Trip ke Pulau Weh, Aceh Indonesia ni ala2 trip celebrate birthday pada 23-27Jan awal tahun 2013.Semasa menaip entry ini pun dah masuk bulan August 2014.. Dari single dah jadi mingle skrg ni. Alhamdulillah!! Masa tidak mengizinkan untuk ber bloging..
Trip ke Pulau Weh pada Jan 2013 boleh dikatakan tirai pembuka activity diving pada tahun 2013 ni.Kat mana Pulau Weh ni ? menjawab soklan pada yang ingin tahu di mana beradanya Pulau Weh, ni nak cerita serba sedikit mengenai lokasi pulau ini yang aku copy sikit dari wikepedia "Pulau Weh atau We, adalah pulau vulkanik kecil yang terletak di barat laut Pulau Sumatra. Pulau ini pernah terhubung dengan Pulau Sumatra, namun kemudian terpisah oleh laut setelah meletusnya gunung berapi terakhir kali pada zaman Pleistosen. Pulau ini terletak di Laut Andaman. Kota terbesar di Pulau Weh, Sabang, adalah kota yang terletak paling barat di Indonesia" ..Haaa! gitueww lah serba sedikit mengenai Pulau Weh ni.
Malam sebelum kami bertolak ke Aceh ni,ada jugak berasa sedikit goyang bila kami menerima SMS dari sahabat yang lain mengatakan satu kejadiaan gempa berlaku di Aceh , aku terus google cari info ..Ikut kan dari berita, mmg betullah berlakunya kejadiaan gempa dengan 6-7 scalar richer..yg penting tiada amaran tsunami dikeluarkan..Alhamdullilah, boleh aku meneruskan niat suci menyelam di dasar laut seberang yang di anggap keramat bagi sesetengah pihak ;)
Macammana nak ke Pulau Weh ni? Ok, serba sedikit info berdasarkan pengalaman aku yang lepas, aku naik Air Asia dan turun di airport Bandara International Sultan Iskandar Muda,Aceh.
|
Bandara International Sultan Iskandar Muda terserlah kesenian islam, airport berbentuk kubah |
Disebabkan trip kali ini aku ikut group, jadi semua arrangement telah dibuat..Rombongan kami disertai lebih kurang 15orang , yang non-diver adalah dalam 2orang..yang lain2 semua diver tegar yg kekeringan insang.
Tujuan kami ke Acheh mmg nak pergi Pulau Weh, ialah sedikit berkobar2 dengar orang cerita pasal pulau ini. Macamana nak ke Pulau Weh ni? Ok, aku akan cuba share apa yang aku ingat..maklumlah kejadian hampir 1 tahun lebih dah berlalu.
Ok, dari aiport korang boleh ambik supir dan terus ke jetty. Tak jauh pun,kurang dari 20minit.. sila rujuk jadual ferry http://visit-sabang.blogspot.com/2012/08/transportasi-menuju-kota-sabang.html ..Nak naik ferry pula ada kelas2 nya..klu vip mahal sikit(mahal pun tak semahal naik bus di Malaysia..hihi) klu , ekonomi pun ok..cuma kena bersabar sebab munkin boleh menyebabkan rasa kurang selesa disebabkan keadaan dlm feri yang agak padat mcm tin sardine.Eh! mcm pernah je dok dalam tin kan ..ahahhaha
Flight pukul 10.30am dan kami sampai pukul 12.30pm..disebabkan jadual ferry pukul 4petang, kitaorang masih ada masa lebih kurang 2jam pusing2 disekitar pusat banda aceh. Sebenarnya aceh hanya bandar kecil, rasanya klu nak tawaf semua half day pun boleh settlle. Takde apa yg menarik , melainkan kesan2 peristiwa tsunami yang agak mengisafkan.
Tempat pertama yang kami tuju mesti lah tempat makan, isi tank dulu.
|
Masakan orang Aceh yang agak sedap..Nasi padang,lebih kurang masakan orang negeri 9, Apa yang nyata kami makan dengan lahap sekali... |
|
Gendang gendut tali kecapi...tengoklah abang2 macho senyum gembira.. |
Lepas tu kami meronda sekitar town Aceh, takde apa yang menarik melainkan kesan peristiwa Tsunami yang belaku tidak lama dahulu..
|
Museum tsunami ini wujud selepas kejadian tsunami yang meruntum jiwa setiap lapisan masyarakat .Semua perkara berkaitan dengan kejadiaan telah diabadikan dalam museum ini. Sejujurnya aku pun turut terkesan bila memasuki museum ini. Terasa sungguh hiba, terutama laungan azan dapat didengari disekitar dalam museum. |
|
helicopter antara barangan turut diabadikan dalam museum tsunami. ini. |
|
Pengunjung boleh membaca tentang sejarah mengenai Aceh di museum ini. |
|
Gambaran kejadiaan turut diceritakan dlm bentuk seni bagi memudahkan pengunjung membayangkan keadaan sebenar yang berlaku semasa kejadian. |
|
Rumah2 yang rosak teruk.. |
|
Kapal ini turut diabadikan menjadi peninggalan sejarah peristiwa tsunami. |
|
Kapal besar ini dihanyutkan 7-8 meter ke dalam bandar.. Masyallah! Kuasa Allah tidak dapat di sangkal. |
Selepas berjalan sekitar banda Aceh, kami terus menuju ke jetty untuk mengambil ferry ke Pulau Weh melalui jetty Sabang..Perjalanan menaiki ferry menuju ke Sabang pula mengambil masa lebih kurang 1jam kalau tak silap.
|
Ferry yang menjadi pengangkutan rasmi penduduk & pelancong untuk ke Sabang |
|
Makan bakso ni confirm dapat jodoh! Haaa pada yang single tu sila datang ke Aceh makan bakso ni..hahhahaa |
Perjalanan dari jetty Sabang ke Pulau Weh pula, juga mengambil masa lebih kurang 1jam lebih menaiki van. Untuk trip kali ni ,semuanya telah diuruskan. Kami hanya membayar RM850.00 untuk semua kemudahan diving & penginapan. Tapi ia tidak termasuk bayaran supir, makan malam & beberapa bayaran lain. Tak silap total damage sekitar RM1500.00 tidak termasuk tiket flight.
|
Supir2 yang menanti customer di jetty Sabang.. |
|
Pemandangan yang cantik sepanjang perjalanan, dari jetty ke Pulau Weh mengambil masa 1jam.. Laluan nya agak berbukit bakau.. |
|
Jeng!Jeng! dah sampai... |
|
Jangan suka2 nak ber seksian di sini yer... |
Seperti yang diketahui oleh diver2 tegar dan seangkatan dengannya, Pulau Weh antara tempat selam skuba yang wajib dilawati. Keindahannya menjadi buah mulut,dikalangan rakan divers yang telah ke sana kerana selain keindahannya..kos percutian juga agak murah jika dibandingkan ke tempat lain.
|
Kami tinggal di Iboih Inn, 10minit berjalan kaki ke dive centre..Makanan di hidangan di sini agak sedap, boleh lah kena dengan tekak kami.. |
|
Pemandangan dari dining iboih inn.. |
|
Best giler ..boleh snorkelling dan celop2 kaki.. |
|
makluk favourite ,yg menjadi mangsa buli aku untuk beberapa hari ni sana.. |
|
Trip kali ni bersama Rubiah Dive Centre..Semua telah diuruskan, so kami hanya ikut schedule yang telah dibuat penganjuur trip.. |
|
Dive site ,yang ada sekitar pulau weh.. Tak banyak pun, tapi yg paling aku suka The Canyon dan juga Underwater Valcano..dive site boleh dikatakan agak rare. |
Bila bulan sesuai untuk ke Pulau Weh? Menurut penduduk setempat , bulan bila2 pun boleh..Diorang bukannya ada monsoon macam di Malaysia. Keadaan current di sana tak boleh dijangkakan.Ikut nasib juga. Tapi katanya bulan January adalah bulan yang paling mantap. Yang nyata ketika trip ,semua dive yang kami pergi boleh dikatakan agak tenang.
Actually ada kejadian sedih berlaku , semasa 2nd dived..camera G12 aku jahanam,masuk air daa .Punca??? kecuaian diri sendiri, yang gatai tukar battery atas bot. Takpe aku anggap itu sebagai pengajaran untuk lebih menjaga barangan berharga mcm ni di masa akan datang. Wlaupun agak down, aku anggap semua ada hikmah..Yang mana, rezeki untuk mendapat barangan lebih baik ..Gituewwww! pujuk hati lah. Walaupun tak dapat mengabadikan gambar dengan camera sendiri, nasib lah aku sempat enter-frame kat camera orang lain. Eh! byk lah pulak gambar sendiri..Biasa ambik gambar orang je.. All picture credit to Irwan Ismai. Jom layan!!
Selain itu, tak sah kalau tidak ke Kilometer Nol.Tempat ini dikatakan menjadi titik permulaan garisan bagi tanah Indonesia. Ia bermula dengan '0'.
Itu lah apa yang aku ingat dan boleh kongsikan mengenai Pulau Weh.Yang lain2 tak dapat recall.
Amacam? teringin tak nak pergi bercuti ke Pulau Weh ni. So, apa lagi jangan lah malu2 rancang trip korang ke sana.. Baii!