Apa kabor sedagher sedaghi sekelian..
Hmmm..bila mood menaip datang,tak boleh berghenti pulok. Ada free time, terus online.. Okey!laaa , untuk entry ni pulak..aku nak cherita pasal trip ke Filipina terjadi pada bulan May'2014, maknanya dah berbulan2 berlaku lah.
Trip ke Filifina ni lebih tertumpu pada aktivity diving. Ialah somi terchenta tanya, mana nak pegi kali ni, so aku pun tipu sunat ckp,"You nak tengok ikan besor2 tak? Kalau nak, kena pegi Anilao"Dalam hati ckp abis lah dapat dosa kering...,somi ku ni leisure diver,dia suka tgk benda besor2 je. Tapi tak dinafikan dia jugak banyak membantu Lipor mencari objek yg boleh dipotretkan,iaitu hidupan macro/muck yg menjadi kegilaan photographer underwater ni..Setelah dipesetujui dengan lajunya Lipor terus book tiket dengan Cebu Pacific.
|
Jumlah kecederaan poket untuk 2orang RM1400.00 (return),consider dapat murah coz masa aku click2 ada promotion.. Perjalanan dari KL ke Manila mengambil masa 4jam.. Kalau korang bercadang nak ke Anilao, make sure turun di Ninoy Aquino airport yer.. |
Kat mana Anilao ni? Kedudukan Anilao ni berada dalam Mabini,Batangas Filifina. Batangas tu mcm satu daerah yang besar, Anilao pulak berada dalam jajahan Batangas. Haaa,faham idok? Cer tgk map ni , harap dapat membantu.
|
Ini lah kedudukan Batangas.. |
Kenapa memilih Anilao? Ramai diver cakap Anilao ni macam syurga hidupan macro, ia adalah salah satu wishlist aku yang berbuku2 list nya..hehe.
Apa dia macro? Macro ni jenis2 menatang kecik, yang kena guna lens kalau nak ambik gambar,yang mana benda kecik akan nampak besar bila guna lens. Lately , aku kemaruk ambik gambar macro. Entah laa, kepuasan hati level melampau kalau dapat shoot benda2 indah ni.
|
Dive site yang terdapat di sekitar Anilao, Batangas |
Macammana nak ke Anilao ni? Pada yang berminat nak pegi, sedikit info yang Lipor boleh kongsi kan.. Perjalanan ke MAnila mengambil masa lebih kurang 4jam, time diorang sama je mcm Malaysia. Kalau nak ke Manila ,korang boleh naik MAS,Cebu Pacific,Air Asia..Sila pastika korang turun kat 'Ninoy Aquino International Airport,Manila" yer.. Jangan turun kat Jakarta pulak!hahhaaa
Perjalanan dari Manila airport ke Anilao, Batangas pulak mengambil masa lebih kurang 2-3jam. Tapi masa kami ke sana, jalan agak jem jadi perjalanan menjadi 5-6jam.. Adoiiiiii laaa! Ingat kenapa jem,rupanya ada construction kat area Bauan. Jem kat Filifina ni boleh dikatakan agak dasyat juga, yg boleh mengakibatan driver bole bertukor ke kaler hijo...Pulak tu kalau perut berkeroncong, boleh jadi lebih dari Kiki string lock ..hihihi
Bagaimanana nak mencari makanan halal di Anilao??? Oh! di sini aku nak ingatkan, untuk mencari makanan halal di Anilao,Batangas ni amat susah yer!! Jadi, sebelum datang sila pastikan korang membawa bekalan yang cukup sepanjang berada di sana. Untuk membawa makanan masuk ke Filipina takde halangan pun, jangan risau selagi tak dicampur dadah/ganja atau apa2 yang meragukan..Insyallah takde masalah & tak kan kena tahan di airport. Macam Lipor sendiri, bawak makanan sendiri jugak..siap buat frozen Udang masak lemak cili api,sambal bilis tempe, sambal petai,beras dan benda2 lain juga. Aku rasa macam trip campaign pulok rasanya..
|
Jangan malas nak bawak makanan sendiri,nanti korang sendiri yg kebuluran. Ni aku tgh prepare frozen lauk sehari seblum bertolak. Makesure lauk yang dah masak, masuk dlm plastik, ikat dengan getah ketat2 kemudian masukkan dalam freezer semalaman. Masa nak bertolak bungkus dengan surat kabar tebal2. Check in-luggage, dah sampai masuk je dalam fridge yang ada kat hotel.Insyallah makanan boleh tahan lama. Tips ni ada sorang kawan yang ajar.. |
|
Jangan lupa bawak travel pot yang boleh panaskan makanan. Aku beli kat groupon sebijik dalam gambar ni sebelum berangkat.Harganya dalam RM56.00.. Benda alah ni sangat berguna yer. |
Resort/Hotel yang jadi pilihan kali ini adalah Seas Spring Resort. Lokasinya agak jauh kedalam, owner resort ni adalah orang Korea.So, masakan orang Korea lah..Pada yang muslim, boleh inform kat management resort yang kita tak boleh makan babi. Nanti apa2 masakan yang ada kaitan dengan gen babi ni akan dinyatakan. Anak owner resort ni agak friendly, even masa nak makan meggie dia baca dulu sama ada ada kandungan gen abg.B ke idak. Tapi untuk mengelakkan rasa was2 lebih baik lah bawak makanan sendiri. Enjoy ber holiday bermakna perut kita kena enjoy juga, baru lengkap package .. hiks!
|
Ini lah lauk pauk rasmi kitaorang selama berada di Anilao.Dengan cili padi pun bawak dari M'sia.. al-maklum somi ku agak fussy "perut nasi," takpe lah penat skit nak masak.Janji tak dengar orang mengomel tak cukup makan nanti..Nanti Lipor pun boleh dive dengan aman...hehehe Ok tak tactic ni??? |
|
Seas Spring Resort, Kak Lipor booking melalui booking.com .. |
|
Facilities resort ok, ada hot spring dan lain2..tapi yang tak best takde pantai.. Kolam ada sikit kotor, Lipor bagi rate average aje lah.. Tempatnya jauh ke dalam. Kalau teringin privacy boleh lah ke resort ni, tapi banyak je hotel/resort/chalet yang ada sekitar anilao ni. Sila lah google yer. |
Dari airport ambik teksi ke Anilao dalam pukul 8am sampai di resort dekat pukul 2pm.. (cost naik teksi 1way dalam rm280, agak costly kalau travel berdua)..Nak murah boleh naik jeepneys, tapi agak memenatkan sebab ia berhenti-henti.Ala2 bus mini..
Hari pertama sampai ,somi ku rest aje di bilik..Ialah lebih dari setengah hari travel.Fuh!! penat giler...Kak Lipor je lah layan night dive sorang2 dengan buddy baru. Macam biasalah, bila diving jadi excited lebih, penat belakang kira..
|
Get ready! Dive mode ON!! |
|
1st day night dive.. |
Sedikit gambar underwater yang aku boleh kongsikan, yang lain2 akan disimpan untuk simpanan sendiri.Mana tau satu hari boleh ada galeri underwater sendiri.hihihi.. kuat berangan nih! Kesemua gambar yang Lipor ambik mengunakan camera compact Canon G15+Nauticam Housing+Subsee plus10 lens + inon S2000 single strobe.. Jom lah layan!.. Saya budak baru belajar...Zazzzssss!
|
Frog Fish |
|
Warty Frogfish- Small Juvenile |
|
Chamerlain's Nembrotha |
|
BRock's Pleurobrach @Sidegill Slugs- |
|
Sandperches- Lizardfish |
Inilah jumlah kecederaan poket selama beberapa hari tinggal di Seas Spring Resort ini...
|
Bayaran diving di buat melalui card credit ..23,180 peso = RM1688.44 , campor bilik..abis jugak dalam RM2400.00(dah diconvert) untuk 2orang... Untuk pengetahuan boat dive di sekitar ANilao ni agak pricey jugak, pada pendapat Lipor shore dive pun dah jumpa macam2 kat sini... |
Selepas beberapa hari di Anilao , kami juga mengabiskan masa selama 2 malam di Manila. Selepas mengucapkan salam babai kepada krew..Kami meneruskan perjalanan ke Manila dan mengambil kesempatan singgah di Tagaygay, iaitu salah satu tempat peranginan di luar daerah Batangas. Bayaran taxi dari Anilao-Manila kali ini juga agak mahal kerana driver membawa kami singgah di tempat ini . 4500peso= RM330.00 (1way). Mungkin jarak yang jauh menyebabkan mereka caj dengan kadar yang lebih kurang sama.
Takde apa yang menarik di Manila, melainkan macam biasa shoopppppingg! ngeeeee... Jom layan gambar...
|
Mall of Asia,memang besor giler..Rasanya 3x ganda besar dari Mid Valley.. |
|
Haaa..Jaga2 cik Salmah..jangan terkejut tengah syok pilih baju En.Jing tiba2 ada kat sbelah.. |
|
Ini Manila Eye, terletak dekat dengan Asia Mall
|
|
Fuuhh!! Selama beberapa hari baru jumpa makanan halal..Bekalan yang Kak Lipor bawak pun nak abis. Kat Manila, banyak je restaurant Arab..So, nak cari halal senang jugak lah. |
|
Filipina terkenal dengan mangga nya..Rasa mangga diorang memang walahhhh!! sampai beli bawak balik KL lah. |
|
Ini adalah public transport orang Filipina, kalau sapa yang budget dan sanggup bersesak boleh cuma naik.. |
|
Kalau nak mencari makanana halal di sekitar Manila, sila lah ke Mabini Street.. |
|
Salah satu tarikan di Manila.. ala2 Aquaria KLCC..tapi lagi besor lah. |
|
Haa! ambik kauuu..Jangan main2 security guard merangkap cleaner kat Starbucks ada pistol tau..Biasanya tempat2 mcm starbuck dikawal ketat, ialah ramai foreigner lepak di situ. Kalau buat hal kena tembak! Sebenarnya security di Filipina agak tinggi..Nak masuk shopping mall pun ada certain tempat kena scan, ialah diorang ni ramai yang gengster suka gadoh..suka bom2 nih. |
|
Otw, nak balik hotel ..tiba2 nampak orang tengah shooting..Nasib Kak Lipor dalam taxi.Kalo tak nak enterpreme gak :)) |
|
Alaaa ciannya...Kalo nak ambik gambar budak2 ni jangan lokek bersedekah juga.. |
|
Kalau nak cari souvenirs yang berkualiti boleh beli kat kat Balikbayan ni, Kak Lipor pun terjebak beli hiasan rumah.. Dah di convert pun still murah lagi.. |
|
Jangan lupa singgah di Hard Rock Cafe Makati.. |
|
Dah nak balik! Up gambaa satuuuuu lah.. |
Anggaran kecederaan poket untuk trip ini adalah RM4000.00 per pax ,ia termasuk tiket flight(return), diving, accommodation ,makan, shopping & lain2.. Kalo tak shopping mungkin cost boleh kurang skit..Kalau nak murah korang boleh rancang trip secara berkumpulan, advantage nya boleh share duit transport dan lain2 cost.
Itu saje lah yang kak lipor dapat kongsikan mengenai trip ke Anilao, Batangas Filipina tempohari. Kepada diver2 atau pun non-diver silalah arrange percutian anda di sini. Pendapat jujur, kalau korang nak suasana lebih happening sila lah ke Cebu Island, Boracay dan lain2 pulau .Kalau di Anilao, Batangas ni ..ia lebih kepada suasana yang rilax dan kurang hiburan. Bagi peminat photography underwater pula ,ia lebih tertumpu pada macro/muck diving.
Ini baru boleh jadi tempat yang boleh di category sebagai Eat,Sleep,Dive, apa pun Kak Lipor suka je..Janji dapat diving..hewhewhewww !;-D