Pages

Thursday 20 August 2015

Preparation ke Europe 2015

Assalammuailaikum...

Entry kali ni Kak Lipor nak berceloteh sikit pasal preparation trip ke Europe. Untuk yang first time bercadang nak ke Europe,  mungkin tercari2 info yang boleh digunakan sebagai rujukan. Harini tiba2 je ada mood menaip ... 
Ok lah, kalau cakap pasal Europe sure ramai je teringin nak pergikan, maybe disebabkan ianya memerlukan budget yang  tinggi ramai yang terpaksa melupakan hasrat ini .Bila tengok kawan2 pergi bercuti kita mampu telan air liur jek. Actually, semua orang pun boleh pergi..janji kena usaha dan kena saving lebih sikit. Tak semestinya yang berduit aje boleh pergi melancong ke luar negara , yang penting korang kena ada target & impian masing2. Kena cut apa yang patut dan start menyimpan, sikit-sikit..lama-lama jadi bukit! Dah jadi bukit jom kita tarah bukit ituew!! Tak gitueww?? :)) Apa2 pun ia bergantung pada rezeki masing2.

Untuk trip ke Europe pada bulan September 2015 tahun ni, aku bercadang cover Spain, Switzerland, Italy & France(repeat trip). Europe ni sangat besar yer, cer tengok map ni. Click je mana berkenan di hati.  

Ada beberapa tips dalam merancang percutian korang, antaranya :

Step 1-  DECIDE DESTINATION
Korang kena decide mana yg korang teringin nak pergi.Tepuk dada tanya hati dan selera!Focus apa yg korang nak buat.
Tepu otakk oiii!! Moh leh kita pegi bercuti..
Step 2- CONFIDENT & TENTU TARIKH
 Kena tahu/check tarikh nak pergi? brapa lama?Bulan apa? Brapa hari leave diperlukan? dan yang paling penting..berapa jumlah perbelanjaan yang mampu disediakan untuk trip korang itu. Katakan korang prefer cara backpacker, mungkin banyak benda yang boleh dijimatkan. Kalau jenis kaki shopping,, make sure kena  kumpul dan sediakan duit lebih. Trip aku pada kali ini boleh consider ala2 macam my 'Culinary Journey' ,cewahhhh! boleh letak untuk tajuk album nanti;P Actually, ada few tempat aku dah enrolled class memasak ni. Bukannya tak reti masak,saje je menambahkan ilmu mana tau boleh diguna pakai suatu hari nanti. 

Step 3- BOOKING TICKET
Kalau boleh, beli  lah ticket beberapa bulan awal sebelum tarikh pergi. Sebelum ni, aku memang kaki redah..pernah masa pergi Amsterdam dulu beli tiket & fly hari yang sama. Kalau dapat durian runtuh boleh lah buat macamtu.So, bila last minute segala benda jadi mahal lah.  Mungkin belajar dari experiance lepas2, pada aku perancangan adalah sangat penting. Banyak benda dapat dijimatkan dan paling penting tak payah pening mana nak pergi bila sampai di destinasi nanti.Buatlah itinenary sebagai sumber rujukan.
Moh kita terbang!!!

Seperti sedia maklum, sekarang ni banyak je syarikat pernerbangan menawarkan perkhidmatan mengikut destinasi pilihan . Contohnya http://www.malaysiaairlines.com/ , http://www.emirates.com/my , www.garuda-indonesia.com , http://www.qatarairways.com/ , http://www.singaporeair.com/ dan lain2 ... Kalau nak compare sila guna http://www.skyscanner.com.my/ pun boleh. 

Tips mendapatkan tiket murah ke Europe, beli lah time promotion, kena rajin goggle dan buat research. Promotion yang dibuat oleh syarikat penerbangan ni biasa pada bulan tertentu. So, untuk tidak ketinggalan rajin2 lah diri register jadi member.Nanti diorang akan email bagi notification bila promotion akan dibuat. Apa2 pun kena standby duit lah, no money no talk! ;P

Step 4- ITINERARY
Bila dah confirm tarikh dan tiket, kena draft itinerary mana nak pergi supaya nanti senang korang nak refer. Belajar2 tengok map yer. Lupa pulak google map www.google.com.my/maps sangat penting bagi yang merancang percutian tanpa menggunakan khidmat agent . Macam aku memang tak suka ikut2 agent ni, aku prefer rancang sendiri coz tak suka terikat dengan jadual.

Ni contoh draft itinerary, details biar lah rahsia! nanti tak surprise... ;P

Step 5- REFERENCE/RUJUKAN
Ini sekadar share apa yang aku buat, kalau tak sure tentang itinenary yang di prepare, korang boleh share di http://www.tripadvisor.com.my/ banyak info & tips yang boleh dapat kat sini. Jangan segan join travel forum, biasanya kalau kita muskil pasal tempat yang nak pergi mesti ada orang yg expert akan reply. Kadang2 nak refer kat orang lain segan, so kat sini korang boleh tanya apa saje yg korang muskil janji tak salah masuk forum lah yer.


Step 6- TRANSPORTATION antara ROUTE
Bila dah decide mana destinasi pilihan bakal diterjah, korang boleh start usha tiket train, flight or pada yang suka memandu tu boleh lah start study/buat review mana company offer baik punya. Pada yang nak memandu tu, apa yang aku boleh advice, makesure korang cekap dalam pemanduan dan yang pasti bukan seorang yang cepat panic atau mengelabah..haha!
Bagi aku, untuk menjimatkan masa aku prefer naik flight . Contohnya salah  satu route aku nanti  ialah Paris-Barcelona ,kalau drive dalam 10jam, train (tak pasti brapa lama) yang pasti harga tiket train pun dah mcm harga tiket flight...baik lah aku naik flight. Maybe dah rezeki aku, tengah2 buat research aku dapat tiket flight dari Paris-Barcelona dalam 68euro lebih kurang dalam  RM284.00 (one-way)

Step 7- ACCOMMODATION
 Bila dah confirm route, boleh lah start riki2 accommodation .

 Pilihan hotel bergantung pada budget dan selera masing2. Nak dapat murah sila booking accommodation awal2 yer. KOrang boleh book dan buat comparison di :http://www.booking.com/ , http://www.agoda.com/ , http://www.hotels.com/ , www.expedia.com  dan kalau malas nak fikir  boleh guna http://www.trivago.com.my/ pun senang.
Click2 je ,pilih mana berkenan. Biasanya jenis orang yang tabah & backpacker style ada cara diorang nak menjimatkan cost accomodation, sanggup tido kat mana2 je atau pun ada yang jenis tak kisah stay kat tempat public macam kat station & etc. Ada yang jugak prefer stay kat dorm  & sanggup berkongsi bilik dengan stranger yang berwajah aneh .Awwhhh! mak tak rela youu, xpe lah bayar lebih sikit, janji rasa secure.

Pada pendapat aku, kalau nak  share bathroom ok lagi , nak share bilik ni kena fikir beribu kali.
Btw, kalau stay di www.airbnb.com pun ok juga, concept airbnb lebih kepada homestay. Biasanya host akan publish bilik2 & rumah diorang, jika berminat kita boleh deal direct dengan owner. Ok juga, kalau nak feeling2 jadi ala orang local boleh lah cuba stay kat airnb nih.

 Apa pun ia bergantung kepada budget dan ketabahan seseorang itu.  Macam aku ni pulak tak boleh di gelar backpacker sebab bila pegi travel, baju nak bawak pun dah banyak. Yang penting, baju tak boleh sama bila pegi tempat berlainan.Paling terror aku akan match kan baju2 yg ada dengan accessory yang ada. Kali ni asben ku dah sound awal2, sila bawak bag kosong tak payah bawak barang macam nak pindah..hahaha Baik boss!arahan di terima!...


Step 8- MONEY CHANGER
 Bila semua dah confirm, boleh lah tukar duit Euro sikit2.Kebetulan beberapa bulan lepas ni currency Euro tengah jatuh sikit, so aku tukar pun secara berkala..ikut kemampuan  hehhee. So far, baru 3-4kali tukar dan the best rate penah dapat dalam 3.94. Itu pun sehari je  dapat rate mcmtu, bila aku nak tukar lebih, orang kat money changer tu dan2 lah cakap tak banyak ada stok  masa tu. 
Currency RM agak tak cantik sekarang.. nak buat macammana redha aje lah. Tak kan nak cancel trip pulak kan.


Step 9- ANGGARAN BUDGET
Nak cakap pasal budget ianya sangat subjective, sebab iya bergantung cara, style & kemampuan seseorang itu. Pada aku, biarlah travel with style, nak cakap pasal style ia jugak sangat subjective. It's depend pada masing2 punya taste.Yang penting, janji bila nak berjalan tu tak menyusahkan sapa2 atau sampai ikat perut tak makan kan..uhuhuhu

Kalau ikut perancangan untuk trip pada bulan September 2015 ni( yeayy lagi 2-3minggu jek lagi!!) , route telah diputuskan seperti kat bawah.
Kul-Paris-Barcelona-Seville-Cordoba-Madrid--Geneva-Interlake(Swiss)-Zurich-Bern-Milan-Venice-Florence-Rome
Semuanya telah di booked, aku sarankan supaya beli tiket lebih awal untuk dapatkan harga lebih murah.
Plus minus anggaran keseluruhan untuk transport tak lebih dari RM5000.00 per pax.Manakala untuk budget accommodation anggaran lebih kurang rm6000.00(2pax-3weeks++) room price between RM160-RM600 pernight. Ada yg murah ,ada yang mahal bergantung kepada tempat yg aku akan singgah nanti.


Ok lah, setakat ni je yang dapat dikongsi. Nak tau pasal travel update, tunggu entry lain pulak nanti. Insyallah akan ku usaha merajinkan diri share apa yang patut nanti.

Sekian, Wasallam. Choww!!