Pages

Tuesday, 12 August 2014

Pom Pom Island ,Sabah (Jun 2013)

Pada hujung bulan Jun'2013 yg lepas aku ke Pulau Pom-Pom,Sabah. Sedikit mengenai  Pulau Pom Pom, ia terletak lebih kurang 45minit perjalanan menaiki boat dari pekan Semporna,Sabah. Pulau ini terletak di Laut Sulu atau lebih dikenali Celebes Sea  selepas di google.hahha.
Silalah tgk map dia bawah bagi membantu korang imagine kat mana lokasi Pulau Pom Pom nih.
Map yg di copy dari goggle map, rasanya klu ambik SPM lagi skali sure aku punya subject geografi dapat A1 ;D

Macammana nak pegi Pulau Pom Pom ni? caranya sama mcm nak pegi Pulau Mabul dan juga pulau2 sekitar Sabah ..dari airport Tawau,korang pegi ke pekan Semporna,sama ada Jetty umum atau Private jetty, bergantung kepada mana Pulau/resort/chalet yang korang nak pegi.

Bila bulan sesuai nak ke Pom Pom Island ini? Seperti yang aku terangkan dalam entry sebelum ni..Tiada monsoon di semua kepulauan Sabah yer. Jadi semua bulan boleh dikunjungi. January sampai lah December. Kalau kayo sila lah pergi tiap2 bulan, kemuadian tolong update aku bulan mana yang paling best.. hihihi
Airport Tawau,
Jetty

Sebelum korang nak pegi  ke Pulau Pom Pom ni make sure dah booking penginapan, ini kerana tak banyak resort atau chalet yang ada kat sini.. Pulau Pom Pom mcm gem island, mempunyai kedudukan terpisah dari pulau2 lain dan facilities agak kurang berbanding Pulau Mabul. Tapi apa ada hal, klu dah kaki Pulau dan suka diving semua tempat nak pegi punya.
Sure ada yang  nak tau berapa buah chalet/resort yang ada di Pulau Pom Pom ni? Ok, kalau nak tahu Pulau Pom Pom terbahagi kepada Pom Pom Besar & Pom Pom Kecil, tapi kedudukan keduanya terletak dalam satu Pulau..klu nak jalan kaki kelilling Pulau 30 min sure dah abis pusing.
 Pulau Pom Pom ni tak besar mana pun, tapi aku boleh guarantee pada sapa2 yang pegi sana pasti akan terasa ketenangan nya. Kalau tak silap masa aku pegi 4bulan lepas, hanya dua resort yang menawarkan penginapan di Pulau ini, antaranya Pom Pom Island Resort(Pom2 Besar)http://www.pompomisland.com/#  yang agak mahal dan juga Celebes Resort(Pom2 Kecil)http://www.celebescuba.com/accomodation.html yang agak ekonomi. Untuk golongan sederhana macam aku, dah tentu Celebes Resort yang menjadi pilihan.. Semasa aku tinggal di Celebes Resort, aku ambik package bagi memudahkan urusan. Jumlah kecederaan poket untuk 5d4n lebih kurang dalam 2k. Aku punya advice, better korang bayar dahulu sebelum pergi..sekurang2 nya nanti hanya bawak duit2 nak belanja je, lagipun ianya untuk mengelakkan kejadian tak di ingini belaku.

 Di sini aku ingin tekan kan tiada activity malam di Pulau Pom Pom ini, pada yang suka party2 tu mungkin rasa agak boring..Tapi bagi para diver mungkin Pulau ini sangat sesuai untuk korang nak pegi, di mana diver boleh berehat pada malam hari setelah pulun dive masa di siang nya.Bila nak bangun esok bagi,sure rasa segar sebab dapat tido yang cukup..Itu aku lah ,tak tau lah orang lain :)

Mcm best je!Macam seronok je..Ini lah activity malam aku,..tgk  balik gambar2 yang diambil semasa dive..Sambil2 mengkaji nama makluk2 yang dijumpai..hehe
Bagi aku setiap Pulau & tempat ada keistimewaannya sendiri, nak suruh banding2 susah lah, pada aku cantik je mana2.Cuma yang mungkin membezakan nya dari segi lokasi dan pesekitrannya lah.Contoh senang mcm korang pegi KLCC & Pavilion, dua2 tempat shopping, mcm tu jugak dgn Pulau2 yg aku sebutkan tadi.
Kalau ada yang tanya mcmmana keindahan Pulau Pom Pom nih, nak decribe pun susah, lain orang lain citarasa. Tapi ikut pendapat jujur , aku willing nak datang Pulau Pom2 ni lagi lah..hihihi,  Senang crita korang cuba lah datang and tgk sendiri.


Antara Pom Pom Resort dan Celebes resort mana yang best?? Weiii sila jgn tanya mcm tu boleh??, biasa laa lagi mahal kita bayar lagi bagus service nya. ..macam Pom Pom Resort ni dia mmg 5star resort.. Persekitarannya lagi cantik,boleh feeling2 orang kaya gitu hihihi... Pada aku buat apa membazir,klu stakat nak pegi diving je, janji bilik & toilet selesa. Tinggal di Celebes Resort pun aku sangat berpuas hati, dgn 3x boat dive & unlimited dive..larat tak larat je korang nak pegi. Dari segi makanan, pada aku boleh  lah, selere je aku makan, walaupun aku seorg yg cerewet pasal makanan..aku ckp ok tu mmg ok lah..standard makanan kat Pulau dan masakan nya sure tak sama mcm org semenanjung.

Tapi klu pada sapa2 yg masih ingin kan hiburan ,jgn dirisau.. korang pegi lah ke Pom Pom Resort, dari Celebes Resort hanya 10min bejalan kaki atau 5min kalu pada sapa2 yang berlari hihihihi. Nak masuk Pom Pom Resort ni lain macham sikit, klu tak tinggal di resort ni nak enter je kawasan diorang kena charge RM50.00  dan dapat lah free soft drink dan juga berjalan2 & bergambar di sekitar resort diorg (walaupun mengaku korang jiran sebelah umah tetap kena bayar tau,hahah)..Nak guna wifi charge lain fulokk,kena tambah rm15 hinggit,, senang betul diorang buat duit. Aku pegi satu malam je,nak melihat2 kata org..sambil tu sempat jugak aku ber poco2, klu nak tau di malam hari Pom Pom resort menyediakan hiburan,menari & menyayi.. Tapi binggit jugak telinga, sebab yang datang ni kebanyakkan pelancong2 dari China. Kalau tak silap kitaorg je Melayu yg ada kat resort masa tu.


 Kepada non-diver, jangan nak kecik hati..activity untuk kepada bukan diver juga akan diatur oleh pihak resort. Korang sediakan kan duit aje, anggaran budget ialah berdasarkan berapa lama korang nak stay di Pulau..lagi lama lagi rabak lah..hehehe
Tgk tu orang tgh snorkelling..ni  pulau apatah namanya dekat dgn Pom Pom Island

Buat pengetahuan korang, Pulau Pom Pom tak mcm Pulau Mabul yg byk chalet/resort yg menawarkan penginapan mengikut citarasa dan poket korang.Jadi aku juga nak nasihatkan kepada yang kaki makan ,bawa lah kudap-kudapan sendiri sebabnya di sana tiada kedai yer.

Yang pompuan pulak,sila lah bawak spare brg bulanan,kalau nak tau Kotex yang harga dlm rm5.00 boleh mencecah dlm rm20.00 hingitt..Itu pun boleh beli di Pom2 Resort, mahaiii weii! nak menapak lagi satu hal..

Dari segi keselamatan di Pom Pom Islands, masa aku pegi tu ok je..tapi bila dengar kejadian culik dan tembak pelancong dari China ,ngeri juga!!.. Mengikut amatan aku,mana2 pun sama, kadang2 kita dah usaha mengelakkan diri dari sebarang kejadian buruk,tapi klu nak jadi mmg tak boleh nak elak lah kan. Apa2 pun yg penting safety first...Penyangak ni ada je di mana2.

Concept aku senang je,agak2 was-was atau tak yakin pergi ke suatu tempat baru tu,sila jangan ambik risk. Berdasarkan experience tinggal di Celebes Resort dan berjalan di waktu malam ke Pom Pom Resort,keadaan pesekitaran alhamdulillah selamat. Kalau tak silap di malam hari memang ada army yang akan berkawal menjaga Pulau Pom Pom ni. Mungkin juga kejadian yang berlaku baru2 ini di luar kawalan mereka dan ia mungkin kali pertama berlaku di sana. Apa yang aku boleh kata, harap pihak bertanggungjawab dapat menguatkan kawalan di masa hadapan utk mengelakkan kejadian tak di ingini berulang..Klu dah tak selamat orang dah tak mau pegi bercuti di sini..tourist kurang,,,sapa yang rugi??



Mesti ada yang nak tau,apa yang special Pulau Pom Pom ni? Jawapan aku ,itu terpulang pada mata masing2.. Pada aku ok je, cuma klu kepada diver tu jgn expect korang nak jumpa barang2 besar mcm kat mabul or sipadan. Ia lebih kepada hidupan macro,dimana sambil menyelam tu korang kena mengkaji  apa yg korang nak tgk hihihi seronok hapa,adventure sikit.
Cuma yang tak bestnya activity bom ikan agak berleluasa di sini, ada sekali tu aku tekejut beruk masa tgh dive..adalah mangkuk hayun tak bertanggungjawab telah meng bom ikan,lokasinya aku tak berapa pasti..yg penting terasa gegaran dan bunyi yang kuat.Nasib aku takde heart attack,klu tak arwah aku masa tgh dive :))

Dah lah macam stress pulak aku nak bercerita ni, moh lah kita layan gambar :

Spectacular water...santekk kan!
Port paling best menanti sunset... 
Jom lompat bintang...

hensem tak? klu diving diperairan sabah ni..tengok turttle boleh sampai tahap boring ,bersepah2.. Tapi tak dinafikan makluk comel ni selalu jadi object favourite aku bila layan underwater camera....
Clown fish a.k.a Nemo










Untuk pengetahuan korang terutamanya diver, kalau stay di celebes beach resort ni agak berbaloi dengan unlimited dive..Sapa2 yang nak practice buoyancy recommended sangat2 untuk datang ke Pom Pom Island ni, buat lah shore dive samapai korang muntah hijo..
Macam aku abis terror pun, 4 dived paling larat... Lepas night dive, balik bilik lepas tu confirm pengsan sampai pagi esok nya...Semasa trip aku, DM fav adalah Zainal, salah seorang dive master yang bagus ..aku gelar dia mata ikan. Ialah nampak je benda alah kecik.Sila lah request mamat ni kalu ke Celebes resort ni,Ini facebook dia https://www.facebook.com/zainal.abdun?fref=ts

Actually, banyak je picture makluk2 underwater yang aku ambik. Tapi tak boleh di share kan semua dlm blog ini, kang berat pulak nak loading. Apa pun aku simpulkan Pom Pom Island adalah tempat bercuti yang menenangkan dan boleh dikunjungi oleh semua orang..

Sekian cerita mengenai Pom-Pom Island. Jom google crita lain pula.