Pages

Monday, 11 August 2014

Autumn in Korea Nov 2012

Selamat Hari Raya 2014!

Salam,aah lama sungguh tak update blog ni..rasanya hampir 2 tahun. Kali ni terpanggil nak update blog yg tengelam timbul ni, tak sangka ada juga yg berminat nak baca n bertanya tips2 mengenai percutian & tempat yang penah aku pegi. Kalau ikutkan sepanjang setahun menghilang byk je tempat2 yang telah aku pegi, Insyallah aku akan cuba berkongsi apa yang dirasakan menarik unuk dikongsikan...klu nak tanya pasal kongsi gelap mmg aku tak tau ,aku bukan lah kak long,kak ngah,kak ton,kak teh ,kak yong dari mana2 perbadanan gengster2 wujud dikala ini. Aku ada lah orang biasa yg cinta kan keindahan alam dan juga pencinta makanan yang sedia berkongsi pengalaman yg telah dirasai..weeee! terasa cam jiwang karat pule.

Ok,sebelum aku melalut  benda2 lain,kita abaikan benda2 yg tak perlu..Almaklum lama tak menaip macam banyak benda je yg aku nak kongsi.

Untuk 1st entry ni,aku akan share pasal trip ke Korea, actually mmg dah basi pun ,kejadian berlaku pada bulan nov 2012. Sila jangan muntah, aku nak cite jugak..ingat gambar2 orang kat insta & fb je ada throwback? aku nak jugak..

Ok lah! Trip to Korea considered as a business trip lepas trip ke Padang ,Indonesia cancel..sbenarnya bukan padang je tapi ada lagi fews tempat yg aku tak jadi pegi. Ini lah kata orang, jgn tamak2 membeli, tiket dibeli time air asia buat sale,ssetakat nak gi oversea dgn harga tix lebih kurang rm200 apa ada hal. Tapi bila tiba masa nak pergi  terpaksa cancel fulak sebab tak dapat cuti dan juga ada juga sebab budget lari...Heehe Fensan mak! Tarikh yg di booked semua dekat2, kata org cina tokei babi pun boleh tinggal spender..hahha


Trip aku ke Korea naik  AA sebagai pengangkutan rasmi,(dah org sponsor den ikut ajo lah).. cuma yg beza sedikit upgrade naik premium @ business class.

Korea mmg dah masuk dalam my wishlist dream destination, yeah!"alhamdulillah" finally dapat juga pegi pada Nov 2012 ..sob..sob Sila jgn tacing! :). Iyo lah dulu2 suka tengok citer Korea , terpengaruh dengan drama2 cinta orang Korea ni.Tempat paling aku nak pegi sangat ialah "Nami Island" mmg sesetengah org ckp biasa je tapi disebabkan dulu2 aku fan citer winter sonata, teringin sangat nak sampai sana.
Kalau nak tau,dulu masa jadi student ,tv kecik 20inch disediakan kat hostel dan penontonnya dekat 30orang nak tgk TV,,,mcm biasa aku lah org yg terawal booked tempat,nak tengok winter sonata punya pasal..heheh.Yang tak tahan,bila tgk citer winter sonata ni, siap nangis2 eyueww!Kesian tgk Junsang hilang ingatan & suka tengok muka Yoo-Jin yang comel itu..ahaksss.. Nasib lah sekarang mcm takde masa nak tgk tv,kalau tak abis lah semua tempat aku nak pegi :))

fast line.
mmg seleso yoo...
Boleh terlentang & membongkang dengan aman
Apa lagi jom membadak!
Journey ke Korea mengambil masa dalam 6jam 30min. Flight pukul 1.00am dan sampai Korea kul 8.20am,(time Korea cepat 1 jam dengan time Malaysia). Ala2 rugi sejam lah kalu gi sana.
Di airport, kami berempat disambut oleh staff dari sebuah company agak dikenali di Korea..Sambil menyolam minum air kata orang..

Dah sampai...walau dlm hati excited, kena maintain supaya org  sana tak ckp "jakun benor org Malaysia ni" hihi
Airport yg besar & canggih..sama jek cam KLIA
Dari Itecheon Airport, kami menuju ke Ansan iaitu selatan Korea..perjalanannye mengambil masa lebih kurang sejam tapi disebabkan masa kami sampai tu hujan, ia jadi 2jam setengah..Aku mcm biasa tak sedar apa dah lah, krohh! aje lah sepanjang perjalanan heeee.

Selama di Korea, aku tinggal di Aura Hotel Ansan..Dari Ansan nak ke Seoul pun dalam sejam jugak jauh nye, kami tinggal di Ansan sebab nak dekat dengan factory yg kami akan lawati.Lepas kerja settle, mcm biasa mesti lah gi jalan2..
Tak banyak yg aku tau pasal Ansan ni, tempat nye tak popular sangat disebabkan ia ada lah kawasan perindustrian..Tapi suhu disini sangat sejuk compare dengan suhu di Seoul..Suhu sekitar 8-7degree.

Sampai je kat Ansan perut berbunyik! Brunch kat satu kedai area hotel...Telan aje lah tak nak pikir apa2, nak cari halal foods mmg takde di Ansan ni..Aku mkn nasi & Kimchi je, hari first lalu je, klu kat KL pun aku peminat makanan Korea, mmg tak jadi masalah,cuma kena hati2 lah :)
Belakang tu hotel yg aku duduk..
Kat Ansan banyak kedai makan TAPI tengok aje lah . Hari2 makan sayur meleleh gak air mata ni hahha
Eh! klu nak tau Ansan ni mcm town yg agak happening bagi org yg suka cari hiburan XXXX ,Iskk! mmg selamber je diorg ni,klu nak tau sex services mcm pekerjaaan biasa bagi diorg. Siap ada satu buiding nama nye 'X' , Itu mmg  port mak2 hayam!Mmg benda ni mcm perkara biasa bagi diorg.moden sangat taraf pemikiran diorg nih! So, klu ade che abang yg nak  ke Ansan ni sila2 lah pantau yer!hahahahha
Semasa aku datang Korea ni ia jatuh masa Autumn season atau musim luruh kata orang melayu. Pemandangan mmg sangat pergggggghh!(bunyi cam mat rempit skit).
 Sepanjang masa lah..Sejuk betul mata memandangan .Aku cam biasa tak lepas dari camera. Jom click-click cuti mata :

Di mana2 saje, sepanjang jalan mmg  kaler ful  lah! Sedap mata memandang,Kalau lah  KL ada pemandangan mcm ni.. gerenti jln jem pun, tak jadi nak marah punya lah..

Ansan Town
Takde apa yang menarik untuk 2hari yang pertama, sebab masing2 busy dengan kerja dan kami pun terperap dalam bilik meeting dan melawat factory yang menjadi agenda utama kedatangan kami di sana..


factory visit
Dah settle meeting semua kami di bawa menjamu selera dan pergi ke Pulau Nami,Yahooooooooo! :))
Singgah  makan di restaurant yg aku tak tau apa namanya sebab semuanya tullisan korea, terletak di tepi jalan sebelum  ke Pulau Nami..
Ini lah menu di order,penuh dgn sayur2...yang kaler putih tu namanya sup labu yang menjadi makanan tradisi masyarakat korea..Rasanya mmcm mkn tauhu yg dihancurkan.. Masa ni aku lah menjadi orang yang paling pelahap, iye lah kimci mmg antara makanan favorite aku,takde masalah pada aku ..Kalau lah dok Korea lama2 mesti kulit jadi gebu gila :))
Veg lagi...
Army kat Korea putih2 tau :))
Baru sampai Nami Island, scenery yang sangat osemmmm! 



Bunga2 chentaaa berguguran...
Nice scenery indeed =)


Eh!eh!.,cer tgk !flag kita atas ferry... proud to be Malaysian!
Winter Sonata drama punca tempat ni jadi femes ...
Pi mai Pi mai tang tu...merata je orang Malaysia boleh jumpa...

ride by ferry with 10-15min from jetty to Nami island.


Sepandai2 tupai melompat akhir jatuh ke tanah juga..eh boleh guna ke peribahasa ni??Aku tgk tupai mcm ayam je kat situ..memamg dok main atas tanah je :))

Sangat sesuai dijadikan tempat ber dating..

Itik gembo2..
Macam2 kaler ada..santek giler! Ini guna camera phone je..
Sebenarnya beribu gambar diambil masa pegi Korea ni, tapi di sebabkan entry ni dekat 2tahun pending..aku pun tak pasti simpan album Korea ni kat mana. Ada banyak trip yang bakal aku update..

Apa yang pasti , sebelum ke negara 4 musim ni..Sila pastikan anda membawa kelengkapan yang betul dan mengetahui musim apa yang korang nak pegi. Semua musim pun ok kalau nak pergi, ia bergantung pada citarasa masing2.
Bulan dan musim yang ada di Korea seperti berikut :

  • Musim Sejuk  (Winter)- Antara bulan Disember, Januari, Februari... Sapa2 yang teringin main snow, boleh lah arrange kan percutian pada bulan ini. Tahap sejuk mencapai suhu negative(-) . Silalah bawak baju2 tebal & ada wool . Kalau dah sejuk sangat nak berjalan pun rasa tak selesa, terutama yang bawak anak kecik..Tapi apa ada kisah, nak merasa sekali skala pun ok juga..Iye lah Malaysia mana ada salji...
  • Musim Bunga (Spring)-March,April,May.. Haaa! masa suhu just nice pada aku..sedap2 gitu!Yang nyata cuaca nya masih sejuk, sesungguhnya aku suka suhu macam ni.. Time ni, sapa teringin tengok mungga2 mekar berkembang boleh datang musim ni.  
  • Musim Panas (Summer)- Antara bulan Jun,July,August.. Suhunya lebih kurang macam Malaysia, so kalau nak tahu panas camna..macam kat Malaysia aje. Kalau bukan trip diving, aku akan mengelakkan memilh bercuti pada musim panas. Nak rasa musim panas pada aku baik bercuti di negara sendiri jek ..
  • Musim Luruh (Autumn)-Berlaku antara bulan September,October,November. Musim yang boleh dikatakan agak sejuk dan menenangkan mata ..Lepas munga2 chenta berkembang,, maka berguguran lah ia pada bulan ini. Time aku pergi adalah musim luruh. Cantik sungguh permandangan. 

Mesti ada yang tanya susah ke nak cari makanan halal di Korea? Pada aku halal foods ada je, tapi bergantung kepada tempat yang korang nak pegi. Sebagai pengemar sayor, takde masalah aku nak makan. Untuk pengetahuan, aku juga ada bawak rendang daging dan juga makanan mcm Brahim dan meggie. Rasa boring nak makan luar, makan aje apa yg aku bawak. Untuk bawak masuk makanan ke Korea takde masalah pun. Jadi jangan riso, klu lah korang perut orang kampung macam aku..maka wajib lah bawa bekalan dari rumah.

Jom layan apa makanan yang aku makan kat Korea dulu...







Tak ingat apa nama restaurant nya..yang nyata terletak di tengah bandar Seoul dan merupakan antara restaurant traditional yang agak class di sana. Kami makan di dining yang private dan dihidangkan dengan hiburan oleh penyayi & pemain alat muzik traditional mereka...
Layanan yang lemah lembut...sesungguhnya orang Korea terkenal juga dengan sikap sopan mereka..
Kimchi yang perlbagai...
Mesti ada yang tertanya apa tempat2 menarik yang ada di Korea? Sebenarnya, sama je macam Malaysia, Korea juga terkenal sebagai pusat tarikan pelancong. Antara tempat popular yang selalu di kunjungi oleh pelancong ialah :
  • Nami Island (gambar byk dikongsi pada awal entry)
  • Iteawon street/ Naamdaemun..Tempat shooping & tempat makanan halal yang mudah di cari.

Makanan halal senang dicari di Iteawon ini yer.. Di Iteawon ni juga ada masjid yang terkenal menjadi kunjungan ramai umat islam .. 

  • Myeongdong/Insadong/Naamdaemum market/Gangnam Street - adalah tempat membeli-belah yang dipenuhi dengan kedai2 kecil sehinggalah barangan berjenama. Kawasan sentiasa sesak dikunjungi oleh orang ramai.Tak silap drama Awan Dania pun banyak shooting kat area ni.
Rezeki murah.. tengah jakun ambik gambar tak tau aku kena prank untuk rancangan tv Korea.. Pandang atas, penuh camera ..glamer kejap! Pastu hero2 body sasa kasi pop corn. Lepas tu aku dapat duit..bila di convert ada lah dlm RM850.00 ..ngeggege Tak silap ni kat Gangnam Street.




Jaangan lupa buat Gangnam style kat sini...

Hampir 90% kedai tulisan korea yer, tapi jangan risau orang korea juga boleh ber bahasa omputeh dengan baik. Cuma bila masuk kedai2 kecik maka terjadi lah juga adegan ayam dengan itik..
Makanan yang popular dan boleh dijadikan buah tangan untuk dibawa balik ke Malaysia ialah 'Gula tarik'.. Mmg sedap ada mcm2 flavour..aku suka kacang merah! Tengok tu yg menjual pun ala2 penyayi k-pop..Jangan terkejut, ramai peniaga kat Korea ni juga boleh menyebut beberapa ayat bahasa Maelayu. Nampak sangat, Korea menerima ramai pengunjung dari Malaysia..
  • Namsan Seoul Tower- Antara tempat tarikan yang terkenal di sana. Macam Malaysia lah, ada menara KL diorg pun ada menara jugee. Cuma yang special diorang ada tempat letak mangga.Jom layan gambar...

Ribuan pasangan mengunci cinta mereka di sini..Aku pun ada kunci jugak, tapi guna mangga yang aku jumpa..tah sapa punya tah ..hahhahaha








  • Cheonggyecheon (steam)- adalah kawasan tarikan dimana sungai kecil mengalir..Kawasan ni diletakkan dengan pelbagai patung hiasan. Menurut mitos orang Korea, tempat ini dijadikan untuk menunaikan hajat. Segala penceritaan mengenai sejarah & budaya mereka diabadikan dalam bentuk seni tempatan mereka. Tempat ini boleh dikatakan agak unik dan cantik kerana persekitaran yang bersih dan dijaga rapi.



Apa kata sungai kelang dijadikan tempat seni mcm ni..
Macammana pengangkutan di sini? Jangan dirisau, public transport di Korea amat lah efficient.. Cuma korang kena banyak kan bertanya ,selain daripada berpandukan map. Jangan malu bertanya yer.. 

Seoul Station adalah  pusat pengangkutan ke Korea.. Bagi yang ingin manaiki bullet train  untuk perjalanan yang jauh boleh lah medapatkan jadual perjalan anda di sini..

Naik bus je senang..harga pun murah tapi make sure korang tau mana korang nak pegi..




Rajin2 lah tengok map yer..
Oh lupa pulak, tukaran matawang Korea dengan Malaysia adalah 3kali ganda...Nilai nya lebih kurang USD ..Peniaga di sana juga menggunakan mata wang USD.Apa pun, nak beli apa jangan di convert kan , nanti apa pun tak boleh .. :))

Itulah sedikit sebanyak cerita mengenai Korea yang dapat aku ingat..Kalau ikut kan banyak tips & benda boleh di share tapi dah tak ingat mana aku simpan semua note tu..Takpe lah klu jumpa aku akan update mana yang boleh..Tata!!!