Pages

Thursday, 7 December 2017

Spain PART 1- Barcelona

Hello!Hello!Hello!  
Gracias! a esta gran base de Espana..Wahhh gitueww!  Maksudnya terima kasih Spain atas percutian hebat ini..

2015(November):Sejujurnya, ketika memulakan entry ni akak tengah melawan saka2 malas dan masih mencari-cari idea macamana nak menulis dalam keadaan mood rajin dan bersemangat. Kalau ikutkan semasa entry ni di tulis dah hampir 2 bulan balik dari Europe trip ni , tapi baru sekarang 'JIN rajin'  masuk dalam badan.

Continue....

2017(December): huihhh saka rajin tahun 2015 ada 4 perenggan je. Lama gila tak bukak blog..TEtibaa!!! Walaupun dah banyak kejadian trip berlaku, tettiba2 harini baru teringat ada blog. Nangis jap!! Itu pun sebab ada beberapa orang hantar inbox di FB tanya something. Uwahhh! walaupun akak tak pernah publish blog ini, ada juga orang sudi membacanya..

Actually, banyak sangat nak di ceritakan sampai tak tau nak mula dari mana. Banyak sangat memory indah sampai banyak perkara still tak boleh move on. Tahun 2016 siap repeat balik tempat yg sama.hihi

Ok lah, since mood nak menaip datang, akak akan mulakan entry dengan trip ke SPAIN tahun 2015 yg sangat dah ber lepas. Bahahhaha.. kalau dah beranak dah 2 tahun umur anak aku tau.

Ok,perjalanan dari Kuala Lumpur ke Paris selama 13 1/2 jam. Ada yang tanya kenapa ke Paris dulu ?Takde direct flight ke Barcelona?
 Actually , ada je..walaupun aku pernah ke Paris sebelum ni,  rasanya macam wajib ke Paris lagi . Kateee Paris shopping heaven,maka wajib lah repeat lagi tanpa rasa menyesal ;P. Cuma trip kali ni , Paris akan menjadi destinasi terakhir since dah beli return ticket KUL-PARIS.



Bagi route trip Europe 2015 kami akan ke Spain(Barcelona-Seville-Cordoba-Madrid), Switzerland(Geneva-Interlake-Lauterbrunnen-Laucerne), Italy(Milan,Venice,Florence,Rome), France(Paris) 5kali naik flights dan juga berkali2 turun naik trains selama 24 hari. Kalau ada yg tanya banyaknya cuti engkauu!! Memang lah banyak, kena scarified sikit simpan cuti. Jangan sesuka sesuki ambil EL or bercuti tanpa faedah selama setahun. Trip 2015 yg lalu, kami celebrate hari Malaysia di Switzerland & Raya Haji di Italy..curlass tak! hihi Detail akan diceritakan untuk next entry.

Ini di aiport Paris, connecting flight ke Barcelona.  Masuk air juga menunggu , flight ke Barcelona delay selama 4 jam.. plus minus 7-8jam jugak lepak di airport. Tapi ok je tak terasa lama pun, abis semua shops kami tawaf.. Tengah excited, walaupun tak cukup tidor + penat + nervous semua akan hilang..

Flight dari Paris ke Barcelona mengambil masa lebih  kurang 2jam30min(ala-ala dari KL ke Sabah lah). Dari Paris ke Barcalona pula, kami fly dengan Easyjet. Beli tiket online guna Easyjet website, one-way tiket untuk 2 orang dari Paris ke Barca average dalam EUR135@ RM568, masa ni currency Euro dalam 4.27(matawang Euro drop kejap lepas case Charlie kat Paris, tapi naik gila2 start Aug 2015) Bila tengok currency sekarang meraung kejap.

Nama airport Barcelona ialah Aeroport de Barcelona-EL Prat (Catalan) atau dalam Spanish Aeropuerto de Barcelona. Senang untuk sesiapa nak buat reference nanti kalau mencari info ke Barcelona nanti.

Dari Barcelona airport ke city centre pula tidak berapa jauh, sekitar 40 minit menaiki train, jaraknya macam KLIA ke KL. Dari aiport ke Barcelona city centre korang boleh ambik train atau direct taxi. Tapi diingatkan harga taxi berganda2 mahalnya. Untuk menjimatkan cost kami ambik train dari airport ke main station dan kemudian terus ambik taxi untuk ke apartment yang dah di booking. Sebenarnya boleh je ambik metro, tapi tak digalakkan sebab kadar jenayah di area metro sangat tinggi terutama di Barcelona ni. Ini dengan bag besar gedabak, terhegeh tengok map..confirm lah si pencuri memerhati tanpa kita sedar. Actually aii dah terkena pick pocket di Milan,Italy awal  bulan Januari 2017.. hilang purse kesayangan...Huwaaa dekat 5k total loss tu.  Ok cerita sadis ini akan di share di lain entry.

Ini street musician yang menceriakan penumpang dalam train..Video ini diambil dalam perjalanan dari airport menuju ke city centre. Semasa music dimainkan, macam biasa seorang akan jadi tukang kutip duit. Kalau tak nak bagi, buat tak reti je or jangan korang beria2 pulak ambik gambar/ video diorang tau. Ini concept bersedekah, nak bagi..bagi aje lah ,tak nak bagi buat deq aje lah

Nak bawa makanan ke negara2 dalam Europe??
Boleh bawak makanan? Mesti lah boleh. Susah ke nak bawak barang makanan ke Europe? Actually, tak susah pun as long kau pandai packing/wrap supaya makanan kau tu tak pecah.

Tiada restriction list of food yg boleh or tak boleh dibawa masuk ke seluruh negara  Europe ya. Yang pasti Europe tak macam Australia & New Zealand, banyak larangan dan pantangnya. Tapi dah bagi chance jangan lah   kome bawak deriann pulak ya..Over tau!

Biasanyee bila travel, aku jarang nak bawak baju yg banyak. Matchy2 kan aje, yg pasti activity shopping mesti terselit dalam itinenary yg di buatkan herherher!❤ Memang trip ni kitaorang plan nak ber shopping..
Jadi tak perlu lah nak bawak banyak sangat baju..
Bila travel kurangkan bawa pakaian, matchy2 kan aje.. tak cukup baju beli baru . Ni contoh benda yg aku selalu buat sebelum nak packing bag ... pompuan kan ;P 

Cer tengok, gambar kat bawah, ini adalah sebahagian bahan makanan yg aku bawak untuk travel 3 minggu lebih, untuk kami berdua laki bini makan. Segala tok nenek rempah aku bawak, senang crita, satu luggage 30kg tu penuh je dengan makanan.. Baju bawak yg nak pakai je, sebab nanti bag akan kosong then boleh masukkan barang2 shopping.

Trip  kali ni, luggage penuh sebab bawa banyak makanan. Mesti ada yg cakap kampung sangat ni, tak kisah apa orang lain nak kata, perut kami kan👫. Mana lah larat 3minggu lebih asyik nak makan luar je.

Actually, tak susah pun nak cari halal food di Europe ni.. ada je kat mana-mana. Nak senang install je halal application kat handphone tu, senang je korang nak mencari nanti. Sama ada rajin & berselera atau tidak aje lah. Macam aku bukan seorang food hunter sangat, since aku adalah seorang  yg suka memasak, so takde masalah nak packing dan prepare bawak barang masak2 ni. Yang penting kena cekap kat dapur, cepat memasak. Kalau jenis lembab, masak pukul 6pagi.. pukul 2petang  baru boleh makan, baik korang makan kat luar  atau bercuti di Port Dickson aje lah 😂 As a traveller/tourist kita kena plan dan sentiasa mengejar masa, semua benda yg kita buat kena cepat. Dengan nak bersiap lagi, memasak lagi, kejar train/flight/bus lagi. Kena ikut schedule yg kita dah plan supaya tak rosak trip kita nanti.

Btw,trip ni juga ala2 trip Culinary journey aku.. Aku ada attend beberapa cooking class di Madrid, Florence & Rome..saje je nak tambah ilmu. Fefeling  nak bukak cafe sendiri nanti..gchueww!

Ini first day di Barcelona. Lihatlah segala tok nenek bahan masakan di bawa.  Daging dendeng mama ku bekalkan , sambal bilis petai frozen(buat sendiri),cili padi,bawang,serai ,petai jeruk & lain2 ..Wuttt Petai??? Gila kau dapat makan petai kat Spain. Haha Kg.Com sangatkan..It's me!:P Pepatah omputih kata "You can take me out of Malaysia, but you can't take the Malaysia out of me..gichueww  😂
7.30am keluar mencari telor nak buat nasi goreng, banyak shop tak buka lagi masa ni.Selamber je dengan tak mandi , pakai baju kelawar naik train ke La Ramla,  ada yg jeling2 tengok baju kelawar ni, sure ada yg  syak akak ni fashion designer kan. Kalau pakai belt lagi  nampak style kan.Haha! Ada bran pakai baju kelawar gi KLCC??                                                                                             


Hey nasi goreng!! Lepas makan boleh keluar dengan senyuman meleret...
Accomodation di Barcelona
Mencari accommodation semasa bercuti  di Barcelona tak susah pun, korang click je booking.com, agoda, trivago, hotel.com atau lain-lain, semua info ada kat website. Bagaimana nak memilih lokasi hotel di Barcelona? Soklan ni sangat subjective, apa pun ia bergantung kepada budget korang sendiri. Biasanya kalau stay di downtown harganya agak mahal, tetapi memudahkan korang nak bergerak ke sana sini. Sama ada easy access dengan public transport atau walking distance dengan main attraction.

Contohnya, bagi yg tak kisah mengenai budget korang boleh stay di downtown Barcelona seperti area La Rambla. Area yg paling happening. Memang agak pricey tapi berbaloi dengan lokasinya.
Masa trip tempohari, kami stay di studio apartment(ao430 apartments) dalam EUR55 @ RM230 semalam. Apartment ni sangat cozy dan agak murah compare di tempat lain, tapi location nya dalam 2.5km ke La Ramla. Kena naik metro or cab lah kalau nak ke sana, kalau jenis gigih boleh lah jalan kaki. Kami banyak naik train/ cab je sebab nak kejar masa.

Ao430 apartment , ni pinjam picture kat agoda. Keadaan bilik sama je dengan dalam gambar, cuma masa kami check-in buah tembikai takde pun atas meja makan.. 👀 Apapun sangat puashati, studio apartment ni sangat cozy. Harga pun boleh tahan murah EUR55@RM230.00 per night.. macam rezeki pulak dapat harga camni. 
Ni masa nak check-in di apartment AO430 .Kalau di Spain, English jadi bahasa kedua mereka. Tidak semua local kat sana pandai/faham English tau. Masa ni, aku tengah struggle communicate n translate English ke Spanish guna goggle translate. Membantu sangat.hahaha! Cer tengok handphone kat atas meja tu, ni case manager apartments tatau n tak faham English langsung hokeyy! Dia pun struggle juga nak fahamkan apa yg aku cakap. Apapun, dia sangat helpful dan baik sangat. Terima kasih bagi letak luggage tanpa charge dan simpankan sambal petai dalam freezer diaorang masa aku nak ke Seville nanti. Kisahnya aku check-out dan akan check-in balik di apartment yang sama masa first & last day di Barcelona.  

Ini angle gambar apartment yang kami stay dari depan, dari luar nampak biasa2 je tapi dalam cantik. Itu yg orang selalu kata, don't judge book by it cover 😍  Stay kat sini senang juga nak kemana-mana,dekat dengan metro dan yg penting kat bawah ada supermarket.


Tempat-tempat menarik di Barcelona
Kepada sesiapa yang first time nak ke Barcelona, mesti tercari-cari info spot menarik di sana.
Actually, kalau nak listkan  terlalu banyak, tak cukup masa kalau nak cover semua tempat. Unless korang ada masa yg lama di Barcelona.Ok, di sini aku list kan beberapa spots famous yang wajib singgah.

1)Sagrada Familia - church tertua di Spain

Sagrada Familia-Walking distance je dengan aparment yang kami duduk.
Classic, Huge, beautiful.. Jangan salah faham hanya memuji senibina nya saje...Berdasarkan pada cerita local disini, church ini dibina pada tahun 1882 dan dijangka siap antara tahun 2020-2028. Tak sempat nak masuk sebab nak beli ticket masuk masa tu panjang gila. Takpe lah aku pun tak berminat sangat nak explore, janji sampai je herherher! 😄😄

2)La Rambla- street yg paling happening dimana terdapat berderet-deret shops(aka suka), restaurant & tempat berjimba-jimba. Area ni dekat je dengan beach.
Kena extra careful disini ya, banyak pick pocket di area ni. Jangan leka, si pencuri ni expert, standby tunggu mangsa je. Tourist menjadi target utama diaorang.

Di La Ramla street ni banyak souvenier shops.. Boleh bargain.
Haaaa.. #AbangNakTegur 😂
Muka penat, menunggu  tapas & lobster yg di order. Masak-masak juga, kat luar makan juga. Happy tummy, happy trip! yehuuuu 😘

3) The Magic Fountain- macam KLCC punya fountain, ikut irama..tapi kat Barcelona lagi canggih lah.hihi. Cari gambar tak jumpa, so cilok gambar google. Masa aku pergi tu, agak crowded lah.
Ini picture goggle je, tatau kenapa picture aku kat sini takde dalam hardisk. Takut tak buat backup, banyak juga gambar dah hilang. huhu


4)FC Barcelona Camp Nou- sapa peminat bola mesti tau
Yeayyyyy! Dah  masuk stadium... Acah2 minat bola tapi tak faham pung. Entrance fee EUR47.90 per head, beli online 😎
Muka tengah hadam nak faham pasal bola.. akak bukan peminat bola, asal sampai je lah ..wakil kawan2 haha!
Nak share gambar banyak sangat.. nak tau pasal Camp Nue ni korang goggle aje lah.

5)Park Guell- taman yg mempamer Gaudi's artistic work. Sangat cantik hasil seninya ya.
Kata orang, kalau gi Barcelona tak bergambar dengan kepala naga ni macam tak lengkap katanya. Ni dekat dengan entrance Park Guel . Sangat cantik ya, macam dalam citer cartoon.  

Setiap corak/ukiran ada makna tersirat hanya Gaudi's je yang tahu
Creative dan halus  betul seninya, ini mosaics kat ceiling.
Halusssss
Jangan ingat senang nak bergambar kat mosaic naga ni, ramai yg queue 
Entrance  park, kalau nak masuk Park Guell ni elok lah beli tiket online or datang awal.. Kerana nak masuk park ni queue nya agak panjang & lama gila. Nak masuk park guell ni ada limitnya, bila ada orang keluar baru kita boleh masuk. Masa kitaorang datang queue dekat 45minit pun tak lepas masuk. Sudahnya lepas beli tiket kat counter then esoknya datang balik. 

6)Montjuic hill - kawasan atas bukit boleh tengok view town Barcelona. Ini tak sempat cover sebab tak cukup masa.

7)Casa Batllo-  dibina pada tahun 1877 dan dibaikpulih semula pada tahun 1904-1906 oleh Antoni Gaudi seorang tokoh utama Modernisme Catalunya. Ewah! kita masukkan element sejarah sikit 😁

Tak masuk pun Casa Batllo ni, bergambar kat luar janji sampai je 😄
8) Casa Mila- pula adalah nama sebuah bangunan tinggi tersergam megah yg terdapat di Barcelona, bangunan ini dibina pada tahun 1906-1912 juga oleh Antoni Gaudi.

gambar tak jumpa, so pinjam gambar google lagi

Nak tau lebih details tempat-tempat menarik di Barcelona boleh klik di sini 👉 : .barcelona-tourist-guide Harap dapat membantu.

Btw, kalau nak senang, korang naik je bus hop on hop. Merasa lah cover semua tempat. Masa trip tempohari, kami tak berminat naik. Kata asben ku, dia tak tahan panas(huh ayat tak sedar diri sangat kan). Kalau ikutkan, masa trip ni dari summer baru nak masuk autumn , so saki baki panas tu terasa juga lah. Panas tapi  still berangin(boleh buat naik angin juga hihi).

Ok,lah sampai kat sini je yg mampu aku kongsikan tentang Barcelona trip tahun 2015 dulu. Sekarang aku tengah kumpul mood untuk posting baru di tempat lain pula. Bukannya apa, melalui penulisan dalam dalam blog yg tak semengah ni, aku akan jadikan nya sebagai diary travel dan kenangan di masa lain.  Bila rindu2 nak travel baca lah balik. Bila orang cakap pasal Barcelona, boleh cakap lah  Eh! aku pun pernah sampai sana juga.. tapi dulu lah..Hihihi
Sekian...