Friday, 26 October 2012

Saba Restaurant

Saba restaurant antara tempat makan popular bagi pengemar makanan arab. Actually banyak je kedai Arab yg aku selalu pegi, antaranya Tarbush,Al-Rawsha,Al-Wadi dan lain2.
Hari ni ade skit mood nak update pasal tempat makan dan kebetulan pulak semalam baru lepas makan kat Saba Restaurant di Setiawangsa.

Makanan2 kat Saba Restaurant ni mcm jugak makanan arab kat tempat yg lain,taste & cara serve pun lebih kurang sama je.
Kalau orang tanya apa yg special kat sini,agak susah aku nak describe..Hmm! yg special nye makanan Arab tak sama mcm lauk2 orang melayu ni yg byk gunakan santan ni.
Makanan arab agak kering sedikit, klu nak berkuah boleh order dalca atau sup yg agak pelik sikit rasanye. 
Portion makanan di restaurant Arab juga agak besar, yakni boleh juga menambahkan kegendutan perut hehehehehe

Antara makanan yg boleh expand size badan anda di restaurant ini, seperti gambar kat bawah :

Mix appetizers @ RM20.00 ..Perghh!ini my fav cicah dengan roti arab baru lah Yale!Yale!  Ni antara menu wajib di order bila makan kat Saba restaurant

Hanith Mandi chicken @ RM12.00 . Apa yg membuatkan restaurant nye special ialah nasi arab nye. Rasanye nasinye yg sedap & ringan*beras basmthi *

Mandi Lamb@ RM20.00 , lepas makan confirm nak mandi...

Mandi Chicken @RM 12.00.. lazatttttt!!

Harga makanan di Saba restaurant mcm biasa,consider average..Takde lah mahal sangat,ia bersesuaian dgn portion dan juga bergantung kepada gaya anda mencekik juga.

"Tambahan ayat...Kebiasanya lepas makan kat sini tahap kemalasan otak berganda2 dan mata pun mula stim. 
Klu nak makan type makanan Arab ni,dinasihatkan datang dengan perut kosong.. baru lah dapat mencekik dengan penuh berhemah & insyallah tiada pembaziran akan berlaku nanti ;P


Lokasi Saba Restaurant seperti di link ini http://www.sabaholdings.com.my/Location.html ada dua tempat di Setiawangsa & Cyberjaya.
Kalau dekat setiawangsa ,restaurant ni terletak opposite lrt setiawangsa,senang je nak cari. Klu yg kat Putrajaya kurang pasti, sebab tak penah lagi makan kat sana...nak senang tgk map lah yer!;P