Pages

Thursday, 5 February 2015

Memandu ke Hatyai, Krabi Thailand- Dec 2013

Assalamuailaikum warahmatullah hibarakatum...

Tup..Tup!!  Dah nak masuk tahun 2015 rupanya, cepatnya masa berlalu. Apapun kita mulakan dengan bismillah. Skrg ni Kak Lipor baru nak rajin & sedang gigih berusaha menghapdet crita criti tentang trip-trip yang lama terbengkalai, nasib tak jadi bangkai..lol
Kita mula dengan trip ke Hatyai - Krabi, Thailand.Oh! dekat setahun ++ berlalu,punyalah malas nak menaip...
 Trip ke Krabi ni boleh lah di dikatakan adventuresss dibandingkan trip sebelum ini , Hapee yang adventure nyaa?Haaa.. kali ni  kami memandu kereta  dari KL- Hatyai-Krabi,Thailand.
Actually, dah bertahun teringin nak buat,cuma pada bulan Dec 2013 baru berjaya melaksanakan hajat dihati. Sebelum pergi, dekat seminggu aku dok refer pada blog and goggle tips2 yang boleh dijadikan rujukan.


Kenapa nak memandu? Actually, aku verangan nak ke New Zealand one day..round NZ bawak caravan/motorhome . Insyallah! So, sebelum pergi ke negara jauh..test drive kat negara jiran dulu. Nasib lah asben ku sungguh sporting ,mengiakan saje plan gila ni. 
 Percutian termasuk perjalanan mengambil masa 5hari4malam,  trip ini memang  agak memenatkan tapi  return nya, satisfaction level tahap dewa yang kami dapat...hahaha

Ok, di sini aku nak share bagaimana nak memandu kereta ke Thailand berdasarkan pengalaman aku pada hujung Dec 2013 yang lepas.
Sebenarnya tak susah pun, apa yang pasti sebelum memulakan perjalanan make sure :

  • Mempunyai duit belanja yang mencukupi-No money ,No Talk!Tukar lah Thai Baht mengikut keperluan. Mcmmana nilai mata wang Thailand? Untuk pengetahuan nilai mata wang Thai adalah lebih kurang sama dengan RM. Kalau 1000Bath bersamaan dengan Rm100. Nak mudah faham,sila kurangkan kosong pada setiap nilai, so nanti korang senang lah nak convert bila beli barang nanti.


  • Jangan lupa call bank untuk active kan credit card. Ia boleh digunakan kalau ada emergency.

  • Service kereta-tak kisah lah apa pun jenema kenderaan korang, benda paling utama sila lah service untuk keselamatan
  • Buku merah aka Passport jgn lupa bawak- makesure 6 bulan sebelum expire dah renew yer.

  • Sebelum masuk sila pasti membawa geran kereta, ini untuk digunakan masa nak apply insurance masa masuk border Thai nanti.
  • Sila isi minyak penuh2 sebelum masuk ke border Thailand yer. Untuk makluman, harga minyak di Thailand adalah 3x ganda dari Malaysia.Contohnya kalau biasa isi minyak keretafull tank ialah RM100, jadi kalau isi kat Thailand jadi RM300 lepas convert.Mahal giler!!! So, kepada orang yang suka kondem negara sendiri tu,jangan ngada2 lah yer.Bersyukur lah..Tak suka sila lah migrate.  
  • Makanan & minuman- jangan lupa bawak sedikit makanan ringan, walaupun kat Thailand banyak makanan ,tapi untuk pemanduan jarak jauh silalah sediakan jajan2 untuk kudapan. Nanti takde lah nak mencari sangat.
Macamana nak masuk Thailand dari KL? Actually, jalan yang paling dekat dari KL adalah melalui bukit kayu hitam. Tapi untuk trip kali ni kami buat kerja gila, dari Pahang melalui Kota Bharu,Kelantan...Kemudian masuk ikut rantau panjang, kemudian terus ke Hatdyai . So, calculation perjalanan mcm kat bawah :

(PERGI)
KL-Pahang = 3jam
Pahang-Kota Bharu = 7jam
Kota Baru-Hatyai = 5jam
Hatyai -Krabi = 7jam

(BALIK)
Krabi-Danok = 8jam
Danok-Bukit Kayu Hitam (30 minit)
Bukit Kayu Hitam- KL (5-6jam)

Apa2 pun , mulakan perjalanan dengan bismillah. Kami sampai di border rantau panjang dari Kota Baru lebih kurang pukul 5.00 petang.
Di border tersebut ,pengunjung perlu menunjukkan passport dan juga membeli insurance kenderaan  bernilai dalam RM35.00. Selain itu sila sediakan duit RM2 seorang untuk dijadikan tip bayaran kepada imigresen yang bertugas,yg mana diorang membantu mengisi form diperlukan sebelum dilepaskan masuk..


Selepas settle di check point imigresen , aku terus membeli sim card Thailand berharga lebih kurang RM30.00 yang mengandungi data sahaja untuk digunakan meng activekan GPS/Waze. Untuk makluman, GPS/Waze amat penting yer bagi membantu korang mencari jalan menuju destinasi. Tak kan , asyik nak tanya orangkan..nanti elok perjalanan 4jam dah jadi 7jam buang masa disebabkan berenti terkial2 dapatkan direction dari orang. Sila bertanya ikut keperluan yer.


Perjalanan dari Rantau Panjang ke Hatyai mengambil masa dalam 4jam lebih,Disebabkan mata telah berpinor, kami  bermalam di Hatyai untuk satu malam.Tak sanggup nak meneruskan pejalanan ke Krabi.
 Hotel walk-in aje.Kalau tak silap hotel yg aku duduk Grand Plaza Hotel, bayaran semalam 1000bdt bersamaan RM100. Consider agak murah lah, sebab nak tido satu malam aje kan. Condition bilik so-so aje.

 Selepas check-in dan berehat kejap, kami terus keluar untuk makan malam di sekitar hotel.
Heart of Hatyai, di sini banyak penjaja ... kat mana2 pun akan jumpa orang Malaysia. Tapi pengunjung dari M'sia di town Hatyai menjadi agak lengang pada minggu yang aku datang, puncanya isu pengeboman di Danok beberapa hari sebelum aku masuk. Alhamdulillah, tiada kejadiaan tidak diingini berlaku sepanjang trip  Thai aku ini...
Nenas madu Thailand yang super manis.. Baru RM 2.00
Menu wajib kalau ke Thailand..Pulut Mangga yang lazattttttt! RM 4.00
Di pasar malam hatyai yang happening.. Ramai je penjaja makanan muslim, memamg heaven lah klu nak makan di sini.Harga yang murah dengan rasa yang lazat.

Pada keesokan harinya,kitaorg terus packing barang, terus menuju ke destinasi utama iaitu Krabi. Sebelum bertolak, aku mengambil kesempatan pergi meninjau pasar hatyai dan seperti biasa shopping apa2 yang patut...
Beli buah2an yang segar dijadikan bekalan untuk makan dalam kereta..
Jangan lupa isi tank dulu..
Ingat merokok itu haram..Sila terasa yer! :))
Antara gerai2 halal terdapat sekitar Hatyai...Pasal makanan halal ,jangan risau memang banyak..
tut2 ..ala2 teksi di sini
 Selepas menghabiskan masa di Hatyai selama setengah hari, kami meneruskan perjalanan menuju Krabi melalui Phatthalung. Untuk makluman, amatlah mudah memandu di Thailand ini memandang jalan raya 3 line yang agak selesa dan benda yang paling best ialah "tiada tol" yer.
Signboard di tulis dalam bahasa Thai & juga Omputih yer
insyallah semua orang boleh faham & tak sesat punya,,
Agar2 kelapa ni sangat sedap yer! (singgah di beberapa tempat untuk menghilangkan mengantuk dan juga letih memandu)
Jalan menghala ke Krabi agak berdebu dan tidak berapa elok untuk 2jam terakhir (construction area) . 
Setelah berjam2 dalam kereta ,finally sampai juga tempat ditujui iaitu Krabi. Kali ini kami tinggal di Krabi Cha Cha Resort. Reservation dibuat menggunakan booking.com.

bilik honeymoon katanya... meowww!!

Best!!!

Bilik access dengan swimming pool...syookkk! celik mata terus terjun tiruk...
Nak dapat halal foods tak yah risau ...senang nak dapat kat Krabi ni..
Kedai2 sekitar AoNang Beach Krabi.. Murah giler massage kat sini.. satu badan baru rm20-30 hinggit sejam...
hair braids  dlm rm10-20 je...*Abaikan muka gemuk ku itu*
Disebabkan ni trip dah lama, banyak gambar2 tak jumpa..Lupa dah apa je activity yg aku buat. Ada buat satu dive kat Koh Lanta, itu pun untuk lepas gian. Semua equipment & camera underwater tak bawak, sebab tak plan pun nak dive. Jom Layan saki baki gambar yg ada.


Kenal tak menatang apa nI?

Berani tak kome memegangnya... Ini Baru real pijak kepala...
Ada berani???/ :))