Sure ada yang tertanya, dalam banyak2 tempat apa ke halnya gi bercuti di Lombok.Tak takut ke?Nanti kena bawak lari ke apa..haha Sila jangan stereotype sangat boleh?? haha, aku rasa yang bawak lari awek M'sia tu mungkin 3% je..itu pun case dengan rela hati, bila dah hidup susah mula lah kata kena jampi apa lah.. Apa kata gi sana dan tgk sendiri keadaannya, silap aribulan korang sendiri yang tak nak balik. Apa pun pada aku,kita kenalah berhati2 jer, mana2 tempat pasti ada risiko nya.
Sebenarnya,aku pun first time pegi Lombok ni, plan asal nak ke Bali tapi bila fikir balik ..why not pegi tempat yg jarang2 orang nak pegi.
Macammana nak pegi Lombok ni? Kalau dari Malaysia ,nak mudah naik Air Asia je..sebab dapat direct flight terus ke Lombok. Kalau nak naik MAS pun boleh,tapi korang kena turun kat Bali & dari Bali kena amek local flight or naik speed boat...Actually, mana2 flight pun ok, cuma klu nak save budget/masa lebih baik ambik direct flight je senang. Kat Lombok ni hanya ada satu je airport iaitu Mantaram airport. Perjalanan dari Malaysia ke Lombok mengambil masa dalam 3jam, extra 30minit mcm nak ke Bali. Tapi aku yang aku boleh cakap view dari Bali ke Lombok sepanjang penerbangan memang chantek.. Kebetulan seat aku sebelah gunung ganang, dapat lah menenangkan kan mata sekejap.
Sepanjang penerbangan dari Bali -Lombok..permandangan sungguh osemm!! |
Apa yang menarik di lombok ni? Untuk pengetahuan korang ,ada beberapa pulau dan tempat yang menarik terletak sekitar Lombok ini.Antaranya : Pantai Senggigi, Pulau Gili,Gunung Rinjani,Cakranega dan banyak lagi.
Untuk trip kali aku aku hanya tertumpu pada Pantai Sengigi dan Gili Islands.
Bandara Utara International Lombok |
hotel pickup (transport dari airport ke sengigi + boat transfer)..IDR950.00@RM280.00 1way ..Agak mahal sikit, nak murah boleh naik public transports. |
Songket tenun tangan antara menjadi punca rezeki masyarakat Lombok... |
Setelah di pujuk rayu dan jugatas dasar membantu...terjebak jugak beli sepasang sarung..bila convert dalam RM150.00 |
Hah..ini rumah asal masyarakat lombok, orang dulu2...sejuk kot pakai atap rumbia
|
Percutian aku pada kali ini lebih tertumpu pada activity selam scuba, so dah tentu pulau gili jadi tajuk utama trip kali ini. Apa yang best kat Gili islands ni? Pada aku,sebagai diver Gili mcm tempat wajib kena pegi sebelum pencen.. hah dah kenapa?? Entah lah ,aku pun tak tau kenapa...suka2 je ckp wajib pergi..lalalallaa
Bila waktu sesuai ke Gili islands? Setiap bulan pun sesuai, cuma bulan yang paling ngam antara April,May,Jun,Jul ..kalau nak tau Lombok antara tempat yang paling kurang menerima taburan hujan. Bulan-bulan lain pun ok nak datang bercuti.. tapi untuk activity scuba mungkin timingnya tak berapa mengancam.
Walaupun jarang hujan dan cuaca panas terik TAPI angin kuat giler kat sana ,jadi tak lah rasa rentung kalau berhari2 bercuti di sana. Panas2 nyaman kata orang ;)
Sedikit mengenai info mengenai Gili islands, sebenarnya Gili ni ada 3 gili, iaitu Gili Trawangan,Gili Air & Gili Meno...Lokasinya pun berdekatan, korang imagine kedudukan perhentian besar & perhentian kecil , macamtu lah kedudukan ketiga-tiga Gili ini.
map gili islands |
Untuk pengetahuan, aku memilih pergi ke Gili Trawangan sebab nak rasa suasana lebih happening. Gili trawangan lebih besar antara ketiga2 gili ini. Kata org local di sana, Gili Air & Gili Meno pun ok cuma chalet/resort dan juga dive centre agak kurang kat situ.So, klu ada pun mmg jadi mahal skit disebabkan kurang competitor .Actually, mana2 pun ok .. dive site tempat yang sama juga. Cuma untuk activity malam agak kurang sikit dibandingkan dengan Gili Trawangan.
Dari jetty sengigi ke Gili islands mengambil masa dalam 15minit... masa dalam boat ada perasaan takut tiba2,bila ombak nak sama tinggi dengan boat aku naik.. gila punya extreme sampai basah lecun aku. Menurut org2 tempatan , bulan yang aku pegi tu mmg ombak tengah kuat.
Akak bagi 10 setar untuk pengalaman selama seminggu berada di Gili Trawangan. Bestt bangattt!!
Di Gili Trawangan aku tinggal di Hotel Villa Ombak..heaven bangat!!!
Aku boleh guarantee,Villa Ombak ni mmg seindah kabar, macammana dalam video mcmtu lah reality Hotel Villa Ombak,Gili Trawangan. Ialah ada sesetengah hotel/chalet ni, marketing bukan main tapi bila dah sampai "indah kabar dari rupa".. Sebelum aku book hotel dengan booking.com aku risau juga nak decide..baca kat tips advisor ada komen ok ,ada komen tak ok . Last2 sakit kepala nak fikir aku redah je,walaupun agak pricey 'Alhhamdulillah' Villa Ombak ni mmg seindah kabar.Thumb up! Melalui booking.com aku dapat dalam RM380 per nite lepas convert(itu pun dapat best deal). Pada aku berbaloi sangatttt, klu kat Malaysia dengan kualiti hotel mcm tu busuk2 pun rm700-rm800 semalam.
Ni aku share sikit gamba2 kat Hotel Villa Ombak Gili Trawangan :
No villa.. |
Untuk pengetahuan pada yang tak tau , di Gili Trawangan ini hanya ada basikal & kereta kuda digunakan sebagai pengangkutan di sekitar pulau ni. Kalau nak larat jalan kaki aje lah.. |
Antara makanan orang Lombok yg aku cuba :
Sekarang nak crita pasal scuba diving di sana pulak yer. Pada yang merancang trip ke Gili Trawangan ni, apa yang penting sediakan duit yang mencukupi. Kemungkinan ada bayaran/belanja yg tak masuk dalam budget . Biar bawak lebih, sekurang2nya apa2 jadi tak lah sangkut ditempat orang kan.
Kepada divers, sila lah mencuba menyelam di Gili Island ini..Di sekitar Gili Trawangan banyak je dive centre yang menawarkan perkhidmatan mereka. Kadar package diving lebih kurang, cuma bila di resort besar harganya agak mahal skit. Untuk trip kali ni, aku tak ambik package pun..just walk-in dengan dive centre yang aku nak cuba.
Jom layan gambar2 underwater pulak ..
Untuk berjalan2 disekitar sengigil ini, silalah sewa motosikal.Harga tak mahal pun dalam rm30 satu hari.. |
Selepas beberapa hari di Gili Trawangan, aku mengambil kesempatan bermalam di Sengigi Island.
Hotel yang aku duduk pula ialah Svarga Resort..Resort ni adalah baru dan masih dalam process pembinaan. Harga yang aku dapat agak murah dalam RM160 semalam. Mungkin resort baru, diorang tgh buat promotion itu yang boleh dapat harga yang murah. Kalau pergi skrg mungkin tak dpat harga yang aku dapat ni.Layanan & facilities diberi pun sangat ok..
Sekian saja crita mengenai trip ke Lombok ,Indonesia. Sepatutnya banyak je tips/ benda yang boleh dikongsi,almaklum lah ini adalah entry terbengkalai hampir setahun lamanya.. maka banyak benda yg dah lupa.heheheeh