Apa cerita lagi aku nak tulih ek? Hmm.. entry ni pasal Pulau Perhentian lagi lah..Kali ni aku pegi 4D3N, trip yg aku repeat tak sampai sebulan selepas cuti merdeka hihi ..GILER dah Gian narcosis!!!!
Masa nak pegi ada berlaku incident sadis di LCCT@Air Asia..di mana kami tak boleh check bag disebabkan kelewatan 5 minit,kami sampai 7.15am...Mmg hangin satu badan lah. Dipendekkan cerita, kami terpaksa beli tix flight baru ke Kota Bharu sehala@RM300 per person...Lari budget!ikutkan hati aku nak cancelkan tapi disebabkan dah booking & bayar semuanya redah jugak lah.Kalau tak nnt lagi hangin nanti tiket dah burn trip tak jadi huhuhu...Ikut time tix yg burn itueww @ departure 8.00am, pastu tix baru yg di beli tu naik flight 10.20 am ...Hmm budget lari ,schedule pun lari..
Moral: Air Asia ni tak kejam tapi kuli yg jaga kuanter ni yg bongkak semacam, tak bertolak ansur langsung walaupun terlambat 5minit check in bags..Kami admit salah kami,tapi tak kan tak boleh bertimbang rasa sikit, 5minit je pun.
Ada ke patut cakap "you all boleh naik flight tp bag tak boleh bawak masuk"...ayat macam hape je kan???abis tu nak campak brg2 ni celah bedah mana???Grrr..
Ini dah menimbulkan kemarahan. Kalau ikut hati, nak je aku humban bags2 tu kat muka minah yg cakap itu.. Bukannya apa, ada ayat biadap dikeluarkan .Bila kami nak jumpa supervisor dia tak bagi pulak,Nak sumpah pompuan tu jadi bag kemuadian aku nak campak kat laut..Grrrrr!
|
Jadi angry bird aku masa tu..Grrrrkk lagi! |
Ok ler,tak nak cerita pasal benda yg tak best...Kita cerita benda2 best je...
Sambungan entry ini berkaitan dengan pulau perhentian juga...Trip ni mcm lawatan aku kali ke-2 aku ke pulau ini dalam tempoh tak sampai sebulan..mungkin terkesima n kagum pada kunjungan yg pertama.
Ok! straight the point, kali ni aku nak cerita detail sikit pasal Pulau Perhentian ni, mungkin entry ni dapat membantu sesiapa yg tak tahu macam mana nak pegi Pulau Perhentian ni...
Pulau Perhentian terletak di negeri pantai timur juga.. Kedudukannya
berada antara Kelantan dan Terengganu. Mengikut cerita sorang pakcik
driver teksi yg mengantar kami dari Kota Bharu airport ke jetty Kuala
Besut, sepatutnya pulau perhentian ni bernaung bawah kerajaan Kelantan
tapi ni kes zaman2 dulu raja nya kalah dalam bertanding sabung
ayam..dah di gadai daerah nya..So,dipendekkan cerita raja tu kalah bertaruh kemudian daerah ni jatuh lah ke bawah kerajaan
Terengganu...
Betul atau tak ceritanya , ''walahualam" mungkin ni cerita
dongeng rakyat, cerita disebaliknya mungkin kita tak tahu. Apa yang aku perasan petuturan org2 di sekitar Kuala Besut sebijik slang kelantaness n
bukan terenganuness yang yg banyak menggunakan perkataan 'ING' di
belakang perkataan yang di sebut.
Soklan yg org selalu tertanya mcm mana nak pegi Pulau Perhentian? Semua cara boleh sama ada naik keta, flight,jet,kapal selam,jalan kaki or sebagaiinye, janji pegi jetty Kuala Besut yer!diulangi Kuala Besut!
Kuala Besut ni kat mana pulak? Adeih susah nak explain..Kuala Besut kart Kuala Besut ler, sila tgk map lah yer ;P
Klu nak
naik bus boleh korang boleh direct terus turun ke jetty Kuala Besut, klu tak silap dari KL naik je kat perkeliling.. Ada ssetengah perkhidmatan bus tak sampai ke Kuala Besut, jangan di risau ek! Korang boleh turun kat station bus Kertih ...perjalanan dari Kertih ke Kuala Besut ni dalam 30minit je...itu standard time klu driver tak merempit.
Kalau nak
naik flight pulak, korang mesti turun kat airport Kota Bharu...jgn turun kat airport Terengganu pulak yer... Bukan nye tak boleh tapi agak jauh sikit berbanding dari airport Kota Bharu.Perjalanan dari airport KB ke Kuala Besut mengambil masa dalam 45min-1jam (65-70km), klu naik cab strandard price yg diorg charge antara RM70-RM80..so, klu datang berempat dah save..kome boleh tong2 aje lah...
Kalau nak
naik keta, korang boleh parking kat tempat parking disediakan dekat jetty ni..Satu hari dalam RM8.00 kalau tak silap.
Di jetty pulak korang boleh dapat kan operator boat yg akan menghantar ke tempat2 pilihan korang..
Tiket boat transfer dalam RM60-RM70 (return).Perjalanan menaiki boat dari jetty Kuala Besut ke pulau perhentian pula antara 30-40min. Mesti masih ade yg tertanya, mana yg best perhentian besar atau kecik? Pada aku sama jer, dua2 pun ok.Apa2 punbergantung kepada citarasa korang lah. Pendapat aku seperti di entry sebelum ni,kalau nak happening sila lah pergi ke Perhentian Kecil dan kalau just nak relax di waktu malam pergi lah Perhentian Besar.
Mesti ade yang tertanya bila waktu yg sesuai ke Pulau Perhentian?
Late October-February : Tak sesuai kalau nak pergi bulan2 ni disebabkan musim monsoon. Hampir 90% chalet/resort menutup operasi mereka.Tapi time ombak besar,mat2 &minah kaki surfing mmg suka. Mak takut! Musim hujan & ombak besar ni sesuai untuk nelayan boat besar nak tangkap ikan je...hehehe
March-April : Kalau dah kemaruk sangat nak ke laut boleh dah pergi ke Pulau Perhentian, tapi mungkin air laut tak berapa clear sangat..Tambahan pulak cuaca yg tak menentu skrg ni, keadaan tak boleh dijangkakan.Biasanya pengakhir monsoon antara Mar-April, ada masa hujan dan laut bergelora juga.Tapi kan nak datang masa ni,boleh dah cuma tak berapa syok sangat lah..
May-August: Haaaaaa! Ni bulan paling sesuai kalau nak ber party sakan kat pulau ni, musim panas kan:)Sila lah lock plan korang antara bulan2 ni. Seyes! mmg puashati wooo..
Sep-middle October : Masih boleh pergi Pulau Perhentian, cuma mungkin ade hujan sekali skala semperna menyambut kedatangan monsoon di penghujung bulan october.Bulan ni tak boleh predict cuaca nyer..Masa aku datang ni pun hujan juga tapi nasib hujan malam tak lah tergendala activity.
Trip kali ni pun aku pergi ke Perhentian Kecil juga, hajat sebenar nak ke Perhentian Besar abis semua resort /chalet aku call ,semua tempat dah full..Fuh! makin nak monsoon makin ramai orang,mayb nak pulun sbelum pulau tutup..
Masa gi sana haritu aku dok kat Coral Beach jugak, maybe sebab aku lebih selesa dok sana kot. Kali ni aku dok kat Shari-la resort, semestinya tempatnya senonoh dan menarik..Cantik pun cantik,nak kata mahal tak juga, reasonable lah price dia..mahal sikit pun tapi takpe janji puas hati..
Ini gambar kat Shangri-resort..
|
ada beberapa type bilik di Shari-La ni..mgadap laut,tepi utan,tgh2 garden, dll |
|
Suite |
|
Kemas & selesa |
|
sesuai dgn harga.. |
|
Ada beberapa partion kat bilik ni, sesuai klu nak melepak ramai2 sambil manin uno ;P |
|
Garden view room.. |
|
Ade astro tu!!klu chalet/resort dalam pulau ade Astro consider sangat" ok"..biasanya bilik2 budget or medium budget kat pulau jarang ade tv tau
|
|
Ini suite...sesuai untuk 4 orang atau lebih..Sangat besar & selesa |
|
Tempat lepak tgk tv |
Cantik kan bilik kat Shangri-la perhentian ni..mmg aku recommended. Sila refer kat link untuk detail price
Shari-la Perhentian Kecil Price Kalau datang sini lagi, mmg aku looking forward nak dok kat sini lagi :)
Di Coral Bay Perhentian Kecil ni, ada juga beberapa chalet and resort..antara yg aku ingat Shari-la, Ombak chalet,Fatimah,Maya,Senja Resort dan apa tah lagi lah.Kebanyakan chalet kat sini boleh walk-in tapi untuk keselamatan sila book awal2 buat nye takde bilik, berkemah lah korang kat tepi pantai tu nnt hahaha
Operator dive centre kat Coral Bay ni ade 3 je kalau tak silap, Quiver Team, Steffen Sea Sport & Anger diver..Ketiga2 dive centre ni pun berdekatan dan dekat juga dengat resort/chalet yg aku sebutkan tadi.
Hari pertama aku sempat buat satu dive dengan Quiver Team dan dive site kat Romantic Beach.
Hari seterusnya dive dengan Steffen Sea Sport dalam 5 dive. Maybe sebab dah selesa dengan Steffen itu yg buat aku repeat dgn diorang.
|
Ini fav instructor..nama dia Nat, aku suka dive dengan dia sebab dia pandai cari barang heee |
|
Dive site yg aku pegi dgn Steffen Sea Sport T3,Temple of the Sea,Secret Romantic,Vianamese Wreck & Sugar Wreck.... yg paling best Temple of the Sea, cun giler site dia..manyak ikan oooo! |
Untuk trip kali ni tak banyak gambar yang aku ambik, banyak focus kat video .Nak tgk video aku buat cuba click kat link ni
Suzie Perhentian Video
Ni antara pic2 yg sempat aku ambik, trip kali ni mmg banyak buat video..Tambahan dapat upah!Ya beda bedu, lagi ber semangat..Kalau ade sesiapa memerlukan videograpfer sila lah contact aku heheee Eh! sempat pulak buat marketing ;P
|
Ini stone fish..jumpa kat Vietnamese Wreck |
|
Stone fish yang suka menyamar... |
Ini je lah yg aku buat sepanjang 4hari3mlm di Pulau Perhentian Eat,Sleep ,Diving..mmg nais!!!
Aahh rasa nak dok kat pulau je.Hanya kat dasar lautan boleh menenangkan jiwa aku. Semasa menaip ni pun rasa geram ah sangat geram!Monsoon oh monsoon kenapa kau lama sangat????
|
Ini hari last kat perhentian..hujan turn sejak mlm..katanye pre monsoon.. |
|
Babai! Perhentian See u next coming summer....
|
Flight kami 7pm , so sempat lagi merewang..
|
Lunch dekat nasi ulam cikgu..kate nye fames! Meh kita try... |
|
Lepas makan, singgah kejap kat Kg Sabak, 15minit dari town Kota Bharu |
|
Nelayam menjual hasil tankapan...sumpah mmg murah! Kalau lah naik keta mesti aku beli bawak balik.. |
|
Hey! apasal lah kau berak merata??? |
|
Si tompok ni sombong sangat, kan dah kena tangkap ;P |
|
3 sekawan...sapa lah kena sembelih dulu hahaha |
|
Besor!!! |
|
Murah!Murah! |
|
Terbaik dari ladang! |
|
Hmmmm! |
Lepas menyinggah & merewang sekitar kampung, kami terus ke airport. Nak balik dah ,kena ontime check in luggage takut lewat lagi...tak pasal kena beli tiket baru lag nanti...huhuhu
Total kerugian untuk trip hampir RM 1500 seorang (tambang airport dr umah+flight tix+diving) Yang jadi mahal sebab tiket flight huhuhu Kalau tak below 1k lah...
Selain tu,apa yg aku suka tentang Kelantan ni adalah orang2 dia yang agak peramah & tak sombong...Insyallah ,tahun depan kawe mari lagi boh! Jumpe lagi nanti
Byeeeeee!