Uihhhh! banyak betul entry yang tertunggak..macam bayor bills letrik pulak kan. Agak gigil tangan nak mengabiskan entry2 trips yang lepas.Untuk trip 4d3n ke Ho Chi Mint,Vietnam pada 17April-20April 2014 segala cost telah ditanggung oleh company.Consider sebagai company trip diberikan sebagai reward kepada pekerja.Terima Kasih AM..! Jadi untuk trip kali ni, aku hanya perlu membawa duit shooping sahaja.Mioewwww! wiggle wiggle wiggle...Suka tau! Seperti sedia maklum, Ho Chi Mint ataupun Saigon, terkenal sebagai tempat tinggalan sejarah dan sudah tentunya sebagai tempat shopping kain-kain dan lain2. Rasanya, Ho Chi Mint ni amat digemari oleh orang Malaysia kerana hampir semua pelosok pasar asyik jumpa orang Malaysia je. Ini segala tak langsung menunjukkan ramai orang Malaysia berkemampuan, nak shoppping pun ke luar negara uolls!!
Untuk pengetahuan, kenapa ramai orang Malaysia ke Vietnam ni adalah kerana nilai matawang mereka. Shopping di Vietnam..ala2 shopping di Bandung,Indonesia jugak. Bawak 1k pun, dah banyak benda boleh dibeli. Barang2 /kain2 dijual juga agak ber quality dan ramai juga rakyat Malaysia datang ke Vietnam semata2 untuk mengambil barang untuk dijual di Malaysia.
Trip yang di sponsor penuh oleh company- Vietnam Airlines |
Hello!! Ho Chi Mint
Penginapan juga ditaja penuh oleh company ku..Save budget!
|
Novotel hotel ni terletak di tengah bandar, nak pergi mana2 pun dekat..dan yang paling penting wifi free yang sangat laju yer! |
Kalau ke Ho Chi Mint ni silalah tempah blazer , harga sepasang dengan seluar dalam rm200. Kalau kat KL, seluar aje dah cecah paling kurang RM200...
Untuk trip kali ini, tak banyak pun aku shopping. Mungkin dah banyak berjalan, tambahan kain2 yang beli kat Bandung dulu pun tak abis berjahit lagi. Kain cottan pun tak beli langsung,tengok pun tak ber nafsu..hehee.. Jgn salah faham ,actually sebulan sebelum trip dengan company, asben ku dah ke sana..dia dah beli byk kain cottan untuk diriku.So, kali ni aku lebih banyak mengabiskan duit beli barang2 hiasan rumah mcm pasu2 yang unik.
Apakah nilai wata wang perlu di bawa datang ke Ho Chi Mint, Vietnam ni? Untuk pengetahuan, kalau korang memang banyak nak shopping sila lah convert dalam matawang #Dong mereka, kalau beli barang ada sikit beza. Ringgit Malaysia juga boleh di gunakan disana, ada jugak peniaga dah siap2 letak harga barang dalam RM. Kalau tak nak pening fikir convert bawak je RM ..Tapi untuk membeli air atau benda2 kecik baik lah guna Dong. Nilai matawang USD juga diterima, kalau nak shopping tempat branded boleh lah guna. Apa yang boleh aku advice, korang boleh bawak duit campur2 (RM+Dong+USD) , kata kan duit semua dah ditukar kepada Dong..bila tak abis guna nak tukar balik ke RM agak rugi yer. Jadi sebelum pegi, sila budget dan list kan apa korang nak beli yer..
Hari ke-2, kami dibawa melawat ke Chu Chi Tunnels iaitu terowong rahsia penduduk Vietnam masa zaman perang. Memandangkan trip ini ditaja, aku tak dapat anggarkan budget/package untuk ke tempat ini. Mudah je nak dapat info tentang tempat ni di town Saigon sebab banyak je package ditawarkan oleh agen2 disana. Yang pasti harga tak mahal mana.
Apa yang pasti , rakyat vietnam mesti slim2 pada zaman itu. Kalau kena dengan rakyat M'sia confirm kena gali size terowong yang lebih besar..hahaha |
Jangan lupa try menembak..Harga ikut package peluru ... |
Dah lama tak makan ubi kayu..cara hidangan sama macam kita, cicah gula/kelapa bersama2 air teh.. Hidangan akan diberikan kepada semua tourist yang datang ke Chu Chi Tunnel ni.. |
Setelah seharian di Chu Chi Tunnel , makan malam pula di Mekong River .Memandangkan semuanya ditaja aku tak tahu brapa harga untuk dinner di atas cruise ini..
Dinner yang paling best untuk tahun 2014 ini , sambil makan,sambil dihiburkan.. Fuhh!! memang cantik2 awek Vietnam ni.. |
Layan Live Band, mantoppp!!! |
Mana negara yang aku pergi, tak sah kalau tak singgah di HRC. Wajib gitueww! |
Overall mengenai Ho Chi Mint ni,boleh lah dikatakan sebagai salah satu tempat yang ok ok untuk dilawati. Boleh juga dijadikan salah satu list travelog cost rendah.
Kalau tanya aku sama aada nak datang ke tak lagi..,Jawapannya " kemungkinan tak kan repeat datang sini lagi lah kalau menggunakan duit sendiri.. melainkan nak cari barang untuk buat business" ...Bila kah? entah laaaaaa..
Sekian Wassalam....