Pages

Friday, 26 October 2012

Saba Restaurant

Saba restaurant antara tempat makan popular bagi pengemar makanan arab. Actually banyak je kedai Arab yg aku selalu pegi, antaranya Tarbush,Al-Rawsha,Al-Wadi dan lain2.
Hari ni ade skit mood nak update pasal tempat makan dan kebetulan pulak semalam baru lepas makan kat Saba Restaurant di Setiawangsa.

Makanan2 kat Saba Restaurant ni mcm jugak makanan arab kat tempat yg lain,taste & cara serve pun lebih kurang sama je.
Kalau orang tanya apa yg special kat sini,agak susah aku nak describe..Hmm! yg special nye makanan Arab tak sama mcm lauk2 orang melayu ni yg byk gunakan santan ni.
Makanan arab agak kering sedikit, klu nak berkuah boleh order dalca atau sup yg agak pelik sikit rasanye. 
Portion makanan di restaurant Arab juga agak besar, yakni boleh juga menambahkan kegendutan perut hehehehehe

Antara makanan yg boleh expand size badan anda di restaurant ini, seperti gambar kat bawah :

Mix appetizers @ RM20.00 ..Perghh!ini my fav cicah dengan roti arab baru lah Yale!Yale!  Ni antara menu wajib di order bila makan kat Saba restaurant

Hanith Mandi chicken @ RM12.00 . Apa yg membuatkan restaurant nye special ialah nasi arab nye. Rasanye nasinye yg sedap & ringan*beras basmthi *

Mandi Lamb@ RM20.00 , lepas makan confirm nak mandi...

Mandi Chicken @RM 12.00.. lazatttttt!!

Harga makanan di Saba restaurant mcm biasa,consider average..Takde lah mahal sangat,ia bersesuaian dgn portion dan juga bergantung kepada gaya anda mencekik juga.

"Tambahan ayat...Kebiasanya lepas makan kat sini tahap kemalasan otak berganda2 dan mata pun mula stim. 
Klu nak makan type makanan Arab ni,dinasihatkan datang dengan perut kosong.. baru lah dapat mencekik dengan penuh berhemah & insyallah tiada pembaziran akan berlaku nanti ;P


Lokasi Saba Restaurant seperti di link ini http://www.sabaholdings.com.my/Location.html ada dua tempat di Setiawangsa & Cyberjaya.
Kalau dekat setiawangsa ,restaurant ni terletak opposite lrt setiawangsa,senang je nak cari. Klu yg kat Putrajaya kurang pasti, sebab tak penah lagi makan kat sana...nak senang tgk map lah yer!;P







Alexis Bistro (Pavlova yg sedap)

Alexis Bistro ni mcm jadi tempat favourite aku sejak kebelakangan ini.Kenapa?? Tak tau  lah kenapa ek, jawapan nye,sebab dah suka hehehee ;P
Santai..sesuai untuk melepak sambil2 ber  chit chat
Benda yg menarik aku selalu datang ke sini adalah disebabkan kesedapan Pavlova nye.
Boleh kata setiap minggu craving nak makan Pavlova kat sini. Sebelum ni aku bukan seorang yg suka makan cake sangat, tapi utk Pavlova di Alexis  ni mmg tak mungkin aku dapat menolak. Makin berkilo2 lah naik badan aku lepas ni..hehehee

Craving! craving!
Klu kat tempat lain jarang pulak aku nak cuba Pavlova ni, ade sesetengah tempat sangat keras xberapa nak sedap rasa dia, tapi klu kat Alexis ni mmg aku recommended, mmg terbaik rasa Pavlova nyer.Penah juga beberapa kali  datang,aku berasa kiciwa sebab Pavlova nye abis..
Ini lah rupa Pavlova yg sedap itueww!
RM 15.00 per slide
Klu gian, aku datang ke bangsar semata2 nak tapau benda alah ni.. Bak kate perpatah "alah membeli kenyang perut memakannye" hik hik..
Margherita Pizza@ RM 29.00
Antara menu2 lain yg ade...
Selalunya aku pegi kat Bangsar je, sebab ini lah tempat paling dekat dengan umah. Lokasinye kat luar Bangsar shopping complex yer, ada banyak kedai2  kat situ. Nak senang cari Alexis bistro@Bangsar ni ,cari je Papa Rich..lokasinye opposite deretan kedai2 kat situ.
Dekat dengan House doll Fazura..lepas makan, jum !!kita cuci mata...


Kat mana Alexis ni? ade beberapa outlet kat KL ni..Antaranye :
Alexis Bangsar Baru
29 Jalan Telawi 3
Bangsar Baru
59100 Kuala Lumpur
T 603 2284 2880

Sino | The Bar Upstairs
29a Jalan Telawi 3
Bangsar Baru
59100 Kuala Lumpur
T 603 2284 2881

Alexis Ampang
Lot 10 & 11 
Great Eastern Mall
303 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
T 603 4260 2288

Alexis BSC
Lot 15A 1st floor 
Bangsar Shopping Centre
Bukit Bandaraya
59100 Kuala Lumpur
T 603 2287 1388 Lot f209 1st Floor

The Gardens
Mid Valley City
Lingkaran Syed Putra
59200 Kuala Lumpur
T +603 2287 2281

Kalau nak pergi, address sperti di atas atau google http://www.alexis.com.my/html/about.html. sila  lah ke outlet berdekatan ok!



Saturday, 20 October 2012

Trip cancelled! :(

Salam,

Pagi ni mood yg mcm takde perasaan, nak kata sedih tak sedih, nak kata gembira tak juga...          Confius gamak nye! By right, next week ada trip pegi Padang, Indonesia 25-30 Oct 2012.

Hajat dihati nak gi jalan2,ambik gambar & shopping TAPI di atas sebab tak mengizinkan trip ini tak jadi. Booking untuk 5 orang, last2 semua skali tak jadi pegi... hahahhaa

 Lagi skali buat amal jariah sedekah duit kat Pak Tony, klu ramai lah customer mcm ni mesti bertambah2 kaya Air Asia.Macam kasi duit preeee! Tiket2 yg burn tu pun tak lah murah mana ,klu kumpul2 boleh top up 1-2 trip diving lagi ..heheheeee

25 Oct - 30 Oct 2012

Takpe Padang dekat je, anytime boleh pegi, takde rezeki nak pegi.Aku pun boleh carry forward annual leave yg agak nazak ni ke trip awal bulan depan juga, so tak lah ralat sangat kan.

Awal bulan 10, aku ade jugak burn tiket return gi Sarawak ,masa tu baru je berapa hari balik dari Perhentian.Terlupa, BOLEH???  hahhaha

05-07 Oct 2012


Anyway,aku ada trip yg lagi besar awal bulan 11 ni.Yeayyyy! My wish come true :) Ya!beda bedu.. Alhamdulillah & Syukur...hope everything goes smooth :)

2012 mmg aku banyak jalan, benda ni aku dah plan since tahun lepas. Tahun depan 2013 kena slow down sikit, banyak benda yang nak focus nnt, so tahun ni tahun horey!horey!

Actually, trip awal bulan November ni mmg unplanned.. . Kat mana??? Jeng..Jeng..Jenggg  Tungguuuuu!!!!!!!!!!!





Pulau Perhentian, Terengganu @ 28Sept-01 0ct 2012

Apa cerita lagi aku nak tulih ek? Hmm.. entry ni pasal Pulau Perhentian lagi lah..Kali ni aku pegi 4D3N, trip yg aku repeat tak sampai sebulan selepas cuti merdeka hihi ..GILER dah Gian narcosis!!!!

Masa nak pegi ada berlaku incident  sadis di LCCT@Air Asia..di mana kami tak boleh check bag disebabkan kelewatan 5 minit,kami sampai 7.15am...Mmg hangin satu badan lah. Dipendekkan cerita, kami terpaksa beli tix flight baru ke Kota Bharu sehala@RM300 per person...Lari budget!ikutkan hati aku nak cancelkan tapi disebabkan dah booking & bayar semuanya redah jugak lah.Kalau tak nnt lagi hangin nanti tiket dah burn trip tak jadi huhuhu...Ikut time tix yg burn itueww @ departure 8.00am, pastu tix baru yg di beli tu naik flight 10.20 am ...Hmm budget lari ,schedule pun lari..

Moral: Air Asia ni tak kejam tapi kuli yg jaga kuanter ni yg bongkak semacam, tak bertolak ansur langsung walaupun terlambat 5minit check in bags..Kami admit salah kami,tapi tak kan tak boleh bertimbang rasa sikit, 5minit je pun.
Ada ke patut cakap "you all boleh naik flight tp bag tak boleh bawak masuk"...ayat macam hape je kan???abis tu nak campak brg2 ni celah bedah mana???Grrr..

Ini dah menimbulkan kemarahan. Kalau ikut hati, nak je aku humban bags2 tu kat  muka minah yg cakap itu.. Bukannya apa, ada ayat biadap dikeluarkan .Bila kami nak jumpa supervisor dia tak bagi pulak,Nak sumpah pompuan tu jadi bag kemuadian aku nak campak kat laut..Grrrrr!
Jadi angry bird aku masa tu..Grrrrkk lagi!

Ok ler,tak nak cerita pasal benda yg tak best...Kita cerita benda2 best je...

Sambungan entry ini berkaitan dengan pulau perhentian juga...Trip ni mcm lawatan aku kali ke-2 aku ke pulau ini dalam tempoh tak sampai sebulan..mungkin terkesima n kagum pada kunjungan yg pertama.

Ok! straight the point, kali ni aku nak cerita detail sikit pasal Pulau Perhentian ni, mungkin entry ni dapat membantu sesiapa yg tak tahu  macam mana nak pegi Pulau Perhentian ni...

Pulau Perhentian terletak di negeri pantai timur juga.. Kedudukannya berada antara Kelantan dan Terengganu. Mengikut cerita sorang pakcik driver teksi yg mengantar kami dari Kota Bharu airport ke jetty Kuala Besut, sepatutnya pulau perhentian ni bernaung bawah kerajaan Kelantan tapi ni kes zaman2 dulu raja nya kalah dalam bertanding sabung ayam..dah di gadai daerah nya..So,dipendekkan cerita raja tu kalah bertaruh kemudian daerah ni  jatuh lah ke bawah kerajaan Terengganu...
Betul atau tak ceritanya , ''walahualam" mungkin ni cerita dongeng rakyat, cerita disebaliknya mungkin kita tak tahu. Apa yang  aku perasan petuturan org2 di sekitar Kuala Besut sebijik slang kelantaness n bukan terenganuness yang yg banyak menggunakan perkataan 'ING' di belakang perkataan yang di sebut.

Soklan yg org selalu tertanya mcm mana nak pegi Pulau Perhentian? Semua cara boleh sama ada naik keta, flight,jet,kapal selam,jalan kaki or sebagaiinye, janji  pegi jetty Kuala Besut yer!diulangi Kuala Besut!
Kuala Besut ni kat mana pulak? Adeih susah nak explain..Kuala Besut kart Kuala Besut ler, sila tgk map lah yer ;P

Klu nak naik bus boleh korang boleh direct terus turun ke jetty Kuala Besut, klu tak silap dari KL naik je kat perkeliling.. Ada ssetengah perkhidmatan bus tak sampai ke Kuala Besut, jangan di risau ek! Korang boleh turun kat station bus Kertih ...perjalanan dari Kertih ke Kuala Besut ni dalam 30minit je...itu standard time klu driver tak merempit.

Kalau nak naik flight pulak, korang mesti turun kat airport Kota Bharu...jgn turun kat airport Terengganu pulak yer... Bukan nye tak boleh tapi agak jauh sikit berbanding dari airport Kota Bharu.Perjalanan dari airport KB ke Kuala Besut mengambil masa dalam 45min-1jam (65-70km), klu naik cab strandard price yg diorg charge antara RM70-RM80..so, klu datang berempat dah save..kome boleh tong2 aje lah...

Kalau nak naik keta, korang boleh parking kat tempat parking disediakan dekat jetty ni..Satu hari dalam RM8.00 kalau tak silap.

Di jetty pulak korang boleh dapat kan operator boat yg akan menghantar ke tempat2 pilihan korang.. Tiket boat transfer dalam RM60-RM70 (return).Perjalanan menaiki boat dari jetty Kuala Besut ke pulau perhentian  pula antara 30-40min. Mesti masih ade yg tertanya, mana yg best perhentian besar atau kecik? Pada aku sama jer, dua2 pun ok.Apa2 punbergantung kepada citarasa korang lah. Pendapat aku seperti di entry sebelum ni,kalau nak happening sila lah pergi ke Perhentian Kecil dan kalau just nak relax di waktu malam pergi lah Perhentian Besar.

Mesti ade yang tertanya bila waktu yg sesuai ke Pulau Perhentian?
Late October-February : Tak sesuai kalau nak pergi bulan2 ni disebabkan musim monsoon. Hampir 90% chalet/resort menutup operasi mereka.Tapi time ombak besar,mat2 &minah kaki surfing mmg suka. Mak takut! Musim hujan & ombak besar ni sesuai untuk nelayan boat besar nak tangkap ikan je...hehehe


March-April : Kalau dah kemaruk sangat nak ke laut boleh dah pergi ke Pulau Perhentian, tapi mungkin air laut tak berapa clear sangat..Tambahan pulak cuaca yg tak menentu skrg ni, keadaan tak boleh dijangkakan.Biasanya pengakhir monsoon antara Mar-April, ada masa hujan dan laut bergelora juga.Tapi kan nak datang masa ni,boleh dah cuma tak berapa syok sangat lah..



May-August: Haaaaaa! Ni bulan paling sesuai kalau nak ber party sakan kat pulau ni, musim panas kan:)Sila lah lock plan korang antara bulan2 ni. Seyes! mmg puashati wooo..



Sep-middle October : Masih boleh pergi Pulau Perhentian, cuma mungkin ade hujan sekali skala semperna menyambut kedatangan monsoon di penghujung bulan october.Bulan ni tak boleh predict cuaca nyer..Masa aku datang ni pun hujan juga tapi nasib hujan malam tak lah tergendala activity.


Trip kali ni pun aku pergi ke Perhentian Kecil juga, hajat sebenar nak ke Perhentian Besar abis semua resort /chalet aku call ,semua tempat dah full..Fuh! makin nak monsoon makin ramai orang,mayb nak pulun sbelum pulau tutup..
Masa gi sana haritu aku dok kat Coral Beach jugak, maybe sebab aku lebih selesa dok sana kot. Kali ni aku dok kat Shari-la resort, semestinya tempatnya senonoh dan menarik..Cantik pun cantik,nak kata mahal tak juga, reasonable lah price dia..mahal sikit pun tapi takpe janji puas hati..

Ini gambar kat Shangri-resort..
ada beberapa type bilik di Shari-La  ni..mgadap laut,tepi utan,tgh2 garden, dll
Suite
Kemas & selesa
sesuai dgn harga..
Ada beberapa partion kat bilik ni, sesuai klu nak melepak ramai2 sambil manin uno ;P
Garden view room..

Ade astro tu!!klu chalet/resort  dalam pulau ade Astro consider sangat" ok"..biasanya bilik2 budget or medium budget kat pulau jarang ade tv tau

Ini suite...sesuai untuk 4 orang atau lebih..Sangat besar & selesa
Tempat lepak tgk tv

Cantik kan bilik kat Shangri-la perhentian ni..mmg aku recommended. Sila refer kat link untuk detail price Shari-la Perhentian Kecil Price Kalau datang sini lagi, mmg aku looking forward nak dok kat sini lagi :)


Di Coral Bay Perhentian Kecil ni, ada juga beberapa chalet and resort..antara yg aku ingat Shari-la, Ombak chalet,Fatimah,Maya,Senja Resort dan apa tah lagi lah.Kebanyakan chalet kat sini boleh walk-in tapi untuk keselamatan sila book awal2 buat nye takde bilik, berkemah lah korang kat tepi pantai tu nnt hahaha

Operator dive centre kat Coral Bay ni ade 3 je kalau tak silap, Quiver Team, Steffen Sea Sport & Anger diver..Ketiga2 dive centre ni pun berdekatan dan dekat juga dengat resort/chalet yg aku sebutkan tadi.
Hari pertama aku sempat buat satu dive dengan Quiver Team dan dive site kat Romantic Beach.

Hari seterusnya dive dengan Steffen Sea Sport dalam 5 dive. Maybe sebab dah selesa dengan Steffen itu yg buat aku repeat dgn diorang.
Ini fav instructor..nama dia Nat, aku suka dive dengan dia sebab dia pandai cari barang heee                                                               
Dive site yg aku pegi dgn Steffen Sea Sport T3,Temple of the Sea,Secret Romantic,Vianamese Wreck & Sugar Wreck.... yg paling best Temple of the Sea, cun giler site dia..manyak ikan oooo!

Untuk trip kali ni tak banyak gambar yang aku ambik, banyak focus kat video .Nak tgk video aku buat cuba click kat link ni Suzie Perhentian Video

Ni antara pic2 yg sempat aku ambik, trip kali ni mmg banyak buat video..Tambahan dapat upah!Ya beda bedu, lagi ber semangat..Kalau ade sesiapa memerlukan videograpfer sila lah contact aku heheee Eh! sempat pulak buat marketing ;P


Ini stone fish..jumpa kat Vietnamese Wreck
Stone fish yang suka menyamar...

Ini je lah yg aku buat sepanjang 4hari3mlm di Pulau Perhentian Eat,Sleep ,Diving..mmg nais!!! 
Aahh rasa nak dok kat pulau je.Hanya kat dasar lautan boleh menenangkan jiwa aku. Semasa menaip ni pun rasa geram ah sangat geram!Monsoon oh monsoon kenapa kau lama sangat????

Ini hari last kat perhentian..hujan turn sejak mlm..katanye pre monsoon..
Babai! Perhentian See u next coming summer....

Flight kami 7pm , so sempat lagi merewang.. 
Lunch dekat nasi ulam cikgu..kate nye fames! Meh kita try...
Lepas makan, singgah kejap kat Kg Sabak, 15minit dari town Kota Bharu
Nelayam menjual hasil tankapan...sumpah mmg murah! Kalau lah naik keta mesti aku beli bawak balik..
Hey! apasal lah kau berak merata???
Si tompok ni sombong sangat, kan dah kena tangkap ;P
3 sekawan...sapa lah kena sembelih dulu hahaha
Besor!!!
Murah!Murah!
Terbaik dari ladang!
Hmmmm!

Lepas menyinggah & merewang sekitar kampung, kami terus ke airport. Nak balik dah ,kena ontime check in luggage takut lewat lagi...tak pasal kena beli tiket baru lag nanti...huhuhu

Total kerugian untuk trip hampir RM 1500 seorang (tambang airport dr umah+flight tix+diving)  Yang jadi mahal sebab tiket flight huhuhu  Kalau tak below 1k lah...


Selain tu,apa yg aku suka tentang Kelantan ni adalah orang2 dia yang agak peramah & tak sombong...Insyallah ,tahun depan kawe mari lagi boh! Jumpe lagi nanti

Byeeeeee!