Pages

Wednesday, 10 October 2012

Pulau Perhentian,Terengganu@ 30th Aug-01st Sept 2012

Assalamuailaikum!

Entry kali ni nak bercerita pasal Pulau Perhentian, trip kali ni mcm biasa aku lah tukang organize nye. Date trip 30thAug-01stSeptember 2012..ala2 trip sambut merdeka gituww!.Mesti ade yg tertanya best ke Pulau Perhentian tu?ehh meh sini nak lempang skit!mmg confirm lah best, tanya pulak soklan mcm tu heeee

 Kat mana Pulau Perhentian ni?Pulau Perhentian ni terletak antara Kelantan & Terengganu dan ia terbahagi kepada dua, Perhentian Besar & Kecil.. Actually, tak banyak beza pun kedua-dua pulau ni..Sama aje.Lokasi pun bedekatan je pun,yg membezakan dari segi environment nye , kalau orang yg suka berjimba2 di malam hari sila lah ke Perhentian Kecil sebab night life kat sini sangat happening yer. Perhentian Besar pulak lebih rilax dan activity mlm mmg tak banyak, aku punya opinion klu nak bawak family lebih afdal lah pegi ke Perhentian Besar, kalau Perhentian Kecil pun boleh juga tapi kat sini keadaan nye lebih kepada tempat party2 pulau *ehemmm!! :) Muda mudi suker lah..

Untuk trip kali ni kami juga sepakat memilih tinggal di Pulau Perhentian Kecil, ialah orang2 nye ceria2  haruslah pegi tempat happening gitueww! Sebetulnya,semua dalam group ni tak penah sampai lagi sini termasuklah tukang tulis entry ni .Selalunye kami pergi Pulau Redang,kali ni nak ubah angin pulak..
Kedudukan Pulau Perhentian seperti map kat atas ni, kalau ikutkan mmg berdekatan dengan pulau2 lain yg ade kat Kelantan & Terengganu
Berkumpul di jetty, al-maklum semua orang dari arah yang berbeza.. MAsing2 tak cukup tido excited punya pasal abaikan aje penat tu...
Di Perhentian Kecil kami tinggal di Amelia Chalet @ Coral Beach,itu pun setelah meng goggle banyak tempat, konon2 nak buat trip budget & semestinya tempat tinggal pun budget TAPI tak sangka lah sebudget mcm tu..Mcm apa?? ok nnt aku cerita hehehehe

Apa yang tak bestnya Amelia Chalet ni ialah tahap kebersihan  air paip dan lain2...
Memeng lah budget punya tempat TAPI jgn lah kedekut air sangat. Ada pulak tengah nak mandi tiba2 air takde dan kalau keluar pun besar air kencing je. Itu belum lagi air paip  yg  bau macam air perigi yg tak di filter (ala2 bau lumpur+karat).. Uishhh! sungguh hangin jadinya, hari pertama rasa sedikit spoil lah , mujur lah dapat buat 2x diving yg best,so tak lah ralat sangat.
Yang haru masa trip ni, kami asyik tumpang chalet tempat  lain untuk mandi. Apapun nak say thanks lah kepada manager OMBAK chalet yg membenarkan kami tumpang mandi di situ..Kalau sesiapa nak ke Perhetiaan Kecil@ Coral Beach aku recommend lah OMBAK chalet ni..

Mesti ada yg tanya, kenapa kami memilih dok Amelia chalet? Sebenarnya bukann apa,ini disebabkan semua tak penah datang Pulau Perhentian aku contact lah agent yg aku kenal di FB untuk arrange kan trip kami ni..Bila dengar harga mmg terus tertarik agak murah lah tambahan masa datang tu time public holiday, risau kalau tak de bilik nnt.. so bedal saje lah.
Tapi tak sangka keadaan chalet ni teruk mcm tu skali, bukan lah nak ber lagak diva ke apa,Aku mmg jenis tak kisah pasal bilik budget ni TAPI keadaan toilet mesti lah bersih. Kalau dah nak basuh kaki pun guna air mineral, korang pikir lah keadaannya mcm mana kan...Tak tau lah suratan atau kebetulan masa kita org datang hari tu  consider mcm worst lah pada aku..*Bilik je tak ok, yang lain2 ok!*
Ini lah rupa Amelia Chalet yg di cover dengan pokok2,..Masa ni kami otw nak tumpang mandi kat chalet bersebelahan. Nais! kan huhuhu... Nightmare! hahahahah

Total kerugian untuk trip 3d2n :

 Diver : Chalet RM250 (include3x makan+ boat transfer)
            Dive RM70 x 5= RM350 , so total dalam RM600 tak termasuk duit belanja + flight tix
Snorkeller : RM 280 per person (3x makan+boat transfer+snorkelling)

Ikutkan mmg lah consider agak murah, tapi bila  teringat pasal bilik rasanya kalau deal sendiri kami boleh dapat leh murah lagi selepas tahu harga sebenar bilik kat situ..
Untuk tempat budget aku mmg tak expect lebih.. cuma pada aku kot iye pun budget, toilet tu biar senonoh sikit..jgn lah nak mandi & dan buang air sampai x lalu, Peringatan untuk diri sendiri & yg lain jgn ler nak budget sangat tapi akhirnya diri sendiri tak selesa..hihihihi

Ok! abaikan cerita condemn2  ni skrg berbalik kepada cerita2 best je ...Kat Pulau Perhentian ni ada beberapa pantainye. Pantai yang happening & agak popular ialah Long Beach, ia terletak dibelakang Coral Beach tempat kami tinggal..Kalau berjalan pun  antara 10 minit, itu pun kalau tak semput hihihiihi
Coral View Beach...tempat ni agak menenangkan.. Tempat makan pun banyak kat sini, sedap pun sedap! Aaaah ttiba2 rindu pulak nak gi perhentian..Tahun depan aje ler..

Ini Long Beach di pagi hari...mcm tak ramai pulak org bersidai kat sini..Tempat yg best klu nak cuci mata & tambah dosa kering :))

Dive operator pulak kitaorang ambik package dengan Steffen Sea Sport yg mmg terletak betul2 depan Amelia chalet beberapa langkah je dari bilik & kalau naik boat pun senang sebab lokasi nye betul2 depan dive shop.So, tak payah nak mengangkat tong yg berat nak mampus tu jauh2. Klu part diving mmg sangat2 convenient dan skali lagi aku nak kasi *thumb up!*




Sepanjang diving dengan Seffen Sea Sport ni, kitaorang sangat puas hati lah dengan layanan diorang yg fun , sempoi & gila2..I LIKE IT! Comment aku untuk dive centre ni semua ok & best je..Gear pun ok, cuma Steffen Sea Sport kena cepat2 buat tangga boat supaya takde lah perut & celah peha jadi lebam bagi org yg tak terror memanjat boat macam aku *ckp bedasarkan pengalaman* hihihihi
 Dari segi benda lain, diorang kena improve dalam aspect keselamatan contohnya diorg kena lah sediakan register form utk customer incase lah anything happen when we diving..Kot apa2 jadi nnt macam mana nak contact waris kan heeee Mungkin diorg lupa kot.. Part2 lain aku kasi A1 kat dive centre ni :)



Antara diving site yg aku pegi hari tu Panglima Abu,Terumbu 3,Paul Reef,Sugar Wreck & Sea Bell. Dari 5 dive ,4 dive mmg puas hati kebetulan time kitaorang datang ni viz sangat ok dapat juga lah antara 15-17 meter@ Panglima Abu & T3, yg lain2 average tp consider ok juga sebab takde current yg kuat walaupun mlm hari hujan. Nak dive pun rilax aje,siap boleh buat senam aerobic lagi,,hahaha

Dive site yang terdapat di Pulau Perhentian lebih kurang 23 sites yg  famous...Agak2 ter capai ke hajat  nak pegi semua huhu

Ni nak share pic2 diving aku..Sebenarnya agak seronok trip kali ni,mana tak nye ni trip yg paling banyak gambar underwater aku sebab ade geng bawak camera juga..Biasanya aku lah yg jadi tukang ambik pic & video org, bila byk pic aku off course ler sangattt sukerrr.
 Lepas ni aku pun nak wajib kan pada sapa2 yg nk diving dengan aku sila lah bawak camera yer !! Sila click link ni yg aku bagi ni, aku dah compile video yg aku ambik & dah masuk kan kat you tube .Jom tengok,kiter Enjoyyyyy!
http://www.youtube.com/watch?v=Hvtvu2Qjhk0&feature=relmfu  & http://www.youtube.com/watch?v=oDyinc0QoxE&feature=fvwrel



Gambar2 yg aku ambik semua ni menggunakan Canon G12 + basic housing

makan budakkkk!
Clown Fish..cumel kan? antara object yg jadi favourite bila aku ambik pic underwater
Aiseyyy! camna  octopus aky  bole bersepah ni

Sorry lah ...entry ni mcm banyak pulak picture aku  kan..Kalau suka tengok, tak suka jangan tengok hihihi
Actually banyak je gambar lain, tapi aku pick random je..kang upload banyak2 berat pulak nak loading blog aku ni nanti ;P

HmmApa yg happening nye di Perhentian Kecil pada malam hari ek ? Nak decribe mcm mana ek..korang tengok lah pic kat bawah sini...lebih kurang mcm tu lah rupanye pada malam hari.. Lebih kepada activity santai dan melepak2 especially di long beach.


 Kepada yang tak ambik package makan jangan dirisau, kedai makan banyak kat sekitar perhentian kecil ni. Aku rasa tak ambik package lagi better sebab lagi banyak pilihan, sediakan "RM" je, harga makanan kat pulau ni mahal sedikit,faham2 je lah peniaga nak ambik bekalan susah.So harga yg diaorg jual 2-3 kali ganda dari harga biasa.
Malam2 hari pulak boleh makan burger kat tepi pantai sambil menghirup udara pantai yg segar,,tapikan aku notice burger yg dijual di pulau2 baik di Pulau Redang,Tioman,Pulau Mabul termasuk lah di Pulau Perhentian ni sedap!!! Org pulau pandai masak burger kot, mcm sedap sesangat lah tak tau kenapa..





Mesti ade juga yang tertanya boleh ke ambik lesen diving kat sini? Off course boleh,hampir kesemua dive centre menawarkan package yg menarik,nak ambik dgn PADI ke SDI ke ade je,senang datang je sini & pilih je lah sendiri TAPI aku nasihatkan sila booking awal walaupun ramai yg cakap boleh walk-in je datang sini. Nak senang deal dulu dengan operator yg berkenanan untuk memudahkan kerja & menjimatkan masa korang juga. Nanti tak lah terhegeh2 nak mecari tempat tinggal & plan activity lain bagai..

Rasanya cukup entry aku utk percutian di Pulau Perhentian ni  tiba2 dah kering idea nak type apa.Mungkin sebab kelaparan ni, otak pun tak boleh ber fungsi dengan sepenuhnye.Akan bersambung di episode lain. Babai!