apply, 11jam dah approved. Laju diorang buat kerja. Ialah sekarang ni semuanya mudah, kuasa hujung jari.. tak payah lah korang gigih nak gi kedutaan bagai.

MUSIM
Kena tahu bulan/season apa yg korang nak pergi dan yang paling penting & makesure sediakan  pakaian yang bersesuaian dengan musim yang korang nak pergi. Seperti sedia maklum , Australia mempunyai  4 musim...kenafeee lah Malaysia takde ek ;P
Dec-Feb (summer=musim panas)
 Mar-May(Autumn=musim luruh) ,
Jun-Aug(Winter= musim sejuk) ,
Sept-Nov(Spring= musim bunga).
 Musim apa yg sesuai nak ke Australia? Apa2 musim pun sesuai, bergantung kepada pada cuaca yg korang suka.

Disebabkan aku pergi masa winter, apakah preparation bercuti dimusim winter ini??
 Biasa lah benda yg wajib ada, baju sejuk, kalau yg ada wools lagi bagus, long john(akan dipakai hari2 sebagai lapisan utk memanaskan badan),kasut yg selesa ,topi(musim sejuk cuaca tak boleh predict, biasanya akan hujan) dan lain2 keperluan.

APA YANG BOLEH & TAK BOLEH DIBAWA KE AUSTRALIA?
Makanan?? Apa yg tak boleh  dibawa masuk jika nak pergi Australia? First, of course lah semua benda diharamkan bawak seperti dadah,ganja,air ketum (jgn cari penyakit yer).haha gurau je,Tak kan lah korang sebangang mcm tu kan.

Ok, barangan makanan yg dilarang dibawa masuk adalah, semua jenis product tenusu, daging, cecair & etc. Tapi kalau nak bawak jugak makanan boleh jugak, tapi kena make sure makanan dalam tin atau benda2 kering. Product Maggie sangat famous kat ozzy tau, bawak apa yg ada logo meggi terus lepas tau. TAPI kalau nak bawak serunding daging/ayam lupakan aje lah, nanti tak pasal Bang Jing(panggilan kasih sayang utk anjing) yg makan pulak nanti haha. Kalau nak tau imigresen kat Australia agak strict juga . Masa kitaorang pergi agak risau juga, sebab ada seludup daun kunyit bagai.. Tapi alhamdulillah, memang smooth aje sampai je kat Sydney airport.


Trip kali ni  hanya 4h3m di Sydney dan 5h4m di Melbourne, nak crita  panjang lebar pasal trip tak tau nak start kat mana, sebab banyak gambar dah ter delete dam dah lupa. So, aku kongsi apa yang ada je lah. Layan gambar2 kat Sydney dulu lah yer.
Selama 4h3m di Sydney kami bermalam di Sans Souci Wharf, lebih kurang sejam dari Sydney..
tengah tunggu bus nak ke Sydney, jauh jugak. Next pegi kena duduk kat town..Nasib lah public transport kat sini ontime , so dah tau budget masa pergi dan balik. 
Lepas bergambar ,jangan lupa hulur 1-2dollar kang kena kejar :))
Sydney bridges
Sydney Opera House
Haihhh!  orang belakang ni kacau lah..
Ni masa atas ferry nak balik ke CBR




Kagum dalam train ada toilet uolsss! clean pulak tu...
Bondi beach..
merasa pakai jacket kat tepi laut.. :))
cuci mata pun best!
arghhhhh!

kalau nak shopping souvenir beli kat Paddy's market ni..boleh bargain!
ni ala2 taman tema..kami tak masuk pun..tak cukup masa huhu
Selepas mengabiskan duit di Sydney , kami ke Melbourne pula. Dari Sydney ke Melboune naik Jetstar, time balik (Melbourne-Sydney) dengan Qantas airline.



Ujan rintik-rintik air pasang pagi...eh tiba2 je kan :))
AIrport shuttle ke Mebourne CBR, AUD 18 /way.. Tak yah pening2 fikir pasal public transport kat Melbourne ni. Public transport kat sini sangat efficient dan selesa.. Di melbourne kami stay di Hotel Ibis budget..gambar hotel dah ter delete daaa..
Yeay!! dah sampai...sampai aje kat hotel, terus keluar jalan dlm Melbourne town..jalan kaki je hotel pun dah memang dlm town..senang nak ke mana2.

ala2 petaling street..layannnn!
Lost wallet??

Kenapa nak ke Melboune? Sebab utama aku nak kesana coz aku teringin nak ke Mt Buller yang mana ia adalah salah satu attraction paling menarik di Melbourne ni. 

Lepas check in je, kami terus keluar round2 & walk2 sekitar town Melbourne ni. Alahhh! tak besar mana pun city Melbourne ni, bila penat kami naik tram aje lah. Masa keluar tu juga kami survey2 , tempat rent car &  finally kami decided  ambik dengan Hertz aje lah..
Misi aku ke Melbourne ada lah nak ke MT buller, kami discussed  sama ada nak naik bus atau sewa kereta..Lepas fikir banyak perkara kami decide sewa kereta, sebab  bila kira budget balik ..cost lebih kurang jugak kalau naik bus. Yang penting tak terikat dengan jadual dan boleh berenti mana kita suka.

ambik package skali dengan petrol.. senang tak payah terhegeh2 mencari petrol pump 
Menghala ke tol, keluar dari Melbourne town..
OTW to MT Buller..Nampak kangaroo tengah main skipping tu!

Lembo2 Australia mesti cakap dalam hati "Apeee lah orang Melaysia ni, gambar kitaorang tengah makan pun nak ambik!"
Ni kampung cheq..senang2 datang lah yer!
kalau boring2 cheq main kuda kat sini... ;P
Ni pekan kecil sebelum sampai ke MT Buller..singgah beli roti nak cicah dengan tuna yg bawak dari KL
terperanjat burung2 tu tengok kami..

Yeayyyy! dah nak sampai border ...
Kalau nak naik ke MT buller, korang ada option sama ada park keta & ride by bus atau drive terus sampai ke atas. Kalau nak drive kena rent snow chain,kegunaan untuk stable kan tyre di permukaan jalan yang licin.Gituewww! Nak tau details visit http://www.mirimbah.com.au/Home.html 
Snow chain..gitu lah rupanya..mahal gak AUD30 sehari.. mahai sebab bila dah convert hahhaha
                       free  parking jek!

Naik bus kena bayar ticket return dalam AUD50 lebih kurang RM150.00, kalau naik keta kena bayar tol +  nak kena sewa snow chain lagi...plus minus sama jek! Baik naik bus boleh rilax ;P
nampak jalan licin di situ!
Kabusssss tapi gebu
Kalau confident drive aje sampai ke atas..
Dah sampai..tengok orang berkoyan2 membawa equipments untuk main ski, kami bawak bag makanan aje.. dasar orang malaysia, tak boleh berpisah dengan makanan.. hakhakhak!
Nampak sejuknya di situ!
sejuk sampai ke tulang putih..eh tulang putih tu kat mana?
Sephiee gaya stylo!  
duck face yang tak jadi.. hakhak
standard orang Malaysia posing...kaww ghaseee??? 
lepas ribut salji..merasee!
Di Mt Buller kami spend masa tak lama pun..adalah dalam 2-3 jam..tak tahan sejokk! lagipun memikirkan hari semakin gelap, kami turun pada pukul 4.00pm(naik bus ada schedule dia, last bus pada pukul 6.00pm). Dah settle, kami ambik keta terus balik ke Melbourne CBR. Bila kira balik, perjalanan pegi dalam 5jam(sesat +menyinggah) dan balik dalam 3jam>(guna waze tiba2 bawak ke jalan yang merepek..hahaha)

Next day, kami sambung merayau di sekitar Melbourne CBR.. Tempat favourite mesti lah zoo..moooooo!
Entrance fee tak silap dalam AUD23..Kalau sesiapa ada student card tu bolehlah guna untuk dapatkan discount.
santekk kan..best masuk Zoo ada aircond!
Kauu ingat kau cantik!!
comel! rasa nak tolong tarik ekor!!


sedap laa! bersantai2..
Itulah serba sedikit mengenai trip Sydney & Melboune pada July 2014 tahun lepas(tak sempat nak story semua). Ok kan  dari takde share langsung :P.
Btw, mintak maaflah kalau info tak  berapa lengkap, banyak benda dah lupa hehehhee Ok!lah salam good bye! (actually ni sambungan ayat entry yang terbengkalai lama..takde idea).. ;P bye lagi!